Our family tickers

Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 28, 2009

AKU BERemosi


muka abg Naza yang malu sbb kene teman saya tgk GENG.


Aryssa yang comel.

hari ni 28hb. birthday dia 3 mac. tapi kitorg sambut awal. ala2 nak surprise la konon. tapi muka blur je depa ni.


eh, gambar terselit.

ptg tadi gi tgk GENG. dgn Abg Naza. sebagai ganti, saya kene ikot dia tgk citer hantu/seram/18SG dgn dia nanti. sbb? dia kata dia dah sacrifice nak tgk citer saya. aiseh. takut la. tadi pun saya leh tutup mata time GENG kene kejar ular besar. motif tak?? dan, masa Rajoo kene kejar hantu durian. hampeh.

ni gambar before masuk panggung. bibik aryssa masa kami tgk wyg.

"eh, you nangis ek?" tanya Abg Naza sambil menjengah saya dikirinya. MALU betul. tgk GENG pun nangis masa part Oppet ikot mak dia balik. Hayooo... Emosi!!

Tamat citer. gi jalan2 jap. then nak balik and proceed to restoran makanan china muslim kat tmn melati. surprise for the twins. mak ai... jem bangat nak kuar dari Mid VAlley. Hujan pulak sesampai restoran.

Akhirnya, kami makan dengan lahapnya (saya je la kot sbb tak makan apa dari pagi).


happy besday. present postpone ek.

Sekian.

tamAT

sekian. tamat. selamat. gembira. ngantok. tido.

bye.

Friday, February 27, 2009

adik2 ku ;D

yee,,, entry kali ni mengenai adik2 ku yg comey. nama mereka adalah nur nazurah dan nur nazirah. mereka akan menyambut hari lahir mereka yg ke-21 pada 3mac ni. hummm npe ye masuk entry ni? hahaha ;D ok la, will update later. aryssa menangis la plak. here the twin's pic!


masa ni kenduri kawen saya!

Thursday, February 26, 2009

dah 26hb ni... lagi 2 hari!!!


seperti kucing ini, saya jugak hooray selepas feb ini. lihat kucing yang seekor lagi. comel memandang rakan yang ghairah melompat


alhamdullillah. setakat ini saya, HBY dan TPE berjaya mengupdate blog setiap hari dalam bulan Feb 09 ini. tak lama lagi, lagi dua hari tamatlah permainan ini. jikalau takde sapa kalah, saya dan TPE telah bersepakat untuk menyuruh HBY yang belanja saja memandangkan beliau yang telah mengesyorkan permainan ini. saya setuju.

selepas bulan feb ini, mungkin saya hanya update bila ada berita menarik shj. seperti kali pertama aryssa berjalan. hehehe. lama lagi.

"aida, makanlah buah kedondong ni. org kata makan buah ni nak dapat baby lagi"
"erk, takpelah kak. 2 thn lagi saya makan"

dialog khas. tak mungkin saya nak bagi Aryssa adik dlm masa sesingkat ini. tapi, kalau rezeki, apa salahnya!!

saya tidak sanggup mengharungi sesi berpantang yang baru shj berlalu... huwwaaa...

Wednesday, February 25, 2009

kisah puteriku yang bertukar sleeping pattern


ya... aksi kungfu hustle dari Aryssa yang nyenyak tido...

Masa dalam pantang, makcik ni ske bgn malam. siang membuta menyebabkan org yang melawat kata: "baiknya budak ni. tak byk ragam." ya... cuba dtg malam, cik-cik dan tuan-tuan boleh tolong dodoikan dia untuk tido.

Selepas pantang, dia semakin baik dan tido lebey waktu malam. saya sungguh bersyukur. boleh tido lena sket.

tetapi, baru-baru ini beliau telah kembali kepada sleeping pattern masa dalam pantang. byk berjaga malam, sungguh menguji kesabaran. kdg2, ianya disebabkan oleh selsema dan batuknya.

akhirnya, seperti gambar, beliau telah kembali baik dan sleeping pattern mula berubah menjadi lebey ske tido malam. tapi, malam tadi dia bgn kul 3pg dan teman abah, atok dan pak ngahnya nonton bola. ahaks.

aryssa ku, sila tido.

Tuesday, February 24, 2009

Sesi bubling dengan pelajar AF terkini

Aiseh. anakanda Aryssa dah ada hobi baru: bubling. dia nak masuk AF agaknya. muahahahah... sila lihat kadar air liur yang meleleh serta bayangkan betapa byk rambut Ummi Aida ini tergugur. Mama yakni Onninya berkata: padan muka mok mu, dulu dia botakkan rambut Onni.

