Our family tickers

Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 30, 2009

Baby pun Needs Massage too!!



So, tak pyh citer la ek... Gambar ni dah cukup memberitahu anda betapa pentingnya massage anak2! Nasib baik Abah Aryssa pandai mengurut!

Thursday, January 29, 2009

HOBI BARU ARYSSA....


Aryssa begitu gembira membaca buku dominos yang menyelerakan - teringat masa dlm perut umi Aryssa ada makan peperoni and cheese... best wo!!



Oh, kemudian membaca buku yang lebih tebal dan ilmiah...

Dan kemudian Aryssa tersenyum gumbira dengan abahnya setelah habis mentelaah sebuah buku...



Mcm best je buat tag ni. Walaupun Ely Azyze tak suh buat, nak buat jugak:

Nama panjang?
Nora Aida Bt Nurni

Nama pendek?
Aida / Nora

Umur?
27 thn

Anak ke-?
Pertama

Daripada?
Empat adik-beradik

Phone apa kau pakai?
Sony Ericcson W660i dan Nokia apakejadah tah... lupa...

Jenama monitor/CPU/laptop?
LAPTOP BENQ

Stesen radio apa kau dengar?
Hot FM

Genre muzik kau?
Erk... apa2 kecuali rock kapak dan heavy metal. Oh, yg mcm disko dut pun tak ske..

Kau merokok? Arak?
Tidak.

Flavour aiskrim?
Rasberry... sedapnye... coklat pun buleh

Makanan favourite?
Macaroni n cheese... PIza Dominos dengan sos rahsia..

Minuman?
Teh o limau suam, earl grey... milo yg dlm kotak

Pandai masak?
Pandai. mcm2... yg cuba tapi tak jadi pun kira pandai gak...

Siapa basuh baju?
Sendiri dgn mesin basuh

Siapa iron baju?
Sendiri juga. kadang2 abg Naza. Baik kan dia?

Boxer/brief?
Boxer kekadang...

T-shirt/kemeja?
Skrg lebih kepada tshirt lengan panjang...

Slack/jeans?
Both. Depends pada keadaan.

Suka benda branded?
Tak jugak. Tapi kalau branded, pastu sale kaw2, saya suke!! Mostly saya ske beli yg murah tapi cantik.

Lelaki LV, Topman, Zara=Gay?
Yeke? Tak la... tu kan jenama, bukan ukuran jenis seks sesorang.

Flip flops/selipar jepun?
Flip flops tu mcm selipar jepun cantik kan? Ye, saya suke...

Jam tangan ada?
Ada! MUSTI bawak setiap kali keluar. Sanggup balik umah semula nak amik.

Pakai gelang?
Gelang? Pakai...

Spek?
Saya pakai, tapi jarang. Maka menjadi semakin rabun.

Boyfriend/Girlfriend?
Boyfriend yg dah jadi suami saya.

Pernah peluk?
hehehe.... heheheh.... heheheh.... baru je jap tadi peluk...

Pernah cium?
Pernah. (sambil tersenyum kambing mengenagkan saat indah mencium Aryssa buat pertama kali. Korang pikir apa?)

Pernah ahem?
Ahem? Apakah? Oh. Itukah? Ahaks. Dah tentu2 Aryssa telah lahir ke dunia...

Barang termahal untuk BF/GF?
Suami la ni maksudnya kan? Jam tangan Espirit, Kasut Nike, Kasut kulit apa ntah masa kawen tuh..

Pernah celebrate birthday bersama?
SuDAh Tentu!!

Kau panggil dia apa?
Abaanggggg... (suara kene manja... esp bila nak mintak dia tolong urut.. dia pandai urut)

Kau sosial?
Sosial bertempat la... tidakla sampai nak kene hu ha dengan lelaki tak pasal. Saya ni bini org dgn anak sorang....

Sekian jawapan kepada soalan yang takde sapa pun tanya...

Tuesday, January 27, 2009

Ditag OLEH ADEQ..

Adik telah menyebabkan saya menulis ini. Sila la baca:

A) People who have been tagged must write their answers in their blog.
B) Tag 8 people to do this quiz. (Those that are tagged cannot refuse.)
C) Continue this game by tagging 8 other people.

