Our family tickers

Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

Mari check achievement di tahun 2012!

Assalamualaikum semua!

Semoga semuanya berada di bawah lindunganNya selalu. Syukur kita masih lagi bernyawa untuk sama-sama memasuki tahun baru. Ye, 2013 is just around the corner (as i speak, sebenarnya esok je dah new year). Macam biasa, sebab my birthday falls on a new year, i rasa macam suka nak check achievement kpi 2012 sendiri. Let's do this. Oh you guys can check my 2012's kpi here:

http://aidanazanurni.blogspot.com/2011/12/another-wishlist-another-year.html?m=0

1. More adventurous travel session with me and my boy and my girl - went to penang with a bunch of goodfrens, yes we did! Memang happening. Teringin nak pegi lagi la. This was in february 2012.
2. Getting pregnant and to go through the safely deliver the baby, perhaps by 2012 - syukur sangat2, Allah makbulkan doa. Was pregnant in March 2012, dan beranak in Nov 2012.
3. No more handbag please, I'm still in trauma. *sigh!* But, but... another good clutch is good! put all my cards and things. and handphone. and NEVER put them in my handbag. So, at least, if the same incident happen again, the culprit will get an empty bag! hahahahaha! - yang ni kwn2 ofis yang baik hati telah menghadiahkannya utk saya. Yey! Achieved!
4. Stella Perfume. Shahnim knows this. hahah. - aaaaaa yg ni kan, takde kat pasaran, so en naza beli paris hilton je. Okla kan. Then my parents went to bandung and yey! Ketemu jua!
5. Johor - Singapore trip! - tetttt! Tak achieve. Sebab lepas je dapat tau i pregnant, i jarang travel jauh. And rugi pulak nk pegi singapore time tak larat jalan. Tunggu baby besar sikit la, baru plan.
6. A secondhand handphone - the one that can make a video call - memang tak achieve sebab malas la pulak nak pakai dua nombor.
7. Spa session at Kharayena Spa in PJ! Wow!! - ni tak achieve dengan alasan, saya tak leh masuk spa time preggy. Haha.
8. Photoshoot session for our 5th Anniversary... wow.. it reminds me la... - tak dapat jugak sebab time tu dalam pantang. Motipp!?? Takkan nak betgambar dengan pilis di dahi. Haha. Tapi ada buat studio photoshoot masa preggy. Cantik gileee.
9. Another trip on plane with Aryssa and Naza - yes wr did. Went to langkawi and aryssa enjoyed it so much! Syukur. This was in may 2012
10. Okay, last but not least, I want more honeymoon trips! - tak dapek la. Sebab i preggy kan. Celah mana nak honeymoonnya.

Ok, kita dah selesai tengok list 2012 samada achieve ke tidak and mostly achieved. Yang tak tu sebab ada sebab. Haha. So utk 2013, kita kecikkan sikit list supaya mudah dicapai. Kahkah!

1. I think i want a new pair of comfortable jeans. Tak jenama pun takpe, janji selesa sebab saya sekarang ini ibu yg menyusukan.
2. A pair of good outing shoes dan a pair of slippers yang elegan sket. Selipar yang ada tu macam org laki punye jek.
3. Baju khas utk breastfeeding mothers. Tapi tu la, mahalnya ya rabbi. I mean, mahal dari baju biasala. Tapi takpe, anak punya pasal, kena carik jugakla kan.
4. Menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan sekurang2nya. Hehe. Teringin sgt, sebab masa aryssa tak dapat buat.
5. Spa pls!
6. Takmo dah handbags. Nak beli purse plak la. Sebab dah ada anak kecik, confirmla bag saya besar. So bulehla sumbat segalanya, tak perlu risau lagi. Haha.
7. Niat nk tukar profesion la. Jadi org hr ke, jadi admin ke. Kehkeh. Ke tukar keje lebih baik? #senyumje
8. Ohhhhh teringinnya tudung cantik yg bemanik2 macam kt blog sugarscarf tuuuuu. Tapi mahal. Tgkla kalau ada duit lebey.
9. Trip bersama anak2 dalam masa terdekat. Rindu nak rest sama aryssa. Dah ada adik ni,dia sangat independant. Siannnn.
10. Another trip bsama kwn2 baek. Syiokkk. Mak ayah leh borak, anak2 leh main bersama. Holiday yg indah!