Wah. Balas dendam. Enjoy the video. i did. always. oh. she's 5 months now. 6.5kg. not bad, huh?

Align Center

tagged by nanim, kakak and adeq: THE A WORD

sunnguh ramai mengetag. mari buat.

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.

Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

1. What is your name : AIDA

2. A four Letter Word : AMUK (wa.... saya la tuh)

3. A boy's Name : Adzin Abrar (future son, buleh???)

4. A girl's Name : Aryana Aryssa (first daughter... nanti ada no 2, 3, 4 dan seterusnya. saya kilang memproses budak!!)

5. An occupation : arkeologis

6. A colour : apple green

7. Something you'll wear : anting2

9. A food : ayam masak kicap. ayam masak madu!!

10. Something found in the bathroom: air (la... lawak nya... lambat pickup la saya ni)

11. A place : ADELAIDE

12. A reason for being late: Aryssa! (muahahahahah... dia selalu buat panas malam2)

13. Something you'd shout : ALAMAK!!

14. A movie title : anak halal (eww...)

15. Something you drink : apple juice

16. A musical group : aerosmith

17. An animal : anjing

18. A street name : ampang

19. A type of car : aeroback

20. The title of a song : another day in paradise

tak leh nak tag sesapa dah. suma dah buat. tapi saya nak tgk elle, zeeka buat.

Monday, February 23, 2009

demam

author of this blog needs her rest...

sila lawat esok hari. post hari ini adalah untuk menyatakan saya demam. Aryssa demam. Abahnya pun demam. maka kami semua perlu rehat awal. malam nanti mungkin Aryssa akan menguji kesabaran kami lagi. jadi, inilah time terbaik untuk tido. iaitu tatkala Aryssa juga tido.

oh. panasnya badanku...!!

Sunday, February 22, 2009

weekend ni tak buat apa pun.

baiklah. bermula dengan update Aryssa punya sleep pattern. semalam kami tahan dia dari tido. so, dia tido sekitar jam 9malam. dek kerana penat ditahan tido masa gi jj jap semalam, dia tido agak lama hingga jam 12.45pg. kami bagi susu dan dia nak tido balik jam 145pg. kira orait la gak meskipun dia akan terjaga2 tiap kali batuk. ye, dia batuk balik. kesian kat dia. kan?

cerita lain hari ni? takde la. cuma Aryssa masa saya tgh type ni masih lagi kami tahan tidornya supaya dia tido lambat sket dan nyenyak dek keletihan yang amat. insya Allah, berjayA!!

masak apa hari ni? tghri hanyalah ikan tenggiri goreng, sayur labu masak air, dan ikan bilis dan kentang goreng asam jawa. gambar tiada. malam? telo mata sweet and sour, masak asam rebus bendi, telo ikan merah goreng.

sekian update kali ni. berdoala agar lepas ni saya leh update yang menarik sket...


tgk, baby ni pun kata post saya bosan....Align Center

Saturday, February 21, 2009

beginikah usahawan melayu?

Saya: kak, saya nak tambah order kek la.
Akak: la, bakpo pulak nak tambah (nak tambah pun kena marah)
Saya: yela, satu saya nak bawak balik kampung, satu saya nak bagi org
akak: dah, nak berapa kilo?
saya: sama jugak, 2 kilo
akak: ho payoh la gini (la, sume payah, apa yg tak payah?)
saya: la, kenapa pulak kak?
akak: nak 2 butir kek 2 kilo esok pete (petang) dok sempat ni...
saya: yeke?
akak: ho la...
saya: ala, tolong la kak
akak: doh iyala. taksoh nak call2 lagi la.. pening ni
saya: ERK??

Terus saya call semula 10 minit dan cancel sume order. aduh. takkan la macamni punya usahawan pun ada? padahal, kek dia sangat best. saya baru nak kenen2 pada rakan2 sume. masya allah. sebenarnya akak ni bengang sebab saya selalu call tanya dia kul berapa leh siap kek petang esok. yela, saya nak budget masa nak hantar kat org yang saya nak hadiahkan itew. dan saya nak plan nak bawak balik kg. tapi akak ni berkata2 sedemikian rupa pulak... hancus...

nota kaki: aryssa malam tadi masih membikin panas dengan tidak tidor sampai 3 pagi jugak. setelah kami mengecheck, idung nya tersumbat lalu kami sedut dan kami titikkan ubat idung. tapi dia still marah2 sbb lapar (idung sumbat, tak selera nak minum susu). netekkan pun taknak. huhu. akhirnya, kami tido ayam je malam tadi. skrg ni dia tgh tido sejak jam 9malam. kami cuba taknak bagi dia tido awal2 sangat. lalalala... sekrg dia tgh tido nyenyak... hope malam ni kami leh tido nyenyak. lalalala...