1.What have you been doing recently?
Hm, kat mana nak beli tudung cantik tapi murah? Aryssa ni selsema tak elok2 lagi.. mcmana ek
2.Do you ever turn your cell phone off?
Penah la... sbb bateri kong... sbb nak rehatkan hp jap...
3.What happened at 10am today?
Hm? Saya sdg menggoreng tepung dgn bwg dan ikan bilis dgn Abg Naza..
4.When did you last cry?
Masa tgk gambar anak kecil kene bunuh di Gaza... Al-Fatihah
5.Believe in fate/destiny?
Sudah tentu. Hidup ini telah ditentukanNya
6.What do you want in your life now?
Duit untuk menyara hidup dan keluarga. Keluarga. Kesihatan yang baik untuk terus beramal. Kawan. Yang bersama susah dan senang.
7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
Well... kdg2 redah je hujan. Tapi if bawak aryssa, pakailah payung tuh.
8.What's your favourite thing to do on the bed?
Motif soalan ini ditujukan kepada saya yang sudah bersuami? Sudah tentulah tido berdengkur! Wakakaka..
9.What bottoms are you wearing now?
Jika ini membawa maksud seluar, saya memakai seluar selesa: yg beli RM10 je kat Giant.
10.What's the nicest things in your inbox?
Lama tak check email la..
11.Do you tend to make the relationship complicated?
Agak jugak la... selalu saya buat Abg Naza pelik... dan runsing...
12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
Skrg? takde la pulak...
13.What was the last movie you caught?
Subhanallah... bila baca soalan ni, baru tau yg aku ni dah lama gile tak tgk wayang. Masya Allah... last sekali citer SEPI kot..
15.What does the oldest text msg in your inbox say?
Perkhidmatan 3G anda kita aktif.
16.What was the last song you sang out loud?
CEKUR DAN GAMIT: Lagu wajib dinyanyikan untuk anak2 kecil dlm keluarga saya.
17.Do you have any nicknames?
KAKG : ALONG : UMI AIDA (sbb Aryssa akan panggil saya Ummi) : INUL AIDA (Sbb saya ske nyanyi lagu GOyang InuL)
18.What does the newest text say?
"Itula pasal tajuknya nak test, nak taip pun x berapa reti, tp hp dah lama la brooo" msg dari Abg HEzri yang menjawab soalan saya mengenai entry blog terkininya
19.What time did you go to bed last night?
Awal, 1130 mlm. Aryssa dan abahnya pun sama. Kami penat merayap di OU. Entry menyusul kelak.
20.Are you currently happy?
SANGGGGGGGGATTTTTTTTT!
21.Who gives you the best advise?
Aiseh, lagi mau tanya, Abg Naza la.. perihal hidup esp.
22.Do you eat whipped cream straight from the can?
Tak kuasa nak gemukkan diri yang dah berisi.
23.Who did you talk on the phone last night?
Hm... Hm... Abg NAza dah ada kat sebelah... so, saya tak cakap hp smlm..
24.Is something bugging you now?
nope.
25.Who was the last person to make you laugh?
Aryssa. Cute tgk dia kemut2 mulut..
Alhamdullillah... tamat...

SAYA TAG: SAPA2 nak buat

Monday, January 26, 2009

Pakcik yang Bermain Muzik dan Menyanyi Guna Lirik Tulisan Braille

Pakcik ni khusyuk menyanyi di Pasar Tani Tmn Melawati

Lihatlah buku liriknya: tulisan braille... kagum tak? First time saya tgk buku ni... helaiannya mcm lutsinar... mcm plastik... pastu tulisannya timbul2...

Kesian Aryssa... kene pakai penyedut kahak!

Aryssa yang cool kene sedut ubat diriba oninya... Kata nurse: "bagusla anak akak ni, budak2 lain, tgk benda ni je dah nangis... ni kurang sgt2!"

Huhu... Sebentar tadi, kitorg balik dari Klinik Kita Wangsa Maju. Setelah seminggu Aryssa batuk kuat dengan bunyi kahak, selsema lagi, akhirnya kitorg bawak pi jumpa doc.. i know, i know... musti ramai kata, napa tak bawak awal2... Tapi, masa kat umah Aryssa diberi makan ubat yang diamik masa dia demam kat Kuantan baru2 ni...

Anyway, Dr. Hisham Adam sangat best. Muda dan berpengalaman. Ada anak 2. Bini pun doc gak. Dia pun kata:

"your baby ni quite big ye... biasanya baby besar2 ni, dia minum susu laju sgt... tak bole ikut dia. kene bagi sket2 dlm masa lebih kurang 30-45 minit. Oh. Jgn pakai botol yang berpinggang, pakai botol besar. Secara fiziknya, botol besar ni mengurangkan tekanan, so susu lambat kuar."

Fuhh.... best doc ni.

"Hm, lagi satu, i think ur daughter ni tak ske panas. Kene pasang aircond 26 degrees, jgn kurang nanti sejuk sgt. nak pakai kipas, pakai stand fan. Ceiling fan tak elok untuk dia. She's allergic. Tgk tgn dia... kene gigit nyamuk, tak baik2, kan? Hm... response lambat ni"

Hah. Abah Aryssa kene pasang aircond dan tido luar sbb dia tak tahan sejuk. Ha Ha.

