Our family tickers

Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 28, 2008

The pictures of pregnant treasure hunter


"Apa, ingat artis je leh pose tepi pool ke??" "Papan amaran supaya tk bercanda di pantai waktu malam"



"Lihat perutku... Chumel kan...??"

Come to think about it, kali ni punya trip, kitorg takde amik gambar sebelum bertolak. Sbb stress dgn J. Pastu, kami tk rasa seronok mcm kat Pangkor. Ada few opinions from us on the treasure hunt kali ni:

1. Since depa kata sapa yang berjaya buat task akan dapat kad dan blkgnya ada tulis nombor anda grup nombor berapa yg dah siap dan sapa siap awal (nombor awal2), markah lebih tinggi, then i rasa tak patutla masa buat task kene ikut giliran kete sapa sampai dulu. Sbb, mengikut perkiraan kitorg, if mcm tu, mcmna nak overtake? Sukar ye tuan2...

2. Kat hutan lipur, pit stop yang mula2 kena buat berada agak belakang dan bukan tmpt yg mula2 kita nmpk. So, agak keliru di situ.

3. Rasanya task shj tak seronok. Mcm gi pangkor, as u go, u kene tgk2 signboard n look for answers. Ada tulip dan ada bacaan meter untuk jawapan tepat. If these are also included, baru syok.. Even org sampai last pun ada chance nak menang sbb jawapan tak semesti betul semua.

4. And then, buat mcm explorace yg mana group buat strategi nak gi pit stop mana dulu. tapi ni tak buleh masuk highway la... yg buat area2 KL, Selangor, buleh la. So, kita ada chance untuk jadi grup pertama buat task tuh. Markah byk sket kat situ.

5. JANGAN buat MANDATORY stop. Lantakla depa nk makan kt mana. Dah settle task and answers, blah la. Tak perlu tunggu setgh jam kat R&R.

So, anyway, benda dah lepas. Tapi i really hope nanti next year leh join lagi. Baby duk dgn Tok Ma and Tok Pa ye... heheheh... (Ya Allah, jgnla baby ni lasak sgt nanti... Sbb, mamanya masuk treasure hunt masa baby dah nak 8 bulan)!

ps: tahniah kpd grup Hedgebeewhy yang menang tempat ke3. Anda berjaya akhirnya!

Keputusan Treasure Hunt 2008

So, kami ber3 saje yg menyusuri langkah (Next year, kami nak cari sorang ahli baru. Sapa berminat, sila hubungi saya).
Dari KL Sentral, kami singgah ke PETRONAS Lingkaran Karak: tasknye membeli brg berharga RM4.70.
Then ke R&R Genting Sempah: memasak buah berangan (lawaknya Mas Hadi taktau buah berangan tu apa... heheh).


"Mas Hadi sedang menggoreng buah berangan"

Then terus ke Hutan Lipur Lentang: menganyam ketupat - terror gak Abg Naza. Dia yg buat dua ketul tuh. Then, dia jugak yg menyelam dalam sungai cari treasure. Sejuk menggigil. Dah la demam. Oh ya. Kumpulan kami kategori handicapped. Sbb, sorg ngandung, 2 demam. hahah.
Keluar dari situ, Mas Hadi mencari mangga dan kunci yg sepadan.

Then ke Dusun Eco Resort di mana abg Naza membuat wall climbing. Kemudian sepatutnya 2 ahli yg lain kene buat flying fox dan merentas satu titian. So, of cos, bukan saya yg buat. Abg Naza n Mas Hadi jugak. Di sinilah kami hilang 400 markah. Hampeh. Sume gara2 J.
"Abg Naza memulakan langkah memanjat dinding batu"



"Yg baju hitam tu Abg Naza"

Kemudian, kami terus ke R&R Temerloh. Dlm perjalanan, kitorg buat Sudoku. Nasib baik tau sket2. Then sampai R&R kitorg buat cari perkataan tersembunyi dan teka silang kata. All about MRCB la.

Seterusnya, kami ke RM Batik di Medan Warisan, Kuantan. Btl2 depan GIANT. Kat situ, Abg Naza mengecop batik dan Mas Hadi mewarnakannya.

