Our family tickers

Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 29, 2009

apa makna besfren?

Kawan baik adalah seorang yang anda boleh percayai. Seorang yang anda rasa dia adalah sebahagian daripada kehidupan anda. Bila saja seseorang menyatakan yang kamu adalah kawan baiknya, itu satu pengiktirafan. Sama seperti kamu mendapat title Dato’.

Tapi, sejauh mana keperibadian seorang kawan baik? Perlukah dia menjadi pendamping setiap masa? Perlukah dia memberikan segala nasihat kehidupan? Perlukah dia memberikan kata putus untuk membuat pilihan?

Atau, mungkinkah ada yang beranggapan, kawan baik adalah mereka yang perlu sering menjawab panggilan telefon atau menjawab SMS. Dan dia juga menganggap, kawan baik adalah seseorang yang perlu menjadi tali hubungan antara dua merpati. Dan bahawasanya kawan baik itu perlu sentiasa menerima cara si dia dalam menangani masalah walaupun ianya suatu perkara yang negatif?

Kawan yang baik adalah seseorang yang memahami dan tidak terus menerjah ke satu kesimpulan apabila terjadinya sesuatu perkara yang tidak disukai. Kawan yang baik adalah pendengar yang setia. Kawan yang baik faham ada keadaan kawan yang disayangi. Apatah lagi jika kawannya sudah mempunyai tanggungjawab yang perlu digalas.

Kawan yang baik tidak akan menganggap kawannya seorang yang cuba merampas kebahagiaan kerana kebahagiaan adalah hak milik setiap manusia di dunia ini. Kawan baik tidak perlu gusar jika dirinya tidak lagi diperlukan buat satu masa yang singkat kerana ikatan persahabatan itu juga ibarat sungai yang mengalir, dan terus mengalir…

Kepada kawan baik semua, u know who you are and you know who I am.

Wednesday, June 17, 2009

aryssa warded!!

Salam semua...

Kepada readers yang mengikuti perkembangan blog saya ni, saya memohon maaf di atas kekurangan update lately. Sejak peristiwa yang kamu semua dah tau, saya meracau. Jiwa kacau. Dan tetibe pulak, my girl, Aryssa (or Aryana... boleh pilih mana suka), was warded... Here's the story.

On Tuesday, 10 June, saya cuba cari susu lain untuk Aryssa memandangkan SIMILAC Step 2 beliau telah menyebabkan area bontot (maaf) merah dan saya rasa macam amat perit pabila beliau uk uk... So, saya amik NAN, kerana menurut babysitternya, ianya bagus dan dia mmg pengguna setia sejak anaknya kecil sampai cucunya sekarang. Malangnya, saya teramik NAN Hypoallergic... Cis...

Tapi malam tu, saya bagi jugak Aryssa sbb saya rasa takpe la kot... mmg dia tgh allergic pun. Amazingly, bontotnya tak merah... in just 1 NIGHT!! Dia tido pun lena. SUKA SAYA.

Pagi, hantar umah babysitter macam biasa. Petang, abahnya pegi amik dan dimaklumkan oleh babysitter bahawa Aryana aka Aryssa muntah setiap kali minum susu. Makan je okay. Menurut beliau lagi, susu tersebut silap. Cos yang dia bagitau, TIADA hypoallergic. Cis, saya salah.

Kat rumah pun Aryssa masih muntah. Badan beliau lembik tak bermaya. Abah dia bawak jalan kat luar pun, dia macam takde mood. Tak tegur org. senyap je. Altogether, she has vomitted 10 times!!

Terus mintak bantuan Kak Suria, jiran kitorang. Dia Doc kat HUKM. Kak Suria pun tgk2 Aryssa dan dia kata she may be dehydrated. Kene masuk drip. So, kami ke HUKM dengan bantuan beliau...

Sesampai je, Aryssa buat preliminary check and terus cucuk line untuk masukkan drip. JANGAN TANYA LA PERASAAN SAYA MASA TU. Saya cuma NANGIS sbb tgk dia meronta-ronta nak kene cucuk dan amik darah.

Tgkla... tangan kecil terpaksa dicucuk masuk drip. kesian gila. Ummi dia menetes airmata masa nurse tolong cucuk. Dan, beliau sangat gagah... abg nurse badan besar pegang tangan beliau jua tidak mampu nak tampung rontanya...

Then, kami ke wad pemerhatian. Tinggal saya dengan mama je temankan Aryssa. Abah dia keje malam. Ciksu2 dan pakngah dah balik. Masa kat wad ni pun, dia masih muntah2. minum je muntah. Tetiba... saya dengar dia berak... cirit la kot sbb lain je bunyi. terus saya bawak pi toilet dengan mama. Alangkah terkejutnya bila tgk yang keluar bukan najis, tapi DARAH DAN LENDIR. Macam masa kita nak beranak tu... Terketar2 sambil menangis saya panggil nurse. MALANGNYA, mereka cuma kata: bawak dia keluar kak. duk atas katil, nanti doc dtg. So, 3 docs came: paed, surgery and medical. Aryssa pulak terkencing atas katil. and no blood in her urine. kemudiannya, kami bawak dia pegi xray abdomen. Masa tu, hati saya sangat tak tenang. sangat takut. sangat risau. sangat sedih.

Lepas tu, doc pun panggil saya ketepi (mcm dalam drama tu). Dia kata diorg kene tahan Aryssa kat wad sbb sekarang ni kita tak tau puncanya berak darah ni. tapi, biasanya, ni simptom usus bengkak or usus masuk dalam usus. TERKEDU saya kat situ. "mcmana nak baik ni doc?" "Puan kena tenang dulu, sbb benda ni belum confirm. kita kena buat test dulu, baru saya boleh cakap." "Tapi, kalau betul, mcamna?" "kita ada prosedurnya. last resort, kita kene betulkan usus dengan cara operatela. Sbb kalau biar, perut baby boleh membesar" TERJELEPUK saya dengar. Ya Allah! Tolong jangan biarkan benda ni terjadi kat Aryssa.