"I think you dah boleh start bagi makan. Amik air kanji nasi mendidih. Kanji ni, kembung perut pun jarang, kenyang dan tahinya akan tak keras. Mak saya dulu pun buat mcm ni kat anak saya. Bila dah mula makan, ur daughter akan kurang susu, so kahaknya akan berkurang."

Wah... besar lagi la Aryssa.

"Makan ubat byk2 pun tak bagus jugak sebenarnya. Yg penting, penjagaannya. you kene make sure suhu yang sesuai untuk dia. make sure tempat tak berhabuk. Jangan amik mudah. Sebab, ni baru permulaan. Kalau tak jaga, since your family ada resdung (abahnya) dan asma (pakcik Aryssa, anak MakLong saya), your daughter pun maybe akan kene ni semua. Jaga baik2. Kdg2, umur 6 bulan dah ada kanak2 masuk wad: bronkitis la, hapa la. Semua bergantung pada penjagaan kita."

Hm, ada tak sapa2 yg tau org yang leh jaga anak untuk tempoh 3 bulan ni? I mean, ARYSSA JE DIA KENE JAGA: TAKDE ORG LAIN. Sbb skrg ni mmg Aryssa duk umah baby sitter, tapi aunt ni jaga bukan dia je... 9 org lain... NAK YG LEH JAGA ARYSSA SORANG JE. Tolong inform saya ye...

Makan SUshi!

best wo...

Walaupun Abg NAza tak ske memakan sushi... namun saya tetap memakannya dengan bantuan sokongan moral dan sokongan makan bersama rakan-rakan ofis yang hantu sushi. Mereka adalah: Suhana, Diyana dan Haslina... saya tau Kak Salina pun ske... tapi dia taknak join masa ni... 21 Jan 09. Oh. Saya tak tau pun nama2 sushi tersebut. Tapi saya makan shj dengan diajar oleh mereka ini. Berikut adalah gambarnya:

Ini adalah Suhana Ibrahim

Ini namanya croquette: ubi kentang manis digoreng. Lazat.

Ini okonomiyaki: pancake jepun. Juga lazat. Manis lite2.

Ini namanya Haslina Dahlan dan Diyana Tajudin (dgn spek)

Thursday, January 22, 2009

Aryssa Pertama Kali Balik Ke Kuantan

Entry baru2 ni ada citer pasal Aryssa balik Kg Pantai Beserah, 16-18 Jan 09 yang lepas. Dia sangat sukakan desiran angin pantai yang menderu laju menyapa pipi gebunya (wah… sastera..). Tujuan utama kami balik kampung adalah kerana rumah yang sedia ada akan dirobohkan dan akan dibangunkan semula.

Mak Teh saya mengambil program “Perumahan Mesra Rakyat”. Heheh. Dimana program ni memberikan rakyat peluang untuk membina rumah yang lebih baik dengan kerajaan menampung 1/3 daripada jumlah kos. Untuk rumah ni, kosnya RM70k, akan dibikin oleh MBSB. Tapi katanya kosnya semakin meningkat. Ntahla kenapa. Sebab ada jiran dapat buat spec yang lebih kurang sama pada harga lebih rendah. Dahla tu, lantai punya spec hanyalah simen semata.

Apapun, thanks to the Govt yg sudi membiayai sedikit bebanan… Justeru, kami pun amik gambar rumah untuk kali yang terakhir cos lepas ni ianya akan berubah wajah (harapan saya adalah agar rumah ni tak tergendala pembikinannya seperti rumah saya).

ASTRO CERIA!

Lupa nak upload cerita pasal ni. Pada 14 Dec 08 yang lepas, ofis ada buat satu aktiviti luar bersama anak-anak yatim Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah (RSNQ). Yang mana ada setengah daripada kakitangan kitorang, berlumus-tungkus membersihkan dan menyelenggara rumah tersebut sementara separuh yang lain membuat tugasan membawa adik2 ni ke Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara.
Nak dijadikan cerita, masa kami ke Pusat Sains Negara, ASTRO ada buat macam school holiday programs: mcm2 ada… Ada stage yang menempatkan kartun-kartun dalam Disney Channel, Nickelodeon, mcm2 la… Untung adik2 ni dapat datang time ni. Banyak jugak barang depa bawak balik.

Saya pun tak lepaskan peluang bergambar bersama mascot ASTRO CERIA. Comel tak mascot ni?

Tuesday, January 20, 2009

Tahniah FAizal Tahir

CONGRATES TO FAIZAL TAHIR di atas kemenangan beliau di Anugerah Juara Lagu ke 23 baru-baru ni. Ini membuktikan dia tetap unggul walaupun selepas dilanda kontroversi. Semoga beliau lebih maju dan mendapat sorang lagi cahayamata yg comel.

