berita menarik hari ini...

Bangladesh berhimpit di Sri Damansara

Dalam paper KOSMO hari ni ada berita mengejutkan mengenai mcmana 140 org Bangladesh yang terpaksa duduk sekali dalam sebuah rumah kedai dengan 1 bilik dan 1 bilik air. Saya tidak dapat membayangkan: tidur berhimpit, ada yang atas tangga, ada jugak yang demam. Even wartawan yang buat cover pun cakap dia rasa loya dan nak termuntah. Nak ke jamban pun beratur bagai nak rak. Makan? Nasi dengan kuah kacang dal. Saya ni bukanlah peminat abg-abg Bangladesh ni sungguhpun ada antara rakyat Malaysia ni menganggap depa ni adik-beradik Salman Khan la, Shah Rukh Khan la. Cuma saya nak nyatakan betapa binatangnya agensi pekerjaan yang amik diorg ni dtg KL, then TIADA keje. Kesian. Ada yang mengadu domba pada wartawan: “hutang saya kat sana banyak juga” “anak saya, bini saya kena kejar org mintak hutang. Saya berhutang hampir RM10000 nak dtg sini. Sini dtg keje takde”. Kesian. Semoga diorg ni dapat pembelaan.


PGL extra tix finished!!

Aiseh. Mcmana nak gi? Tiket tambahan pun habis. 1000 lebey habis dijual dlm masa 2 jam SHJ!! Ada sesiapa yg leh bantu? Teringat gak nk tgk.


Geng: Pengembaraan Bermula hari ini!!

Yihaaaaaaaa!! Upin & Ipin serta rakan2 di wayang!! Nak gi tgk la… Tapi confirm tgk dgn adik2 saya sahaja. Abg Naza tak mungkin nak join sekali. Takpe, dial eh jaga Aryssa jap. Ahahahahha…


Menderma atau nak nama?

Kebelakangan ini ramai sungguh yang menderma untuk penduduk GAZA. Alhamdullilah. Murahla rezeki dermawan ini. Tapi, kalau menunjuk2, masuk paper sume, bukan ked ah kira riak? Wallahu’alam. Saya penah dgr papa kata ada sorang dermawan derma puluhan ribu ringgit dan pada mock cheque hanya tulis “HAMBA ALLAH”. Papa kata dia tau siapa gerangannya. Kalau betullah org itu yang dimaksudkan, dia mmg sorang yang suke derma. Dgr2nya, setiap tahun dia taja org tak mampu pergi HAJI. Bukan sorang dua tau. RAMAI. Semoga Allah memberikan balasan baik untuk beliau.


Uptown Danau Kota dipindahkan?

La, ada complaint pulak pasal uptown kat Danau Kota yang selalu saya pergi dengan Abg Naza (Aryssa mama jaga). Rupanya penduduk sekitar tak suka dengan perkembangan ini. Katanya dalam ajaran Islam pun berniaga hanya di waktu siang dan malam untuk berehat (erk, habis, Abg NAza keje shift malam, mcmana?), lepas tu dia risau dengan gejala social (betul jugak, kalau tgk, ramai gila anak2 dara yang ke sana. Ntah parents tau ke tak depa ni kuar dengan sapa), sampah bertaburan (ini saya takleh nak comment apa2 la). Menurut mengomplen, ini kali kedua penduduk membuat aduan. Yang pertama penah dijawab oleh pihak bertanggungjawab “kita tak boleh pindahkan lokasi sbb inilah lokasi paling sesuai. Kesianlah kat peniaga2 ni”


Air takdak semalam

Sila rujuk keratan akhbar di bawah


Valentine?

Saya tak sambut pun sbb hari2 saya sambut dengan kucupan di pipi oleh suami kepada saya dan saya kepada suami. Takpun, ikot kata Dr. Fadzillah, peluk 10 saat – hilang stress… panjang umur. Berikut adalah origin hari Valentine. So, pandai2 la korang nak sambut ke tak…



Aryssa Tidur Nyenyak!

Alhamdullilah… semalam Aryssa tidur nyenyak. Abah dia tak keje semalam. Tetapi ada business training. Sekitar jam 12 malam, tetekkan Aryssa dan tidokan dia dalam bilik yang ditutupi lampu. Mmg dia mcm ‘menarik2’ puting (SAKITLA!!) bila kita tarik semasa dia ala2 nyenyak. Tapi lama2, dia lepaskan sendiri. AGAK LAMANYA JUGAK. Then she sleeps well until 5 am, mintak susu dan dia telah ‘tercampak’ dari tilamnya… We actually had to wake her up pagi tadi untuk tukar diaper dan hantar ke babysitter. Hesh… buruk gila muka dia nguap!!

Comments

Peri Ungu said…
wah sangat rajin ye scan2 ni. Tak dapat kite bermesraan kan hari ni??
hedgebeewhy said…
bisnes training? hhmmmmmm....
Aida Nurni said…
ye... kita tidak bermesraan la Nanim. busy sesgt... tak ingat pun awak buat apa tadi...

HBY: apakah? bisnes training? mana ada saya cakap pasal bisnes training dlm entry ni.

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!