hmmm... apa saya buat masa org sibuk2 sambut valentine?


restoran memori corner, tmn melati. agak best la. nanti nak ajak Vouchers lepak sini.

Mcm saya cakap before this, tak sambut pun valentine ni. hari2 pun valentine's day kat umah saya. tapi since entry nak hari2, maka saya cerita la apa saya buat sepanjang hari setakat masa entry ni ditaip.

bangun agak lambat, sekitar jam 8.45 pagi. kenapa? sbb malam tadi Aryssa mempermainkan kami dengan tido hanyalah pada jam 3.40 pagi. Wah... ngantok siottttttt!! So, anyway, bangun pun sbb si Aryssa jugak duk 'uhh...ehhh' sbb nak susu. buatkan susu sat, bagi dia minum. then dia duk dlm playpan. bermain sendirian memandangkan abahnya masih lagi tido. saya yg kepanasan (ye, skrg ni panas sgt, kan?) terus mandi. tinggalkan Aryssa sat.

Then, saya terus bermain dengan Aryssa lagi. lama2, dia tertido (salah, tertido sb menetek). Then, cepat2 saya bangun dan kemas dapur yg semalam bersepah2 takleh nak basuh cos air takdak.

Disbbkan dah kul 11 pagi abahnya bangun, saya buat air milo dengan roti letak planta dan gula aje kat dia. pada masa yg sama, saya terus kuarkan lauk nak masak special...

YAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.... Ini dia menu tghri tadi: kari ayam, daging masak itam manis dan sayur sawi cina. yummy.

daging masik itam manis adalah cubaan saya yang kedua.. sedap!

Kemudian, abahnya gi keje. saya tinggal dengan Aryssa dan atok n onni nya. Pak ngahnya dah kuar. sambut valentine ke??? (HUH!).

Lepak2 dengan Aryssa, gurau2, tetiba dia tido lagi (pun lepas ditetekkan). Saya masuk bilik nak sambung buku BABY & CHILDCARE by Dr Miriam Stoppard. Cheh, takat 2 page je. Pastu tido.

Tetiba mama kejut: "nak gi tak tgk showroon kitchen cabinet?" dengan separa sedar, saya pun bangun dan tgk Aryssa dah bangun dulu. Mandikan dia, siap2 (adala dkt 30 minit plak nak bersiap. ada anak ni mcm2 nak bawak: susu, diaper, baby wipes, baju extra, minyak baby, segala benda la).

Kitorg gi kat area Ampang Point. Cari parking bagai nak rak. tetiba tgk kedai yg byk show perabot yang mana ni la lokasi yang kami nak pegi, DAH TAKDE. TAKDE. Tapaknya kosong dah. CHEH. PENATNYA.

Then kami ke Wangsa Maju, tgk2 ada satu kedai kitchen cabinet. kami pun masuk dengan paluan lagu2 hindustan sbb kedai sebelah adalah kedai GULATI's. Ahaks.

Saya cuba menangkap beberapa gambar untuk masukkan dlm blog. tetiba: "akak ahh... you amik gambar aa?" "ha ah, kenapa?" "untuk magazine ka?" "Eh, amik dgn hp takkan la saya nak amik utk majalah plak" "ya ka? bukan apa, design sini sume kita punya saja. talak lain tempat" CHEH. Okla, i ols tak masukkan dlm majalah.

Aryssa di kedai kitchen cabinet. khusyuk...

Lokasi kedai kat KLSC, Wangsa Maju. Ala, leh nampak dari sekolah depan tuh.
balik2 je, Aryssa kira harta nak beli kitchen cabinet!!


Comments

hedgebeewhy said…
rumah akupun takde air dari semalam, takleh nak masak...terliur tgk lauk ko tu...mintak ckit!
Aida Nurni said…
hehehhe... terliur? Malangnya Naza tak brepa suke lauk ini. dia ske sotong masak itam. terubuk masak asam pedas. hayooo...

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!