Ingin dinyatakan di sini bahawa emosi yang dipamerkan semasa menyanyikan dua buah lagu hits beliau adalah sangat bagus. saya suke. matanya sgt memukau. Suaranya memanggil2 kita untuk dengar lagi dan lagi.

Hehe. suke tgk aksi potong rambut atas stage. sangat beza. nak2 tetiba ada kipas angin yang meniup rambut. Sangat balada. Idea siapakah ek?

Lihat, inilah yang dikatakan performance dan bukan nyanyian semata. Indahnya isteri Faizal dapat dengar dia nyanyi lagu Sampai Syurga tiap2 hari. Naza pun selalu gak nyanyi... lagu CEKUR & GAMIT (sejenis lagu untuk mainan kanak2 kecil)

Why must we face this, everyday??

Hayoo... Kadar kesesakan jalanraya semakin dahsyat. Bak kata Naza, "mana taknya, setiap tahun 400000 bijik kete dikeluarkan. minyak lak dah turun".

Subhanallah. Saya masuk keje jam 9pg. Tapi kul 7.30 pagi dah kuar. kitorg nak ikut jalan sentul nak gi KL Sentral. Mula2 masuk area lepas Gombak, wah... gembiranya... tak sesak:

Tapi, lepas je masuk jalan sentul, Masya Allah! Bayangkanlah, anda kena berebut dengan pemandu lain. Yang mana, dari 4 lane jalanraya, nak jadi 1 lane. Sungguh luarbiasa jalanraya di KL ni:

Menurut kata sumber, Damansara Ulu Klang Ekspress Highway (DUKE) juga menyumbang kepada kesesakan ini. Sbb dah ramai yang nak naik highway ni lantas jem tak ingat punya. Selain itu, jalan di atas dikatakan tidak dapat dibesarkan oleh pengusaha highway ini kerana tiada kebenaran tuan tanah yang lebih sayangkan tanah dari wang ringgit (saya sokong).

Apakah pengajaran episod kali ini?
1. Naik je LRT gi KL Sentral. Senang.
2. Takpun, parking kat stesen LRT kalau nak gak bwk kete.
3. Kepada pemandu, give and take la. Bagi laluan kat org gak. Ni, sebolehnya taknak bagi masuk. Padahal, bukan leh sampai awal pun.
4. Nak buat jalanraya kene prepare segalanya, bila dah tak dapat nak besarkan jalan, sume dah sesak.
5. saya sayang Naza sbb dia bersabar bawak kete, tak maki2. Kalau saya yang bawak, dah berbakul2 sumpah seranah. Agaknya, sbb tu saya masih tak mampu nak bwk kete. Atau, mungkinkah saya ditakdirkan untuk mendapat sorang pemandu? Erk. Bukan Naza, maksud saya.

Haha. Selamat stress nak pegi keje semua...

Kali pertama Aryssa demam

Salam semua... (mcm la ramai sgt yg melawat blog tak seberapa ni).

Weekend lepas, saya telah ikut mama dan papa balik ke kuantan sekejap. Tinggal Naza dan J.O shaja di rumah. Aryssa, of cos la ikut saya balik kampung jugak. Ni kira kali pertama beliau balik ke kampung tanah kelahiran saya. Balik ni pun coz mama ada hal berkenaan rumah kat kampung tu. Story later la ek...

So, bertolak pada jam 9 malam, 16 Jan 09. Dah agak malam. Tapi redah je cos mama kene ada kat Kuantan and jumpa org yg berkenaan pada jam 9.00 pagi berikutnya. Kitorg rest kat R&R Temerloh sekitar jam 10 malam. Aryssa pun kuar, tapi lupa la nak tutup kepala dia. Dalam kete, dia tido nyenyak jugak. Rasanya cos aircond sejuk, dia gembira. FYI, Aryssa seorang bayi yang kuat berpeluh (nasib baik peluhnya berbau bayi, maka sedap dicium). Mama kata sebijik mcam aku masa kecik. Ha ah. Sekarang pun aku kuat berpeluh.

Alhamdullilah, kitorg sampai tepat jam 12 malam di Kg Pantai, Beserah, Kuantan. huhu. Tapi, setibanya di rumah, Aryssa mula mengalirkan hingus. Terperanjat jap saya. Yelah, first time. Agak gelabah jugak. Tapi mama kata, takpe, sapukan vicks kat batang hidung, selawat 3 kali. Then, tiba2 bdn Aryssa mula panas suam2. Masa tu, dia dah mula taknak susu botol. Nak netek je. Saya pun bagi je la. Ngantuk sangat, tapi nak buat mcmana. Sampai satu tahap, saya rasa badan dia SANGAT PANAS. Yang baiknya, selsema Aryssa tak meleleh2. Cuma waktu malam dan pagi esoknya je meleleh. Pastu takdak dah. Alhamdullilah.