Demikianla adanya kpi dan wishlist 2013. Harap2 boleh la tercapai. Insya allah.

Wednesday, December 5, 2012

It's sleeping time!

Salam sejahtera semua. Wow, tak sangka sejak beranak kecik ni susahnya nak cari time buat entry. I dah jadi macam zombie, malam berjaga. Siang pun berjaga jugak.

Anakandaku Ummar sangat susah nak tido malam. Siang pun sama, tapi tak seteruk malam la. Macam2 cara dah test, gagal je semua. Sudahnya terpaksa ka redha. Serah jela susu badan kat  baby dan biar je la melekat kat situ lelama. Kata org, anak lelaki mmg begitu. And so setiap malam abah dgn ummi dia ni terkulat2 bijik mata takmo kasik terpejam sbb bimbang jadi apa2 kt baby. Hope as he grows, sleeping pattern dia semakin baik la kan. Kot tak, ayoooo ummi kene berenti keje laaaa.

While he's taking his nap, i browse la semula babycentre.com. Tried to figure apa yang boleh dibuat for him and kakak aryssanya. Upon reading, ni info kesilapan yg kita as parents selalu bikin (kesalahan ni terjadi sejak baby lagi tau):-

1. Tiada ketetapan waktu tido.
Yang ni utk kakak aryssa mmg susah sket, nak2 kalau tido umah atok dan onni dia. Tapi hakikatnya, kita kene buat dia paham waktu tido adalah pada sekian jam dan mesti tegas (kononla. Padahal ummi pun takmo nak tegas sgt bab tdo ni). Hasilnya kalau tdo ada timing ialah anak lebih cergas dan cerdas. Mcm iklan susu tepung.

2. Penggunaan pergerakan utk tdo
Contohnya, buai dan kereta yang bergerak. Kita boleh guna utk pujuk dia supaya tido. Tapi bila dah tdo kena angkat dan letak atas katilnya supaya dia dapat deepsleep.

3. Buatkan bilik bersuasana tenang
Gelapkan bilik. Jangan ada gadget di bilik ataupun tv. Ohhh kesilapan besar i utk aryssa ialah membenarkan tab di dalam bilik. Mesti dihapuskan gejala ini.

4. Rutin sebelum tdo perlu tetap
Contohnya, mandi, tukar baju tido, minum susu, bedtime stories ke. Kene buat sntiasa walaupun kita ngantuk.

5. Tahu dimana mahu tido
Maksudnya kita kene sentiasa bagitau anak kita tempat tdo dia di mana - biliknya atau katil khas utk dia yg kita letakkan dalam bilik kita. Pujuk selalu supaya dia faham yang dia perlu tido di katil sendiri.

6. Pertukaran dr crib ke katil toddler
Maybe kita terlalu cepat bagi anak tdo atas katil toddler, sedangkan dia belom ready. So play by ear la supaya dia dengan rela hati tdo kat katil tu.

Moralnya, ketegasan adalah kunci utama. Kalau parents jenis suka tgk tv malam2, tdokan dulu anaknya. Jangan diajak bsama tgk tv tu. Uiks. Bunyik macam kene kat btg hidung abah aryssa je. Hahahah. Mari kita berusaha utk menjadi ibu bapa lebih baik!

Oh entri ni takde kene mengena dengan sleeping pattern ummar. Sebab dah mmg budak baru lahir rutinnya begitu. Maka minum kopi la kasik mata terbukak aje. Hehehe.

Ps. Kredit utk www.babycentre.com