Next, kami terus ke Swiss Garden Resort dan OTW, singgah satu kedai jual kepok lekor. Hehehe. Kali ni kita gentel kepok dgn Abg Naza dan rebus. Kemudian, 1 grup kene makan. Sian lak tgk org yg tak biasa makan tanpa goreng. Saya bedal je. Dah biasa la katakan.



"Pasangan yang menggolek kepok lekor"

"Dan setelah direbus. Byk dimakan saya. Baby suke le tuh"

Dan akhirnya, kami tibe di Swiss Garden. Aktiviti terakhir ialah menaiki ATV - ala motor besar tuh. Roda 4. Saya pun naik. Thee hee hee...

Nombor berapa? 27/39. Mmg dahsyat sbb selama ni kami top 5. Tapi, kira alrite la sbb kami ni handicapped, pstu tak cukup org. If only we have enough grup member, tk hilang markah kt Dusun Eco Resort. Tapi tk pe... tahun depan ada lagi. Since kami dah tau format, kami akan bangkit semula...

Sape nak join kami tahun depan, silakan....

manusia berpegang pada janji

my last entry was about the treasure hunt from KL Sentral to Kuantan (kampung saya). Yup. i still entered despite the fact tht i m 30 weeks pregnant.

Sepatutnya kami ber4, and we hve registered it tht way. Paid RM100 each - my money first. Besides myself, Naza, my husbnd, Mas Hadi, our fren and another officemate from Melaka. All was fine. We even called him, the Melaka guy (let us call him J) on 24th July - to reconfirm his entrance.

Tapi,malangnya, pada 25 July, dia bgi emel dan kata: Sori tak dpt join, kt melaka ni ada keje weekend and kene standby. Saya pujuk supaya dia dapat join jugk. Becos, menurut masa briefing, ada aktiviti yang kene buat 3 org... so, musti ada 4 org spy saya tk perlu terlibat untuk aktiviti itu.

Luckily, jm 230ptg, dia kata keje2 itu telah ditunda ke minggu depan dan dia akan balik KL ptg ni (padahal, seblm ni dia kata dia amik cuti jumaat dan isnin utk aktiviti treasure hunt ni. So, patutnya, Jumaat pepagi dah blah dan tak perlu msuk meeting yang menyatakan dia kene keje wknd).

So, kami pun gembira dan terus merancang strategi bertiga sbb J tak sampai KL lagi.

26 July - hari yg ditunggu. Saya dan Naza call J dari jam 7pg - tapi hpnya tidak di'on'kan. Saya mula cuak. registration dr jm 7.45 - 8.15. sempat ke J ni? Try call sampai lebam, pun takde ringing.

Akhirnya kami register jam 8.10 pg - BERTIGA SAHAJA. Rasa nk nangis. Tp Abg Naza n Mas Hadi cool je. Dia kata, kit just enjoy la...

J langsung tk call mintak maaf. Naza ada msg dia, pun tak reply. Apapun, saya tetap nak mintk RM100 tuh.

Menang ke kalah? Baca entry lepas ni... Hehhehe...

Thursday, July 17, 2008

Treasure Hunt MRCB 26-27 July 2008


Dare me to take the challenge?
hahahahah...
Ni kali ketiga kami nak pegi Treasure Hunt.
First year, we won 4th place, second was also 4th place.
this year? Baby's charm, maybe? Taktau la mcmana... Wait for the post nanti ya!

Wednesday, July 16, 2008

Week 29: To pee or not to pee...


"This is a write up i got from http://www.babygaga.com/. very interesting. enjoy!"


Fetal development in pregnancy week 29:fetus in seventh month If you’ve been feeling butterflies moving around in your belly, it’s not just your run-of-the-mill pre-birth performance anxiety. No, it’s your amazing baby with a case of the hiccups: a fairly common occurrence at this point resulting from practicing breathing for their big birthday. In addition, to getting a round of butterfly-like hiccups, your little swimmer has arduously managed to accumulate enough baby fat to account for nearly 3.5% of their overall body weight. Yeah, compared to we adults, it’s not a lot, but when they’re little like that—it’s certainly a healthy (and warming) accomplishment in its way. Another fantastic accomplishment: your baby's spleen is now in charge of hematopoiesis—the 10 dollar name for the process involved in building up certain important blood components. Another fantastic-accomplishment: your little monkey has been peeing into their amniotic sac for a little while now (this is why potty training takes a while) and if you didn’t know, actually swallows it along with the rest of the amniotic fluid. Although the concept is nasty, their urine is sterile and as part of the amniotic fluid base, is replaced several times throughout the day. So if you didn’t know before, now you can tell people, that yes, you drank your own urine—you were still in the womb, but nonetheless, you’ve been there.


the third trimester


so, finally, aku dah pun masuk the third trimester. Ahahah.