Aryssa seorang anak yg baik (semoga dia kekal begitu selamanya). Dia tak banyak ragam pun, selain nak menetek shj dan nak tido berpeluk dgn ummi nya ni. Dia masih ketawa, bergurau mcm biasa.

Tepat jam 12 malam, 18 Jan 09, demam dah takde setelah sehari memberikan ubat demam yang diamik dari klinik kat Balok. Mama kata ni demam beralih bulan. Ha ah. Aryssa kan lahir 17 Sept. heheh... Comel pulak tgk gambar dia masa demam.

Apakah pengajaran dari episod kali ini?
1. Elakkan balik malam naik kete dengan membawa bayi kecik.
2. Kalau nak balik malam pun, jgn pasang aircond kuat bangat
3. Tutup kepala dia sentiasa bila malam hari.
4. Bagi netek masa demam boleh menguatkan sistem imunisasi bayi.
5. Vicks mmg mujarab. tapi, nak beli lagi tak buleh dah. cos brg Israel. pakai minyak yuyi je.
6. Doc kata umur lom setahun takleh minum ubat selsema.
7. Bagi ubat guna penyuntik secara sikit2 sbb byk sekaligus nanti dia sembur balik.
8. mak kena jaga makan jugak masa baby demam (huhu).
9. oh. jangan lupa tuam dengan air sejuk kepala bayi anda. pakai towel kecik buleh, just amik air dlm mangkuk dan letak sikit2 kat ubun2 pun buleh.
10. SILA MANDIKAN BAYI ANDA WPUN DEMAM. takpun, basahkan kepala pun takpe. Mulanya, saya ingat kena biar dia berpeluh mcm saya masa kecik2. rupanya zaman dah berubah. skrg kene dedahkan bagi suhu / haba kuar dari badannya. Pakai baju berlubang pun takpe.

Haha. Pengalaman menjadi ibu memang menarik. Saya dah ada eye bag. Mata lebam la jaga Aryssa.

Friday, January 16, 2009

Selamat Tahun Baru Cina semua!!

Salam,

Lama tak mengepos. Agak busy dengan anakanda tersayang dan juga dengan tugasan di pejabat. Baru-baru ni, Ministry of Transport, telah datang je Stesen Sentral Kuala Lumpur, untuk satu majlis perasmian kempen keselamatan jalanraya sempena tahun baru cina 2009. Datuk Ong Tee Keat sendiri yang merasmikan majlis tersebut. I was the liaison officer of Stesen Sentral KL - kira host la kan. Dah kata PR, kene coordinate event la jugak. Huahuahua. Penat, mmg penat. Sbb before tu ada satu lagi event dari Kementerian Pelancongan, tapi seronok bila client happy dengan apa yang diorg dapat: layanan, facility dsbnya. Sapa2 nak buat event launching kat Stesen Sentral KL, call la saya ek...

Berikut adalah gambar hu-ha sambil bekerja saya:

Wednesday, January 14, 2009

TAG DARI NANIM

16 perkara

tagged by NANIM.
Syarat dan peraturan: Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi. (LAWAK LA INTRO YG TERPAKSA AKU COPY SHJ NI)
1. pertamanya, saya suka makan dengan lahapnya. seolah sayalah pengacara jalan2 cari makan.
2. saya jugak sering menyanyi jika ada sahaja perkataan yang disebut rakan sebaya ada kene mengena dengan lagu tersebut. CONTOH: bila rakan menyebut, "terasa aku tau" terus saya nyanyi lagu MASIH AKU TERASA. haha.
3. saya suka tido dengan lampu terang. kecuali lepas dah kawen. itupun kecuali ada Naza. takdak dia, saya bukak je lampu sampai pagi.
4. saya suka makan sambil membaca benda2 seperti ramuan pada botol sos, tin biskut dan sebagainya.
5. saya buang air bila2 masa shj.
6. saya suka makan kek. tak kira kek apa. even kek bongok2 pun. takpun kuih apam dewa (sejenis apam yang dibikin seperti kek dan sedap dimakan dengan cicah air teh o). mak long saya suka buatkan untuk saya ni.
7. saya pantang jugak kalau tgk katalog apapun. mesti nak beli. kurang2 sebijik lipstik. pada sapa2 - jangan bagi saya katalog.
8. saya kini sedang berusaha untuk turun berat badan (hala tuju punya tag pulak).
9. saya nak jadi ummi mithali (jugak hala tuju).
10. saya masak kdg2 je. sbb balik kul 6 dari ofis, sampai umah dah nak kul 715malam. jumpa Aryssa, gelak2 dengan dia, then saya mandi and solat magrib. tu je yg sempat. nak cari keje lain la... yang balik jam 5ptg paling lewat. kalau ada kosong, bagitau. (pun hala tuju).
11. saya nam kongsi rahsia - makanla donut dan apam semasa ngandung. nanti baby tembam gile mcm ARYSSA. huahuahua.
12. saya suke karaoke sambil membuat showmanship: yakni ala2 saya sedang masuk AF takpun 1 in a million. siap menari dan nyanyi penuh perasaan, meskipun suara lite2 je... hahah.
13. oh. saya suka lagu dangdut. bila karaoke, saya mesti pilih (mcm iklan bank rakyat punya tagline). nak2 lagu inul dan mas idayu. mcm no 12, saya akan bergelek. eh, masa preggie pun saya gelek tau. haha.
14. tabiat sukar buang: terlalu nak perfect bila saya plan something, esp bab2 nak gi jalan2 dgn family.
15. saya ske gi shopping dengan adik2. nanti saya akan belanja lebih. sbb adik2 saya pau.
16. saya skrg suke buat apa2 dgn Aryssa: gi mana2 nak bawak dia.
Arahan di atas soh tag 16 org. tapi rasanya malas nak tag. pekata korang buat je la.. tapi saya nak ELYANA buat.
END.