Friday, February 20, 2009

makan sushi lagi!!!

bukan... bukan... ni bukan sushi... ni budak yang ada banyak masalah... tido pun berpikir... malam tadi bikin panas tak tido sampai kul 330pagi!!

lunch tadi secara tetiba kami nak memakan sushi. sungguhpun dah pukul 115tgh, kami tetap berjalan kaki ke sooka sentral dan makan di sushi king. mmg ramai org. tak dapat tempat duduk terus pun. tapi agaknya masa kami duduk dah tak ramai org order, so cepatla dapt makan... yummy... saya order lagi croquette itew...

muka myspace... tak caya tgk myspace tuh, ramai amik gambor cenggini. efek kurus dan dagu botox sangat... ahaks. gambar ni before memakan sushi sampai lebam...




telah tamat memakan sushi... sedapnya...

masa nak bayar pun tgk2 menu kat kaunter... uhuhuhu...

Thursday, February 19, 2009

kumilikmu & rona roni makaroni

hello...

minggu ni, kedua-dua siri drama ni habis episodnya. rasa macam sekejap je. berikut adalah rasa hati seorang penonton yang begitu emosi seperti saya:

kumilikmu:
anisa tu napa dari awal taknak tukar spec? zaman skrg ni, sume tgk org berfesyen macamana. then tiru. peliknya dia ni tak terjejas langsung. dan AMAT BAIK. huhuhu. suraya tu hentam pun, dia ikot je. CHEH. in lah drama, kalau saya... saya hentam balik. tapi endingnya sangat anti klimaks. tetiba je si zizan nin tu muncul - sempat ke tadi tgh nak menikah? adeh. kdg2 cerita kita tak lojik, tapi kita tgk gak.

tgk la spek tuh... aiseh...napa bila nak tunjuk pompuan tak cantik, dia kene pakai spek ni...?

rona roni makaroni:
ni pun tak sangka dah abis. yang tak best? ending dia mcm kelam kabut sikit. the rest, saya rasa okay je. mungkin sbb saya suke kolaborasi bront and amani. oh. part tak lojiknya bila bapak roni ngaku rona tu anak dia. La.... byk affair la ek org tua ni. Ayat tak boleh blah: "yela, ni kan drama melayu, mmg la tak lojik. drama hindustan lagi la tak lojik" kata bapak roni masa jes, anak pompuannya kata: "cepatnya daddy sampai" hahaha. lawak la pulak.

heh. if it's me, bila dah makan, chenta hati pun kulupa sebentar... ahaks.

sekian post hari ni. tamat.

Wednesday, February 18, 2009

Tagged by Nanim

DESCRIBE 10 THINGS ABOUT THE PERSON WHO TAG You

-Shanim, my officemate

- merupakan rakan kepada rakan saya

- penah duk kat kuantan

- dia punya father dgn father kwn saya Navy sesama

- dia ni amik jawatan saya yang kosong setelah saya pulak ke jawatan lain

- skrg duk kat KL (duh!)

- dia mata juling bila lapar (cute!!)

- dia setakat masa saya tulis ni, single (sila ngorat dia)

- setahu saya, dia ni berjerawat masa nak hantar resume (hahahahah)

- lahir sama tahun dengan saya

DESCRIBE 10 THINGS ABOUT YOU.

- saya cantik (hahahah. lantakla, saya describe diri sendiri, ske hati la nak cakap apa)

- saya dah kawin anak satu

- saya ske karaoke

- saya suke makan (apa2 makanan pun saya try)

- anak saya pompuan

- saya student MRSM dulu (tapi tak ske nak amik sains masa kat Universiti - amik mass comm... motif??)

- emosi kurang stabil, terutama dengan suamiku sendiri

- kita ada adik kembar (yang sudah berpunya... ahaks)

- saya ske tgk citer cartoon

- saya ske makan cheese cake. hah. pretty obvious, isnt it?

3. Choose 10 people to be tagged and list their names
- adik
- kakak
- as
- ely (wpun saya tau ely taknak)
- liyana (student praktikal)
- hanaz (kwn adik)
- catbunge (ya... hby's wife)
- sapa-sapa je lagi 3

yeayy... dah ada entry ari ni...!