"the same home my baby is in now. masa scan pun lebih kurang mcm nilah kedudukannya. But, this is not our baby. Ours is kept secret until the birthday"

We had a checkup on 11th yang lepas. And according to the doc, the baby's doing well. We can see the face through the doc's 4D machine. Chumelnya... but tak nampak penuh la.. ada bubbles. ada tali pusat. The baby is now 1.3 kg and i hope tak besar dan tak kecik sangat. AND REALLY HOPE I AM GONNA BE DELIVERING NORMALLY. Bukan C-Section.

Ada org kata masa third trimester ni kita akan mula rasa muntah semula. Seperti yang mula-mula dulu. Setakat hari ni, mmg ada loya2. ada rasa nak muntah. In fact, tadi pun ada rasa nak muntah. Taktau la kenapa. Tapi muntahnya keluar darah sket (not plain blood but with a mixture of some sort of liqiud, lendir... sori if this irritates you).

Makan pun kena kerap tapi sikit. baby pun kuat menerajang. Kdg geli. Kdg rasa sakit sket... sbb ketegangan.

so, off to bed sbb dah penat muntah tadi. jumpa lagi nanti...

Tuesday, July 15, 2008

My Beauty Secrets (Before my pregnancy & now)


"Beauty lies from within"
My foundation
Biasanya saya memakai Foundation B, Felisa (Ye, Shahnim, kita serupa). Then bila dah settle dengan alat2 lain, saya sekarang memakai magic foundation (shimmer) Red Earth dan jugak foundationnya.
Kini: saya hanya pakai bedak baby Johnson putih. Wangi. Bau baby.

My Mascara
Mascara saya pakai macam-macam. Suka hati la. Maybelline Volume Express buleh. Red Earth pun buleh. Kaler hitam or dark brown. Nak lebih dramatic, biru le.
Kini: Lepas mandi terus berbedak dan blah.

My Day Cream
Day cream? Barangan Felisa la jugak sebenarnya. Pakai dia punya sunblock natural sekali dengan Faoundation B.
Kini: Tiada lagi (kecuali kalau tetiba nampak kulit kering lepas pakai bedak, saya sapukan sunblock itew)

My Essential Beauty Product
Mcm diberitahu sebelum ini, saya pakai Felisa aje. Sabun kaler pink. Pastu facial wash berbau oren. Letakkan SF Lotion ataupun dikenali sebagai toner. Kemudian sunblock. Dan Foundation. Malam tak pakai sunblock, gantikan dengan skin renewal cream.
Kini: sabun pink tu je. Siang dan malam. bedak. Pucelle kaler biru. Bedak baby Johnson. Hahah.

My Favourite Make-Up Product
Oh. Ntahla. MAC punya eye shadow ada satu je dlm koleksi. Tapi mmg vast kalernya. Maybelline all time favourite la. Red Earth pun ok gak. Elianto pun not bad. But not to be used too often.
Kini: Spt di atas - bedak johnson

My Perfume
Lancome Ooui! Bau yang fresh.
Kini: Bedak je.

My nails
Tak buleh pakai apa2. biar gitew aje.
Kini: sama la. Tak buat apa.

My Feet
Feet? Oh... i forgot la. Hahah... Tak pakai apapun. Sebab tu licin dan cantik. Heheh.

My Hands
Johnson baby lotion.

Three Products To Bring On A Deserted Island
1) Deodorants
2) Top to toe body wash
3) bedak Johnson

Women I Admire For Their Beauty
1) Angelina Jolie
2) Vanidah Imran
3) Britney... eh, silap... Saya. hahah...

Women With The Best Sense Of Style
None. Kdg2 ada yang terover fashion. So, it really depends on the occasion and the mood I'm in masa nak tgk fashion2 depa ni.