Pemakaian tali pinggang keledar belakang...

Bermula 1 Jan 09 yg lalu, semua rakyat Malaysia telah digesa untuk memakai tali pinggang keledar untuk penumpang di belakang. Satu usaha yang bagus, tapi tak cukup bagus.
1. Mcamana dengan keluarga yang ramai anak? Kalau semua nak balik kampung sekaligus, takkan la plak nak tinggal separuh...
2. Apa macam pulak dengan mereka yang perlu membawa sanak saudara gi beraya - semua tak leh nak tumpang sbb penumpang sedia ada pun dah ramai kat belakang.
3. Abih, kalau yg depan pun tak pakai tali pinggang, apa kes?

Bottom line is, kepada semua pengguna jalanraya, andalah yang mampu mengubah sebarang apa pun. Hanya sikap yang baik sahaja boleh mengurangkan kadar kemalangan: bukan tali pinggang keledar belakang shj, bukan jalan yang diupgrade selalu.

Kepada pemandu, silalah bertanggungjawab terhadap pemanduan.

Kepada penumpang, ingatkanlah pemandu tu betapa kita sayang pada dia dan dialah harapan untuk kita sampai ke destinasi dengan selamat.

Kepada pihak yang bertanggungjawab, terima kasih atas segala langkah keselamatan. Tapi, pikirkan jugalah nasib yang beranak ramai...

huhu.

Jadi bagaimana? Mr Otter ni pun leh pakai seat belt tau. Korang yang bernama manusia tak buleh ke ikut Mr Otter?

Pix taken from http://www.flickr.com/photos/funnysnuggler/2468992691/. Credit to the author.

Wednesday, January 7, 2009

SEDIH DAN PILU


Apakah dosa anak kecil ini? Adakah dia memburu dan menembak mati mana-mana manusia di dunia ini? Atau, adakah mereka cemburu dengan alat mainan yang dibeli bapa kanak-kanak ini?

Sedih.

Perlukah anda mengorban nyawa seorang kanak-kanak yang sedang bermain demi kepentingan diri sendiri?
Perlukah anda membedil sebuah kediaman keluarga yang sedang enak dibuai mimpi?
Perlukah anda memburu seorang ibu yang sedang mengandungkan anak yang bakal lahir tidak lama lagi?
Perlukah semua ini atas nama: KEPUASAN DIRI?

Hari ini, saya menitiskan airmata kesedihan dan kepedihan yang teramat sangat tatkala menatap wajah bersih anak-anak Palestin yang dihukum tanpa sebab oleh Israel.

Ada jenazah yang matanya terbuka luas – masih belum puas meneroka alam ciptaan Allah ini.
Ada yang masih berbaju ceria – mungkin hendak keluar bermain bersama rakan
Ada yang berada di bawah tanah, akibat bedilan bom yang ganas.

Wajah mereka teramat bersih dan pada saya sungguh suci. Tatkala menatapnya, saya terkenangkan Aryssa yang berada di rumah babysitter. Beruntung Aryssa. Hidup aman di negara tercinta. Hidup bebas bergelak ketawa. Hidup ceria dengan keluarga tersayang.

TERLALU PEDIH UNTUK MATA SAYA MENONTON KEGANASAN INI… Tak terbayangkan jika ini berlaku di Negara kita. Ya Allah, peliharalah kami. Jauhkanlah kami dari segala bala bencana ini… Amin.