Tuesday, February 17, 2009

hari ni hari apa ye?

ahaks. post takde kene mengena dengan tajuk.
semalam Aryssa sembelit, tapi dah okay dah. Alhamdullilah. dia ni ske tarik perhatian la skrg...
skrg ni dia tgh dgr onninya menyanyi lagu burung kakak tua. lagu fav. ahaks.

korang penah dgr tak bahawasanya susu badan kita boleh menyembuhkan sakit mata? saya tak percaya pun. tapi penah dgr yang makcu saya penah didatangi org untuk mintak susu badan sket - sbb mata org tuh sakit. dan sembuh. sejak Ahad lalu, Aryssa punya mata byk taik mata. risau gak. tapi maybe cos panas la. masalahnya, dia nak bukak mata lepas tido lena sgt sukar. kene lap dgn kapas basah. siannya. lalu malam tadi, sambil memujuknya yang sembelit, saya titikkan susu badan saya ke dalam matanya. hasilnya? balik dari ofis tadi tgk dah takde TAIK MATA!! Alhamdullilah...

kalau sakit mata, mintak susu badan je. jimat duit beli ubat eye mo... eheks. eh, mata ni mcm mata Ikzal...

Sekian post malam ni. Jumpa lagi esok (adeh, aku dah abih idea ni... tolong...tolong).

Monday, February 16, 2009

Aryssa sembelit


Sorry. Post kali ni pendek je sbb anakanda Aryssa mengamuk kerana sembelit. jumpa lagi esok. (HBY&TPE = sama je kan, kira update gak: update pasal anak sembelit maka tak leh nak upload post pjg).

mekasih.

Sunday, February 15, 2009

bosan la hari ni... (lagi)

hari ni adalah satu lagi hari yang bosan, boring, hampeh dan sebagainya. Abg Naza plak kena gatal2... masya Allah. Buruknya menggaruk. Dari semalam lagi. Ingatkan dah kurang... tapi hari ni ada lagi... Maka dia pun bersua muka dengan doc di Klinik Kita. doc hisham. bukan hisham adam. yg lagi satu. katanya pun okay gak doc ni. Alhamdullilah la... ada satu lagi alternative. katanya maybe doc ni gynae gak cos ramai ibu2 mengandung yg dtg tadi.

Anyway, dijadikan cerite, dia kene inject. Haha. Akibatnya, tido selama 3 jam. doc pun ada kata ubat inject ni ngantok.

dlm kul 4 ptg, dia dah ok. terus gatal2 hilang. BERKESAN LA UBAT TUH!! Mekasih la doc ek.

Terus kami jadi nak ikot Mamu pi makan cendol kat area sri rampai - setapak. ala, kat lombong yg dijadikan tasik tu. WAHAB's CENDOL. Best in town... katanya...

Try la jugak. mulanya ajak makan cendol kat melawati, tapi katanya, ada lagi satu tmpt best. so tryla.. sementara menanti, kami duk tgk2 la 'tasik' tersebut. ada org memancing pun. yg paling tak tahan, ada budak mandi manda... eeewwwwwww!! dah terang2 mcm lombong, air tak begerak... abih, tak gatal2 nanti? huhu. lantakla. mak bapak dia tak marah pun. kata naza.

Aryssa menung jauh. before kuar, ada perasan yang mata dia asyik kuar taik je... ingatkan pasal panas... rupanya...

Kami makan cendol. rojak. dan mi goreng pedas - permintaan faizah, bini mamu yg ngandung tunggu hari... hehehe teringat masa aku dulu. makan tak hengat...

SEYES SEDAP!!


rojak yg tak sempat nak amik gambar diawal kemunculannya...

cendol ni pun sama. sayangla, masuk buat opening performance, cantik, tapi tak amik gambar.

ini mamu. training nak jadi bapak. Aryssa muka tak leh blah... takut sbb mamu tough sgt!!

Itu je la aktiviti. kemudian gi beli susu aryssa untuk babysitternya. dan setin nestle beras merah. nak try2 bagi dia makan lak. membesar bagai johan!! Oh, nak try pureen dry5, murah dan mcm best. tapi takde yang pek kecil. so, tak jadi la. i think drypers mcm tak best cos pelekatnya adalah plastik. yg kain baru best.

tapi yg tak bestnya, balik2, taik mata Aryssa makin menjadi. nasib baik ada ubat mata yg amik masa dia selsema teruk hari tuh. leh la cover jap. esok if tak baik jugak, saya nak bawak pi jumpa paed di Naluri. tadi pun lepas makan semula ubat demam, batuk dan selsema (Aryssa ske makan ubat batuk dan selsema. demam tak ske sbb pekat sgt), dia tido. tgk2, taik mata setimbun!! Kesian ANAK SAYA!!!

tu je. sekian.

Pekembangan ARYSSA: gusi dah kuat. paham2 la apa dia leh kan??? SAKITNYAA!!!!

Saturday, February 14, 2009

hmmm... apa saya buat masa org sibuk2 sambut valentine?


restoran memori corner, tmn melati. agak best la. nanti nak ajak Vouchers lepak sini.

