Our family tickers

Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 24, 2009

makan bersama aryssa

Hohoho...

Sesiapa yang ada anak berusia lebih kurang macam Aryssa pasti ada perasan bahawa setiap kali kita mengunyah makanan, dia punya mulut pun akan turut sama mengunyah. Sangat comel bila dia buat begitu. Pastu mulala rasa kesian, pastu sumbat sikit makanan kat dia. Kadang-kadang kena marah dengan mama: "hey, perut dia belum kuat lagi" Tapi... kenapa hari tu saya nampak mama bagi dia makan puding roti masa celebrate birthday Abah Aryssa dan Onni Aryssa ek?

Sushi King: Mid VAlley. Kami makan bagai nak rak. Aryssa tgk je la. Nasib baik tak meragam. Dia cuma ngamuk nak tido. Then, tido atas bench kat Sushi King sementara Ummi Aryssa dan Ciksu-Ciksu Aryssa makan sampai lebam.


Then kami ke Bangi Kopitiam. Tak ingat hari apa. Tapi ada la one weekend. kedai ni mcm kopitiam yang lain: menyediakan kopi pelbagai, roti dan makanan ringan la. ownernya katanya Kid SEARCH tu. kekeke. Apa pendapat saya? Roti bakar dia, biasala, rasa roti bakar (buat lawak pulak saya ni). Roti shanghai tu mcam roti hotdog, tapi besar sikit. Taktaula ni mmg roti shanghai ataupun diorg ni buat je nama tersebut. Pastu, yang tak best: Laksa Johor. mama penggemar (unlike Naza, who is a Johorian), so bila dia tgk Laksa bertukar Laksa Penang geleng2 kepala dia. huhu. Mujur yang order kakak, bukan mama. PAstu, keropok Lekornya plak agak lembik dan bukan dari Tganu. Then, ada order yang salah hantar: TIADA KATA MAAF, OK! Just amik yang salah, tukar yang lain. Siap bebel kata kawan dia salah buat. hayo.

Sekian update pasal makan (mana tak gemuk. makan aje. KURUS.KURUS.KURUS)

hobi baru

Hi all...


Memandangkan saya kena tunggu Abah Aryssa yang ada sedikit kerja, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengupdate blog yang sekian lama tiada berita. Sibuk. Tension dengan rumah tak siap2 (thanks for the contractor's deed). Keje banyak. Main dengan Aryssa. Cakap pasal main dengan Aryssa, she's 7 months already! Ya Allah, macam baru je semalam saya melahirkan. Masih terbayang muka saya menahan sakit. Suara saya merayu agar sakit dikuranglan. Banyak sangat dah hobi makcik ni. Saya teruja sangat nak share...


She likes to gigit things la. Masalahnya, teether dah bagi, dia campak aje. Tak minat. Lebih suke gigit beg, plastik yang berbunyi, handphone (tak lama lagi, rosak la handphones kami sbb air liur dia masuk dalam lubang2 handphone tersebut). Dan, kalau kita nak mintak balik barangnya, SANGAT MARAH dan SUKE MENJERIT. Hayo... Saya ke yang pengaruhi beliau?

Satu lagi yang wajib: Main kertas. Makan kertas jarang. Dia gigit kasi koyak, then dia buang. Nasib baik la. Kot tak, perut penuh kertas. Di atas adalah katalog GIANT yang dikoyakkan menggunakan tangan dan mulut. Berterabur katil kami dibuatnya.

Sekian.

Saturday, April 18, 2009

Happy Birthday to Abah dan Onni!!

"Abg taknak ada celebrate potong-potong kek ke, apa ke tahun ni tau" "Napa?" "Saja taknak" "Kalau buat jugak" "Siapla you..."

Aiseh... first time ni abg taknak celebrate birthday. Sepanjang kami kenal, setiap tahun, ada saja acara. Surprise kat MR la. Symphont Hall la. Tapi kali ni, dia taknak apa2 pun. Malahan, 12.00 malam tepat, dia tgh main badminton lagi kat Cheras (kot. tak ingat tempat). Kita lak jadi tak best takleh nak wish.

Macamanapun, if org dah prepare, takkan dia nak tolak. Disebabkan birthday dia dgn mama selang sehari, kami katakan yang celebrate ni untuk mama je. Padahal untuk depa dua org.

Tapi malangnya, lepas dia balik main badminton, terus demam kaw-kaw, kene embun kot. Badan panas. Batuk kahak hijau. Selsema tak berhenti. Cheh. Esok terus gi klinik. MC.

Setelah minum setengah botol ubat batuk, dia macam makin lega. Sementara itu, kami surf internet nak cari lokasi makan2 kali ni. Bora Asmara nampak menarik. "nak book untuk malam ni" "malam ni? berapa org ye?" "8" "oh, sori ye dah penuh" ALAMAK!

Terus, call Quality Hotel. Book Hitea dinner. TAk berapa best. Tapi, harganya pun ala2 je... padanla pun...

Setibanya kek, muka Naza berubah dalam senyuman. Takutnya. Mama lak pura2 terkejut tgk nama dia atas kek jugak. Dan korang paham je la endingnya kan? MAKAN KEK. BAYAR. BLAH.


MArble Cheese Cake ~ Abg minum sampai 3 cawan kopi ~ Aryssa bergambar tepi bunga sakura tiruan ~ CikSu yang suke pose kurus ~ "Saya tak suke sangat cheese kek" - kata Naza kepada Papa ~ Ummi dan Aryssa (pose atas je, bhgn bawah hampeh. gemuk. gebu)


Dan inilah wajah penyambut harijadi kali ini... Tahniah!!