Untukmu para syuhada di Palestin, pengorbananmu pasti diberi ganjaran hebat dari Allah SWT.

Untukmu anak-anak yang tidak berdosa di Palestin, kerianganmu pasti kembali bila kamu menetap selamanya di syurga kelak.

aL-fATIHAH...

Tuesday, January 6, 2009

tudung hari ni lebih selesa dan cantik dipakai

So, semalam, isnin pakai uniform, hari ni tak pyh, SELASA - the casual day.

Cantik tak?

the first day with my tudung

URRRGGGHHHH!!!




Stress gila nak pakai tudung uniform ofis ni. Masya Allah. Dengan licin, sukar dibentuk, sume lengkap.



The nite before the 5th Jan 09, I ironed like a mad lady who hasnt met with an iron before. LAMA dan PENUH KUSYUK. Since I didnt manage to buy the STARCH, I used CANDLE instead.



Caranya? Gariskan lilin pada tudung sebelah dalam: ONLY THE AREA YG MCM ATAP JE LA. then iron it. Selamat dah.



But still, paginya saya hampir je nak mencabut tudung ni dan blah pakai tudung biasa (buat2 takdak tudung lagi). And i almost mad to Naza and Aryssa disebabkan tudung ni.



Sila lihat gambar tudung kelak.

Saya yang berpura-pura menyukai tudung ini.

I mean, can we change the tudung with the latest style (merujuk kepada tudung yg saya pakai masa bday)?


Or at least use a different material?


Sekurang-kurangnya bila ada gaya baru, ntah2 ramai lagi staff yang nak bertukar wajah. terus terang, salah satu punca saya ada sedikit lambat memakai tudung adalah kerana memikirkan kemelut yang bakal saya hadapi setiap pagi pabila memakai tudung uniform ini. Cantik, tapi tak praktikal la.


So, saya dan rakan kene bawak perkara ni ke atas. Lagipun, tudung dah nak abis. Leh la cari yang baru. Hah.



Suhana, tuan punya starch yang saya pinjam bawak balik dan iron tudung-tudung uniform untuk kegunaan masa depan yang gemilang.

Saturday, January 3, 2009

An Evening at the Lake Garden

Ntah mcmana pagi tadi, 2 Jan 09, tetiba rasa nak bawak Aryssa naik stroller dia dan jalan2 kat Lake Garden; tempat saya dan Naza penah amik gambar masa pregnant Aryssa dulu. Saya ajak satu family gi - kecuali J.O yang rajin bekerja.

Kami sampai around 5.30 pm dan cuaca agak redup. Kami terus memunggah barang. Ni kira ala-ala piknik la ni. Adik siapkan telur rebus dan mayonis untuk dimakan bersama roti. Then ada mini mufin yang adik beli dari Kuantan.

Sampai je, terus melantak. Then, bawak aryssa naik stroller. She was really sporting. Tapi, tak lama pastu, dia bosan dan melalak la jugak.

Seronok sekali-sekala dapat ambik angin luar. Takdela terperuk dalam rumah je. Takdela nak ngadap keje je. Takdela nak stress je. Korang kalau ada masa, datangla Lake Garden. Lepak. Piknik. Joging. Bawak anak main kat taman permainan. Tgk rama-rama. burung. mcm-mcm ada!

Pictures, evevryone... ENJOY!







Oh. Presents.


Antara hadiah yang saya dapat masa celebration adalah:
Sepasang kasut oren dari adik dan hafiz
Sebuah beg tangan besar dari kakak dan nasrul
Sebuah lampuo tidur romantis berbau harum dari j.o dan miera
Sejambak bunga ros warna merah, kuning dan purple serta kad cinta dari Naza
Sehelai baju coklat dari Aryssa (er... pelik, kan? bila lak dia gi beli)
Sekeping kad daripada papa dan mama
Satu set barang lavender dari Unee & Eli

TERIMA KASIH SEMUA!

Oh. Gambar hiasan: saya memakan kek kegemaran.

My birthday celebration

How did i celebrate my birthday?

Well, of course, it's new year. I stayed home - tak keluar countdown pun, and dont even notice that it's already 12am. Naza called and wished. Took the bouquet he sorok in the laci. received lots of SMS - birthday wishes.

Then, on the 1 Jan 09 itself, Naza took me out for a karaoke session with our friends (sorry Vouchers, i also dont know this plan). We drove from home to KL Sentral and parked our car there. Then, we took the monorail to Jalan Imbi. God. Too many people. HEADACHE.

After the karaoke, I was seriously hungry. Naza suggested we go to the new JJ in Setiawangsa. I said: "Hey, kesianla Aryssa. Lama dia tunggu kat rumah. Takkan nak biarkan adik2 dengan mama jaga lama2. Tak syokla" Naza said it's okay. Aryssa herself went out with twins and mama. hmmm... suspicious.