Mcm saya cakap before this, tak sambut pun valentine ni. hari2 pun valentine's day kat umah saya. tapi since entry nak hari2, maka saya cerita la apa saya buat sepanjang hari setakat masa entry ni ditaip.

bangun agak lambat, sekitar jam 8.45 pagi. kenapa? sbb malam tadi Aryssa mempermainkan kami dengan tido hanyalah pada jam 3.40 pagi. Wah... ngantok siottttttt!! So, anyway, bangun pun sbb si Aryssa jugak duk 'uhh...ehhh' sbb nak susu. buatkan susu sat, bagi dia minum. then dia duk dlm playpan. bermain sendirian memandangkan abahnya masih lagi tido. saya yg kepanasan (ye, skrg ni panas sgt, kan?) terus mandi. tinggalkan Aryssa sat.

Then, saya terus bermain dengan Aryssa lagi. lama2, dia tertido (salah, tertido sb menetek). Then, cepat2 saya bangun dan kemas dapur yg semalam bersepah2 takleh nak basuh cos air takdak.

Disbbkan dah kul 11 pagi abahnya bangun, saya buat air milo dengan roti letak planta dan gula aje kat dia. pada masa yg sama, saya terus kuarkan lauk nak masak special...

YAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.... Ini dia menu tghri tadi: kari ayam, daging masak itam manis dan sayur sawi cina. yummy.

daging masik itam manis adalah cubaan saya yang kedua.. sedap!

Kemudian, abahnya gi keje. saya tinggal dengan Aryssa dan atok n onni nya. Pak ngahnya dah kuar. sambut valentine ke??? (HUH!).

Lepak2 dengan Aryssa, gurau2, tetiba dia tido lagi (pun lepas ditetekkan). Saya masuk bilik nak sambung buku BABY & CHILDCARE by Dr Miriam Stoppard. Cheh, takat 2 page je. Pastu tido.

Tetiba mama kejut: "nak gi tak tgk showroon kitchen cabinet?" dengan separa sedar, saya pun bangun dan tgk Aryssa dah bangun dulu. Mandikan dia, siap2 (adala dkt 30 minit plak nak bersiap. ada anak ni mcm2 nak bawak: susu, diaper, baby wipes, baju extra, minyak baby, segala benda la).

Kitorg gi kat area Ampang Point. Cari parking bagai nak rak. tetiba tgk kedai yg byk show perabot yang mana ni la lokasi yang kami nak pegi, DAH TAKDE. TAKDE. Tapaknya kosong dah. CHEH. PENATNYA.

Then kami ke Wangsa Maju, tgk2 ada satu kedai kitchen cabinet. kami pun masuk dengan paluan lagu2 hindustan sbb kedai sebelah adalah kedai GULATI's. Ahaks.

Saya cuba menangkap beberapa gambar untuk masukkan dlm blog. tetiba: "akak ahh... you amik gambar aa?" "ha ah, kenapa?" "untuk magazine ka?" "Eh, amik dgn hp takkan la saya nak amik utk majalah plak" "ya ka? bukan apa, design sini sume kita punya saja. talak lain tempat" CHEH. Okla, i ols tak masukkan dlm majalah.

Aryssa di kedai kitchen cabinet. khusyuk...

Lokasi kedai kat KLSC, Wangsa Maju. Ala, leh nampak dari sekolah depan tuh.
balik2 je, Aryssa kira harta nak beli kitchen cabinet!!


Friday, February 13, 2009

hari yg bosan

tatkala saya menaip ini, aryssa sedang membising di dalam playpan... Masya Allah, suara dia...

Anyway, hari ni tak berapa best sgt la... mcm sunyi sepi je... tak lively la kat ofis. lain macam je sunyinya... maybe sume sibuk nak habiskan keje before the wknd comes.

So, entry hari ni: mengarut.

Masa baca paper hari ni pun tak byk berita menarik. suam2 kuku je.

Oh. ada satu je perkara besar: air kat umah saya takdak lagi. paip mana la yg pecah kali. hampeh.

tetiba rasa mcm takde apa nak cerita. hayo... kalah la mcm ni!!!

Saya ada janji nak update pasal kenduri kan? esokla. Aryssa ni tak leh tgk ummi dia menaip. dia nak membising je... org angkat, dia sengih2. org biar, dia marah2. ikot perangai sapa la agaknya... (sambil mengerling gambar abg Naza... oh, tak2... dia tak mcmtuh. saya yg emosi tak stabil).