My Ultimate Dream
I dream to: own my own beauty centre dengan spa lengkap. Hari-hari pergi sana bermanja kulit dan badan. Oh... indahnya...

How Do I Define Womanhood
Womanhood? Occurs when one can cope with all the impossible / problems in life.

My Favourite Fashion Publication
Loh... tak penah baca apapun majalah fesyen secara terusan. Kadang2 jumpa kat umah kawan, kat ofis, kat mana2 la... baru saya baca. Becos i dress on my own dan bukan merujuk pada mana-mana fesyen (patutla fashion taste fail gak..)

Kini saya mengetag:
1. Eliana Azyze
(itu je buat masa ni sbb saya baru bermula)

Majlis Sambutan Ahli Voucher Terkini


"Birthday boy" "Mak Buyung pun gagah menyanyi"

Sambutan kecil-kecilan pada hari Jumaat yang lalu dihadiri oleh saya, Unee, Ikzal dan Azim (Azim bukan ahli voucher. Dia org asing yang dijemput khas bagi menyumbangkan lagu-lagu hits Indon).

At first, semua vouchers (kecuali kedua-dua tinie yang mana sorang balik Kelantan, sorang dalam pantang. Congrates Tini!) berjaya untuk RSVP dan kata: saya hadir. Tetiba, Eli kata tak dapat join: Teksi takdak la u ols… Nurul pun: I ols kene hantar mak la. So, tinggal kami je la.

We met at News KTV kat Ampang Park (tempat baru sbb bangunan lama tu, YowChuan, katanya nak ditutup). Masa aku masuk dengan Unee, mata orang-orang yang menunggu bilik kosong terpandang perut boncit aku. Loh, mak buyung ni pun nak nyanyi?

We had a few songs by ourselves until akhirnya Ikzal, Azim dan Sheryl masuk. Suara saya tersekat-sekat sbb nafas pendek. But I managed to sing Goyang Inul – without the gelek, of course. But, oeverall, terlepasla gian nak menyanyi setelah sekian lama. Mujur Naza bagi green light nak pergi sini.

Pastu, kami makan-makan. Org lain tak makan pun. Aku makan nasi ayam. Ikzal makan roti tosai.
Pastu balik. Dan tido. Dan kemudian, anak dalam perut pulak bergelek-gelek. Hahaha. Gelinya…

Wednesday, July 9, 2008

Pengguna LRT yang Prihatin

"Tolongla. Jangan jadi Adlin Aman Ramle (dalam iklan tu ye...)"

Begitulah rintihan kami ibu-ibu dan bakal ibu-ibu ni. Masakan tidak, dengan perut yang jelas memboyot, ada jugak manusia yang tak boleh nak bagi duduk dalam LRT?

Ada yang bila kita masuk koc, dia celik, tapi bila kita duk berdiri depannya, terus terpejam mcm digamgajahkan.

Ada yang dari awal tutup mata, tapi mata bergerak2.

Ada yang berpura-pura tengok handphone.

Hah. Kelakarnya.

Saya cadangkan klinik-klinik yang buat medical check up untuk pregnant ladies ni bagikan badge yang ada tulis: I'm Pregnant. At least orang yang tengok badge ni, akan taulah perut yang boncit ni, bukannya tidak berisi!


SEPI


"SEPI menanti"

Hari isnin yang lalu, tiba-tiba saya tergerak hati nak tengok wayang. Walaupun dengan perut yang sarat, tulang bontot dan belakang yang sakit, saya tetap nak pegi jugak. So, saya try book the tickets via telephone boooking. Alhamdullilah, dapatla.

Naza kata nak tengok citer SEPI. Agak terkejut sebab selama ni Naza minat cerita berunsurkan lawan-lawan, ganas, dan peperangan. But, since i like to watch SEPI too, apa salahnya kan?

Akhirnya, kami sampai MID VALLEY and proceed to watch SEPI. Ya. Memang sedih dan sepi jika kita tiada teman dan menonton filem tersebut. Ya. Memang kehidupan kita ini penuh dengan kebetulan. Ya. Memang sesungguhnya sentuhan pengarah filem ini amat halus.