Upon arrival at JJ, i immediately asked to eat at SAKURA KRISTAL (yes, there's new outlet). But, since i dah simpan lama, i have to go to the ladies. Keluar je ladies, Naza asked me to show the car seat yang I nak beli for Aryssa. belek2, dia takde pun mcm nak beli. Then i tanya nak beli ke? "Kita tengok kat SOGO la pulak" DUHHHH.... dah la lapar, lama tunggu lak tu kat tempat car seat. MARAH betul...

Then, Naza mcm nak melengah2 waktu. It really pissed me. "Abg, jomla makan. Dah lapar sangar ni.." "Oh, ok. Tapi abg nak gi toilet jap" HE TOOK AGES in the toilet. Padahal, I know, guys dont really look into the mirror - betulkan rambut/pakai bedak/lipstik atau tudung. They just go in, do the things, flush, make a move.

HUH. ANGIN SATU BADAN.

Finally, he took me to SAKURA and.... surprise, surprise!! the family was there. twins and their partners were there. J.O and his GF, were there. ALL in BLACK & WHITE. Ada tema lagi.

Oh. They also invited the VOUCHERS. But, Ikzal, Eli and Unee tersalah Sakura... They went to the Melawati branch.

Anyway, i thanked my family for arranging the surprise, though i must say i did expect it. Well, every year pun mmg mcm ni. Tapi selalu lain2 cara surprise.

Sorry Abg Naza for being too fussy pasal lapar sangat. YOU KNOW ME... heheheh...












Friday, January 2, 2009

The New Me!


Selamat Tahun Baru...

Semua orang ada azam tahun baru. Termasuklah saya. Sebagai seorang isteri, ummi kepada bayi yang chomel, saya telah terlalu lama memendam azam ini. Sememangnya saya sudah bersedia. Tapi, rasa takut dengan tanggungjawab yang berat ini menyebabkan saya rasa tak bersedia. Sehinggalah, saya mengajak kembar ke Masjid India, membeli tudung (post sebelum ini). TERUJA. Itu sahaja yang mampu saya lafazkan.

Bersempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, dan sambutan tahun baru, yang juga hari lahir saya, saya tekad untuk meneruskan niat ini. Sungguhpun saya masih memerlukan lebih banyak bimbingan agama, tapi ini mungkin pembakar semangatnya. Insya Allah.

Reaksi? Yang benarnya, hanya kembar yang tahu niat saya ini. Sehingga pada 1 Jan 2009, barulah keluarga saya tahu. Mama pun skrg dah mula berjinak2 dengan tudung (wpun, dia hanya bermula selepas saya memulakannya). Naza? Tersenyum bangga dan menyokong sepenuhnya. Harapannya? Agar saya tidak hangat2 tahi ayam. Papa & J.o? Diam sahaja. Tapi saya tahu, mereka terperanjat.

Ketika dalam perjalanan keluar menyambut hari lahir saya, barulah saya MMS gambar kepada rakan-rakan VOUCHERS VAULT. Semuanya positif dengan perubahan ini. Dan kemudian, Suhana, ofismate. Dia ofismate pertama yang pernah saya utarakan untuk berubah ini. Dia juga bangga dengan perubahan saya. Alhamdullilah.

Harapan saya adalah semoga tiada suara sumbang yang mempertikaikan perubahan ini. Tiada suara sumbang yang berkata: "Eh, ko tak sesuailah pakai tudung mcam ni, ko kene pakai mcm ni." Sbb saya tidak berniat memakai tudung kerana fesyen. Tetapi lebih kepada tuntutan. BIARLAH COMOT ditarik Aryssa, BIARLAH HODOH dipandang orang, janji, tuntutan saya penuhi.

Mohon petunjuk dariMu, Ya Allah. Mohon bimbingan darimu, suamiku. Mohon nasihat darimu, sahabatku.

Thursday, January 1, 2009

Happy Birthday to Me

I am now a wife to a husband.
I mother to a daughter.
Still a daughter to a parents.
A sister to a brother and twin sisters.
A cousins for many other cousins.
And the list go on.

Nothing has changed in my status. Only added.
Nothing has changed in my belief. Only strengthen.

To friends and families who have wished me earlier. Thanks. Happy New Year to you too.

It's 12am, 1st January 2009. To my surprise, Naza called from workplace and asked to open up Aryssa's not-frequently-use drawer of her cabinet. And there were 3 roses: purple, red and yellow and a beautiful card. Naza wished me via handphone. Sang the song. Kissed the kiss. Thanks a lot, dear. Cant wait to see you home tomorrow morning!


Me, reading the card with love notes from Naza while holding the sweet smelled roses. I love being pampered.