Aryssa nak masuk 5 bulan. Alhamdullilah. Tak byk kerenah. Tak sakit teruk. sume lite2 je... dia dah pandai pegang botol susu sendiri. heheheh... cute je. Ketawa mengekek toksah cakapla... mmg itulah hobi (erm... org badan besar mmg ske gelak, kan? << merujuk kepada diri sendiri).

Tadi makan sushi lagi. Sedapla CROQUETTE itu. saya akan jadikan hidangan WAJIB.

Sekian, entry ntahapapa... jikalau ada berita menarik, malam2 sket saya upload ye..

Thursday, February 12, 2009

berita menarik hari ini...

Bangladesh berhimpit di Sri Damansara

Dalam paper KOSMO hari ni ada berita mengejutkan mengenai mcmana 140 org Bangladesh yang terpaksa duduk sekali dalam sebuah rumah kedai dengan 1 bilik dan 1 bilik air. Saya tidak dapat membayangkan: tidur berhimpit, ada yang atas tangga, ada jugak yang demam. Even wartawan yang buat cover pun cakap dia rasa loya dan nak termuntah. Nak ke jamban pun beratur bagai nak rak. Makan? Nasi dengan kuah kacang dal. Saya ni bukanlah peminat abg-abg Bangladesh ni sungguhpun ada antara rakyat Malaysia ni menganggap depa ni adik-beradik Salman Khan la, Shah Rukh Khan la. Cuma saya nak nyatakan betapa binatangnya agensi pekerjaan yang amik diorg ni dtg KL, then TIADA keje. Kesian. Ada yang mengadu domba pada wartawan: “hutang saya kat sana banyak juga” “anak saya, bini saya kena kejar org mintak hutang. Saya berhutang hampir RM10000 nak dtg sini. Sini dtg keje takde”. Kesian. Semoga diorg ni dapat pembelaan.


PGL extra tix finished!!

Aiseh. Mcmana nak gi? Tiket tambahan pun habis. 1000 lebey habis dijual dlm masa 2 jam SHJ!! Ada sesiapa yg leh bantu? Teringat gak nk tgk.


Geng: Pengembaraan Bermula hari ini!!

Yihaaaaaaaa!! Upin & Ipin serta rakan2 di wayang!! Nak gi tgk la… Tapi confirm tgk dgn adik2 saya sahaja. Abg Naza tak mungkin nak join sekali. Takpe, dial eh jaga Aryssa jap. Ahahahahha…


Menderma atau nak nama?

Kebelakangan ini ramai sungguh yang menderma untuk penduduk GAZA. Alhamdullilah. Murahla rezeki dermawan ini. Tapi, kalau menunjuk2, masuk paper sume, bukan ked ah kira riak? Wallahu’alam. Saya penah dgr papa kata ada sorang dermawan derma puluhan ribu ringgit dan pada mock cheque hanya tulis “HAMBA ALLAH”. Papa kata dia tau siapa gerangannya. Kalau betullah org itu yang dimaksudkan, dia mmg sorang yang suke derma. Dgr2nya, setiap tahun dia taja org tak mampu pergi HAJI. Bukan sorang dua tau. RAMAI. Semoga Allah memberikan balasan baik untuk beliau.


Uptown Danau Kota dipindahkan?

La, ada complaint pulak pasal uptown kat Danau Kota yang selalu saya pergi dengan Abg Naza (Aryssa mama jaga). Rupanya penduduk sekitar tak suka dengan perkembangan ini. Katanya dalam ajaran Islam pun berniaga hanya di waktu siang dan malam untuk berehat (erk, habis, Abg NAza keje shift malam, mcmana?), lepas tu dia risau dengan gejala social (betul jugak, kalau tgk, ramai gila anak2 dara yang ke sana. Ntah parents tau ke tak depa ni kuar dengan sapa), sampah bertaburan (ini saya takleh nak comment apa2 la). Menurut mengomplen, ini kali kedua penduduk membuat aduan. Yang pertama penah dijawab oleh pihak bertanggungjawab “kita tak boleh pindahkan lokasi sbb inilah lokasi paling sesuai. Kesianlah kat peniaga2 ni”


Air takdak semalam

Sila rujuk keratan akhbar di bawah


Valentine?

Saya tak sambut pun sbb hari2 saya sambut dengan kucupan di pipi oleh suami kepada saya dan saya kepada suami. Takpun, ikot kata Dr. Fadzillah, peluk 10 saat – hilang stress… panjang umur. Berikut adalah origin hari Valentine. So, pandai2 la korang nak sambut ke tak…



Aryssa Tidur Nyenyak!