Apapun, kami masuk wad paedtrik pembedahan. Aryssa masih muntah. Masih tak selesa. dia tak tido malam. Saya dan Naza pun sama. Kami mcm zombie. Siang, mama papa datang dan jaga sekejap sbb Aryssa taknak baring, nak dukung je. Ada malam2, saya nangis mengenangkan apa yang berlaku. penat. ngantok. semua ada. saya rasa macam sesak nafas. saya sendiri pun demam. nasib baik Naza ni jenis kuat. dia mmg banyak membantu. bila nak tukar line drip, dia yang tgk. saya tak mampu. nangis mampula...

Aryssa tido tak selesa. sampai tertonggeng2... kesian kat dia..

Sepanjang kat wad, korang pun taula kan, nama pun hospital UKM. ramai la students yang dtg buat kajian, melawat. Lemas pun ada jugak kdg2. Sbb kita dahla penat, nak keje jawab soalan yang sama berulang kali... Then, hari Isnin, Doc suruh buat physio - sedut kahak. Masya Allah!! Satu lagi seksa buat Aryssa. Pun, saya tak mampu nak tgk. nangis je kat tepi. Abah dia yang pegangkan. SANGAT BYK KAHAK!!!

Alhamdulillah, lepas sedut, dia semakin baik. Dia minum susu banyak. Air pun banyak. tido lama, tak gerak2. Malam tu, dia pun semakin baik. Tido setakat bangun nak susu.

Muka Aryssa makin ceria lepas kene sedut kahak. Alhamdullilah.

Ceria je dia dalam katil kurungan dalam hospital. Dah nak keluar sangat dah ni...

tido malam yang lena lepas disedut..

Selasa: satu lagi sesi sedut kahak. tak sebanyak semalam. bagusla. saya berharap sangat dapat keluar hari ni. tak tahan aircond, demam. Finally, at around 4.00 pm, doc kata dah boleh keluar. TAPI, nak dapat surat, lama gila... kul 7.00 malam jugak baru leh keluar... Dan saya pula diisyiharkan demam dan cirit oleh doc... MC... adeh.

Aryssa dah tukar baju siap2 kul 12 tgh... rupanya lambat lagi nak discharge...

"terima kasih nurse yang jaga saya. doc yang rawat saya. kakak yang bawak makanan untuk Ummi dan abah saya. Famili saya yang tabah menjaga saya. Saya sayang semua!!"


kesimpulan: doc kata muntah dia adalah sebab kahak yang terkumpul. jadi lepas ni, if ada kahak, silalah check dengan betul dan tanya mcamana nak keluarkan kahak. Bagi air masak dengan banyak untuk anak2 kita. Berak darah (lepas yang kat wad pemerhatian, dia ada berak darah lagi, 2 kali. tapi dengan najis. pastu takde dah) adalah kerana panas dalam. jangan suka2 tukar susu. nak tukar, kena campur dengan susu lama. takpun, tanya doc dulu. air masak jangan lupa.

sepanjang lebih kurang 6 hari kat wad, yang jengah saya dari ofis hanyalah suhana dan syukur. ofis mama plak yang datang ramai2... malu je... yang lain... mungkin sibuk... :) tapi takpela, saya bukan mcam sesetengah org yang hanya melawat org sakit/beranak bila org tu penah melawat org tu dulu... dlm Islam pun ada kata ziarah ni pun sunah....

Sekian, tulisan panjang...

Friday, June 5, 2009

sementelah aku ini hanya bola mainan yang tiada perasaan

lama sudah tak mengirimkan berita. sibuk dengan hal yang menimpa diri. sibuk dengan hal yang menimpa keluarga. sibuk mententeramkan diri, namun tiada hasil...

kesedihan masih lagi menyelubungi diri. mengulit duka, menyulam tangis. mata sudah tidak lagi bersinar lantaran kelam dek airmata kecewa.

kenapa ini jalan yang terdampar dihadapanku? kenapa ini keputusan yang dibuat oleh mereka untukku? kenapa ini kesudahan bagi satu siri kejayaan yang pernah aku kecapi?

mungkinkah aku terlalu leka dan menganggap semuanya enteng? mungkinkah aku tidak terperasan akan perubahan yang sedang dibina untukku? mungkinkah aku ini satu halangan?

emosi semakin tidak stabil. dendam semakin menebal. hati semakin kering. airmata semakin membasahi pipi. inikah perubahan yang dikatakan baik oleh cendakiawan sekalian?

betul. aku ini hanyalah penumpang yang mencari rezeki. betul. aku ini hanyalah satu dari seribu manusia yang tidak mencapai apa yang dihajati. betul. aku ini adalah satu antara berjuta yang bertuah diberikan pilihan ini.

TAPI, UNTUK SIAPA PERUBAHAN INI? PERNAHKAH DIUSIK HATI INI DAN DIRISIK AKAN KEHENDAK DIRI? ATAU, KAMU SEMUA DENGAN MUDAH MEMPERMAINKAN AKU SEPERTI BOLA YANG TIADA BERPERASAAN?

Aku sangat benci dengan diri aku yang tidak mampu menolak, walhal aku tau keinginanku.
Aku sangat benci padamu yang menganggap aku rela diperlakukan begitu.
Aku sangat benci pada hasad dengki kerana kamu, PHD, membuatkan ramai orang ISLAM hilang akidah... hilang rasa takut dan hilang rasa hormat.

"blog aku, rasa aku, suka aku"