Jangan tanya sama ada saya menangis atau tidak sbb saya ni tengok citer NEMO pun nangis. So, jawapan dah ada kan? Naza? Hehehe... Katanya tak menangis. Tapi sedih je. Yelah tuh.

Secara peribadi, ceritanya mmg lebih kurang mcm CINTA sbb adanya unsur satu kejadian yang mempunyai 3 cerita berbeza. Masa menonton CINTA, orang kata ceritanya macam LOVE ACTUALLY. But, i think CINTA lebih teliti dan lebih halus olahannya. Samala dengan SEPI.

Kepada yang belom menonton SEPI, pergilah tonton. Memang tak rugi. Oh. The songs are great too.

Naza,
Kaulah Kekasih
Kaulah Sahabat
Kaulah Syurga

My rate for the movie: 5/5.

Thursday, July 3, 2008

the development so far

pregnancy

The second trimester

Maka berlalulah sudah trimester pertama. Lepas tu, masuk ke 3 bulan 1 hari aku mula buat perangai. Aku mula meloya. Aku mula muntah. Subhanallah. Dahsyat sungguh. Sampai Mama aku kata pelik pasal morning sickness pada bermulanya trimester kedua.

Keadaan mmg teruk la jugak. Muntah setiap hari, without fail. Pastu ada pulak buang air besar setiap hari selepas gosok gigi. Tu tak cukup dgn menyampah bau suami sendiri – esp masa dia pakai perfume yang aku belikan untuk hantaran dia hari tu dan jugak sebarang minyak/cream rambut. YURK!!

To make things worse, aku dah tak boleh bau sabun mandi yang biasa kami pakai – secret garden tuh. Aku pakai Dettol sahaja… Oh, bukan aku sahaja, malah adik-adik dan Naza jugak (sapa-sapa je la yang guna toilet sama dengan aku). Dan shampoo pun kena pilih yang berbau lemon/lime/limau dan yang sewaktu dengannya. Makan pun tak lalu dah. Huh. Pendek kata, all are different masa ni. Pelik, tapi benar.

We even standby plastic bag dalam kete just in case.

OH. YANG PALING BEST – AKU TAK SUKA PAKAI MAKE UP. Jadi aku tak cantik sepanjang masa. Dengan rambut tak bersikat, aku akan naik kete dan terus ke tempat keje. Kalau naik LRT pun sama je. Orang sume tgk2 aku. Hahah.

The first trimester


"The newlyweds - Raya Haji 08"

So, they said that pregnant ladies will get their morning sickness during this first trimester (honestly, bukanlah morning sickness, petang, siang, malam, subuh, dinihari pun ada jugak kekadang). Akan tetapi, yang peliknya, my first trimester was good. I ate like crazy. Macam-macam yang saya makan. Banyak pulak tu. “Pn Aida ni beruntung. You are among 20% ladies yang tak kena morning sickness. Good.” Begitulah kata Dr Asmah Yun, the gynecology yang aku jumpa di Damai Service Hospital, Tmn Melawati. Well, alhamdulillah la.

The good thing is, my husband was very supportive masa ni. TERAMAT. Everything will be done by him, sampai aku rasa tak seronok la pulak. Yelah, kawin tak sampai setahun lagi, tapi suami dah buat semua kerja-kerja rumahtangga. Thanks la Abang…


The first formal check up with a doctor

Since kami dah overexcited sangat, the same night that we had our pregnancy test, we also went to a clinic nearby to double confirm and tgk dah berapa minggu dah sebenarnya aku ni berisi (not berisi dengan lemak, tetapi dengan ‘lemak’ lain… haha).

So, we were called by the nurse and a male doctor attended to us. Masuk ke bilik doctor, dia tanya: “Ye, ada apa.” “Oh, saya nak Tanya pasal period saya tak datang,” “Hm, nak tau awak ni ngandung ke tak, ke? Nurse, bagi botol. Awak amik botol ni, buat urine test,”
Erk? Kereknya. The least he could do is say hi ke, apa ke… then cakapla elok-elok sebab kami ni first time parents. Tapi, takpelah, aku pun keluar semula dengan Naza and I went to the toilet, do the stuff and pass it to the nurse at the counter.