Alhamdullilah… semalam Aryssa tidur nyenyak. Abah dia tak keje semalam. Tetapi ada business training. Sekitar jam 12 malam, tetekkan Aryssa dan tidokan dia dalam bilik yang ditutupi lampu. Mmg dia mcm ‘menarik2’ puting (SAKITLA!!) bila kita tarik semasa dia ala2 nyenyak. Tapi lama2, dia lepaskan sendiri. AGAK LAMANYA JUGAK. Then she sleeps well until 5 am, mintak susu dan dia telah ‘tercampak’ dari tilamnya… We actually had to wake her up pagi tadi untuk tukar diaper dan hantar ke babysitter. Hesh… buruk gila muka dia nguap!!

Wednesday, February 11, 2009

hari ini menjadi merah

balik tadi kurang jam la jalan. kenapa ek? kuar ofis sekitar jam 615 ptg dan berjaya tiba di rumah jam 645 ptg. AJAIB. Padahal, OTW nak gi AKLEH, Mahameru Road itew, sering jam.

Anyway, balik rumah, mama kata TIADA AIR. la... hari tu takdak elektrik, ni takdak air pulak... hampeh. Aryssa terpaksa balik dari rumah babysitter tanpa mandi. Mama mandikan dia. tgk2, dia pakai baju tido kaler merah.

Saya pun masuk je umah tukar baju. Abg Naza pun tetiba pakai baju merah. saya ckp: "tolong amik tshirt kat bakul baju belum lipat tu (ye, tak sempat lipat, dah 2 hari. malu je)" La. dia amik kaler merah juga.

Maka, jadilah kami penyokong MAN U. Sori. Abg Naza sebenarnya Liverpool fan.

Oh. di bawah pula gambar masa Aryssa diurut kali kedua. Sungguh seronok. lepas tuh, dia tido tak hengat dan bangun tgh2 malam... sbb dah sedap tido!

Baiklah. tamat update hari ni. esok insya Allah saya update konvoi gi Muar Ahad lepas!

Tuesday, February 10, 2009

jogging dgn suami pertama kali

Post kali ini adalah berkenaan dengan sesi berjogging. sabtu yg lepas, masa cuti thaipusam, Abg Naza bersiap2 nak gi jogging "pah, butang baju abg mana pah..." eh, silap dialog, "da, stoking abg mana da...". Aku pun dengan bontot berat mengambilnya.

"abg nak gi jogging. jom la ikot" "takpelah" "ala jomla, bukan selalu" "tak pelah" "jomlah" "takpelah" begitulah berlarutan sehingga akhirnya aku mengalah dan mengambil pakaian jogging (padahal, baju, suar dan kasut je). Kami pun memulakan langkah, aku dgn hati yg berat...

mula2 tak happy langsung, lama2, bila abg Naza pujuk dgn lawak yang tak berapa nak jadi, aku pun happy la jugak...

kitorg tak jogging jauh pun. silap. jalan. bukan jogging. hahahah... pemalas la aku ni. patut bontot besar!!

aku yg berpura gembira dan rela

la, apa kejadahnya benda ni ada kat atas jalan ni? projek 'jalan' baru ke?

abg yg jogging sorang2....

pemandangan indah... namun, bukit ditarah...

posing poyo atas bukit

singgah di rumah yg entah bila nak siap before balik...

Abg mengorek peti surat...

Then kami balik. letih gak kaki gemuk ku...

Monday, February 9, 2009

pergi ke kedai ratu

salam...

aktiviti hari ini seperti biasala, bangun lambat sbb Aryssa cari pasal taknak tido sampai kul 330pagi. aduh... penat sehhh... then dia bangun jam 9.00 pagi, nak menyusu. tido semula pastu. korang phm2 la jam berapa bangun ek...

then, lunch kat umah. mama dah masak asam pedas ikan terubuk (fav abg Naza), udang masak sweetsour, sayur campur dan ikan talapia goreng yang lazat!

hari ini, terus terang la saya katakan saya tak diet.

then, kami lepak je tgk 'kelibat'. seram kelakar lakonan afdlin, riezman, harith iskandar, ramai la yg best2...

lepas asar, kitorg kuar gi beli susu aryssa kat Manjaku. then gi kedai RATU. ntahla. saya rasa sama je tudung kat RATU dgn kat MASJID JAMEK. i must admit ada gak corak yg tiada di MASJID JAMEK, tapi ada di RATU. Tapi, MAHALNYA... Masya Allah. taktau la apa yg menyebabkan MAHAL. yg saya tgk, dia ada tag la.. mcm kita beli baju branded. then pack dlm plastik, masukkan dlm paperbag cantik, stikerkan. itu shj. apapun, saya beli sehelai selendang chiffon. RM39.90, lepas diskaun 20% yg dapat dlm paper, jadi RM31.90. masih MAHAL pada saya sbb saya penah tgk kat JAMEK kain mcm tuh, tapi murah. maybe saya ni bukan pilih jenama kot. asal cantik, buleh je. lagipun, saya bukan pakai tudung sbb fesyen.