“Pn Aida, masuk ye,” nurse tadi panggil lagi sekali. Doctor said: “So, betullah you mengandung. Bila nikah ni?” Naza menjawab: “8 Disember 2007 hari tu doctor,” “Hm… (sambil membelek-belek card apa ntah) maknanya dah lebih kurang 5 weeks dah ni. Ni kali pertama ke mengandung?”

BANGANG ke apa ni… Tadi dah cakap aku baru menikah… “Tak, ini first time la ni…” aku menjawab sambil ala-ala menjeling. “Biasanya kalau belum sampai 6 bulan lepas nikah, maknanya pasangan tu belum bersedia lagi. And I think you are not ready too.”

WTF??? “Well, frankly, saya ada la baca buku sikit2, nak tambah maklumat.” “Oh, itu tak cukup. Pregnancy can be scary, you know...” Doctor ni dah lebih la ni… “Thanks for the advice,” “Yes, sure. Nanti you datang semula in a month for check up”

JANGAN HARAP. Naza dari tadi lagi berdiam diri. Macam tak percaya dengan apa yg doctor ni cakap. Dahlah takde tahniah, tak salam Naza, tak macam dalam drama pun….

So, that’s my first encounter with a lame doctor, yang tak pandai nak tackle patient yang baru pertama kali nak jadi parents. To all yang penah ada pengalaman sebegini, share la.


the real one

Ok. Sekembalinya dari honeymoon, kitorg pun 'catch up' for the 'lost time' masa honeymoon.... *18 SX*I was supposed to get my next period cycle pada 16th Jan 08. Tapi, bila tiba harinya, tak dtg jugak. I was smiling big. Naza, my husband, pun notice. Tapi bila dia tanya, aku jawab: "Lambat kot bulan ni..."

29th Jan 08: kitorg dah tak sanggup berteka teki, akhirnya beli preg test tuh... Kitorg balik dan... dan... dan... 2 lines! OMG! I'm going to be a mother! I shouted out loud dari toilet sampai tekejut Naza yg tgh goreng telo mata kerbau... "Jap.. jap lagi abg naik!""Look, 2 lines...! We are going to be parents!" Aku peluk dia kuat gila... dia pun peluk aku kuat2... yg paling terharu, dia cakap: "Ya Allah, terima kasih!! Terima kasih Aida! I love you so much!" dan cium dahi aku. Tetiba je basah dahi ni. Naza menitiskan airmata gembira rupanya... heheh... Aku pun sama.


Malam tu jugak kami ke klinik dan check betul2. Cerita selanjutnya pasal di klinik, akan diberikan dalam post selanjutnya. The preg test ada lagi dalam bilik aku. Simpan buat kenangan...

the false alarm

Our marriage was on 8th Dec 08. And the reception at my husband's is on the 16th Dec 2008. I was suppose to have my period on 12th Dec 2008. BUT IT DIDNT COME until the reception is done at his place. I was soooooooooooooooooooo EXCITED.. the same goes with my husband. Never thought it could be this early.

We've bought the pregnancy test kit. BUT there was only 1 line. There must be a mistake somewhere. But we've tried for at least 3 sets of tests... still... 1 line only.
Our honeymoon day came. It was 21st Dec 2008. I was the one arranging everything, so I AM SO OVERWHELMED with the thoughts of having to rest with my dear husband. Whatmore, we are the newlyweds.

It didnt go as planned. I HAD MY PERIOD ON THE DAY WE WANTED TO RIDE THE PLANE TO KOH SAMUI. Hurrrggghhh!! I thought my timing is good. But wasnt. So, we went for the honeymoon with "RED LIGHT" (Sorry la Abg). Lucky me, Abg was very understanding.

Oh. I've cried when i learnt that I'm having my period when i took the shower to get ready for the honeymoon that Subuh. The best thing is: my crying was becos i couldnt enjoy the honeymoon that much despite my efforts. But Abg thought it was bcos i've lost the baby. "Takpela Aida, takde rezeki lagi" Heheh... how cute.

the call for a blog...

this is new. new for me. yesterday i got to see what actually a blog is. I mean, bukanlah tak penah tgk, i did. But just browse others' blogs and read their minds. Tapi semalam i thought "Hey, creating one is not sooooooooooo difficult what.."

And i end up with this.
So, to start with, hello to everyone. Oh. We'll start with my first pregnancy experience.