pastu kami singgah kat kedai cendol area situ. lupa lak, RATU kat Danau Kota tau. syurga makanan, kata kakak. hayoo... sedap lagi cendol kat melawati yg baru RM1.80 kot yang campur sume. ni RM4!!! MAHAL jugak... selain makan cendol, try la pulut mangga, fav saya. alamak. magga masam la... diorg ni tak pandai beli mangga, mana sedap makan pulut mangga dengan mangga masam. ada lagi benda lain yg diorder. sume leh tahan je la... (tapi sume habis, kecuali pulut mangga saya).

Kemudian, balik. Aryssa mengamok dari tadi. penat kot. lantaran itew, saya stop sini je. nanti update pasal saya gi joging sabtu baru ni (KERNA TERPAKSA) dan lawatan ke kenduri kawan di MUAR... sekian. selamat malam.

saya rasa: baik beli kat jamek, takpun order online sajeRRR!!

Sunday, February 8, 2009

ARRGGGGHHHHHHHHHHH!!!!

"ye, kabel terbesar kami kat Klang Gate terbakar. mmg blackout kat area tmn melawati jalan **, klang gate baru. bila nak ada balik, saya tak boleh cakap la, tapi buat masa ni, kami sdg membetulkannya. minta maaf ye cik"

Huh. blackout. Nasib aku baik. Smlm petang tetiba terasa nak update awal, dan bukan malam2 seperti selalu.. mungkin aku ada instinct. blackout sejak jam 10 malam. hingga 1145. bygkan... lagi lima belas minit nak masuk jam 8hb... fuhhhhhhhhh... nasib aku mmg baik..

kau lilin cintaku... memberi nafas baru... "francisca peter"

kitorg kuar ramai2, duk kat porch. panas la. mujur Aryssa tak bising2. yelah, duk kat luar. tapi, sebaik sahaja masuk ke dalam rumah ditemani cahaya lilin, dia dah tak sedap duduk. resah. gelisah. hayoo... mulut bising!!

Aryssa yang stress kerana panas... mcm ummi dia..


lama tuh, dia tertido lepas menyusu. berpeluh2 rambutnya. berkipas la cik su-cik su dia... aku? ntah la, tetiba aku pun melayang kat kerusi daybed...

sedar2, dah ada api.

Saturday, February 7, 2009

Aryssa ditangkap

Aryssa skrg dah 4 bulan!!

Ligat sungguh dia jika dibiarkan sendiri di atas toto. apatah lagi di atas katil. justeru itew, ummi dan abahnya telah bersepakat untuk tidak membenarkan Aryssa tidur sekatil dgn kami kerana khuatir beliau terjatuh (ye, ummi dan abahnya tido tak ingat2...)

Maka, playpen pemberian kawan ofis adalah penyelamat kami. Selain dari tido, Aryssa juga menyanyi di dalam playpen. marah. dan bergurau. heheh.



wajah sugul Aryssa di dalam playpan... heheheh

Friday, February 6, 2009

aryssa pandai nyanyi dan bebel

Teringat masa ngandung 6 or 7 months, saya gi karaoke dengan teman vouchers. nyanyi lagu inul: goyang inul. inilah hasilnya... kahkah...

air liur meleleh, aryssa ketagih?

Ada org tua kata, kalau air liur anak kita meleleh je... nanti rambut kita gugur. la.. apakah signifikasinya? tak ngerti la... namun, setelah diteliti, mmg pun. masa Aryssa kurang merembeskan air liur, rambut Ummi dia ni tak gugur pun. Tapi lately bila airliurnya meleleh aje, rambut Ummi gugur bagai nak rak. Pendek kata, sekali lalu jemari ni kat rambut, berduyun-duyun helaian rambut turun. berlumba-lumba lak tuh...

Jadi, kepada ibu2 yang mengalami nasib yang sama, tolongla share apa patut buat. ada yg suh pakai tonik rambut (jin n tonik). ada yang suh curi garam umah org, jgn bagitau (kata curi, mmg la tak bagitau) then bagi anak rasa garam tuh. nanti air liurnya kurang meleleh dan terus berenti. Tapi yg herannya, mmg ramai budak kecik baya Aryssa yg leleh air liurnya. Normal la kot ek...? So, terpaksalah Ummi Aryssa mencuri garam. kpd sesapa yg saya akan berkunjung ke rumah beliau, halalkan garam yang bakal dicuri ye...

lihat... air liur bakal menitik...



kesannya? rambutku gugur setiap kali bersikat..