Antara hadiah yang diberikan: Saya bagi Abah Aryssa sandal. Lama dulu, bulan 3. Kononnya advance birthday gift. Tapi mcam tak best. So, semalam saya belikan - Beg serbaguna bayi untuk dipakai oleh Abah (selalu pakai beg pink, dia segan nak bawak). Sume leh sumbat kat dalam. Adik2 bagi kemeja kot... Mama pulak saya bagi kain opel. Cantik. Macam datin.

Semoga panjang umur. Murah Rezeki. Amin.

Dan, baru je sebentar tadi dia smack down saya dan menunjal perut sbb saya celebrate jugak birthday dia. Sakitnya. Dahla perut penuh dengan makanan. Cis.

Sekian.

ps: lepas balik dari makan, Naza demam balik. Agaknya takleh sejuk or kuar malam. bagusla...

stories of health...

more pictures with stories. cant believe it i have all sorts of things to post, but yet, i have no time to upload. luckily aryssa has fallen asleep.


It was early March, cant really remember the exact date. Ciksu-Ciksu, Aryssa and myself went to Abg MUni and Ifa's house in Damansara for their son's first birthday makan-makan. IT was HOT. When we arrived home, Aryssa was a bit 'dedar' - panas suam2 kuku. But she can afford to smile. Until an hour after, her temp was quite high. She started crying. But, after a 1.5ml of drugs: fever and cough, SHE CAN CONTINUE SMILING WITH THAT KOOL FEVER. Aryssa, my tough daughter....


Then, there was one Saturday where Aryssa was scheduled for her 1st Pneumococol injection. Patients WERE SO MANY. We had to wait for so long, our fault. Thought that it wont take long like always. We had to deal with Aryssa's attitudes: she was bored, hungry, eating papers, and fallen asleep. The pose in front of the doc's room was taken just like Raeez Mikael's pix. Sorry Jas. I took your idea. But, hey, YOU ARE CREATIVE!! WHen our turn was finally came, Aryssa had a lecture on good eating habit. She's a bit big for her age. Blame the mother! Hahah... The good thing is: she didnt cry heartily like anyone else. ANd NO FEVER. Alhamdullilah...


The same night, we visited Raeez Mikael who was warded due to his long due cirit. Poor little cutie pie... he has drip!! Imagine his small hand with big needle. His hand was 24 hours guarded by his mother to hinder him from touching his own face. His poo was even taken by the nurse to be experimented. hahah. But, somehow, his parents had a chance to play with Aryssa and took some photos. As crazy as they are. When is the playdate, guys?

ENDS.

anakanda aryssa kali pertama ke pasar malam...

24hb Mac 2009

Mungkin ramai yang kata, "ala, apa nak kecoh pi pasar malam dengan anak?" Tapi, dalam hal kehidupan saya, yang tinggal bersama ibubapa, keluar di waktu malam bersama anak yang kecil adalah satu perkara yang tidak boleh dibiarkan. Apatah lagi, anak belum setahun umurnya. "Eh, tak payahla nak bawak dia. Kecik lagi. PAsar malam tu berhabuk, panas, kene embun nanti..."

Tapi pada tarikh di atas, kami, umi dan abah aryssa pura2 nak berjalan2 saja di keliling taman. tetiba kami terus ke pasar malam yang ada 3 kali seminggu di kejiranan ini.

Wah!! Muka aryssa berubah menjadi excited. maklumlah, jarang keluar rumah. kasihan. segala lampu dia tengok. segala bunyi dia toleh. segala yang dijual dia kerling. kepala lembu yang paling tak tahan... dia senyum-senyum pulak. "ha, tu dia nampak roh lembu la tu" kata abahnya... erk?


Sekian... (nasib baik Aryssa ok je pastu, tak demam, tak sakit, tak ngamuk. gembira seperti selalu. Syabas!)

Saturday, April 11, 2009

make over sendiri...

Salam...

Artis semua cantik. Tapi, kita yang tak jadi artis pun boleh jadi cantik, kan? Dengan kehebatan alatan rias wajah yang terkini, ditambah dengan kemahiran menyolek, pasti akan membuat anda kelihatan cantik berseri. Tak caya? boleh tgk dua keping kejadian sebelum dan selepas wajah saya yang bosan dan mula menyolek masa jalan sesak gila...

Jalan sesak: kisah penuh
Pelik. satu hari tu, jalan ikut yang biasa ok je, tak jem. AKLEH. seronok. siap leh wat drift. Tapi masuk kuar AKLEH, nak ikut menara safuan, LRT Dang Wangi, masya Allah!! Tapi ada masa nak ke AKLEH jem bangat. Tapi yang nak ke LRT Dang Wangi ok je la pulak... pelik... Ada dua insiden hari berlainan
1) nak masuk AKLEH lepas Zoo/Ukay Perdana, org2 naik kete dari DUKE nak masuk lane ke AKLEH juga. Jadi, boleh bayangkan jem nya?
2) kat menara safuan, patutnya leh je ke kiri, cos laluan tu tak tunggu traffic light or police yang menjaga. tapi dek kerana kebodohan segelintir masyarakat, dia amik laluan ke kiri, tapi nak ke kanan. Akibatnya? kami yang di belakang tersekat!!!


siri kesesakan yang amat


siri make over sendiri walaupun tak gah, i ols nak gi keje ajes... bukannya nak masuk pertandingan ratu cantik!!

Sekian.



Thursday, April 9, 2009

beberapa story... beberapa gambar

Salam...

Hidup amat tertekan. Jadi, setiap hari saya akan tgk gambar anak dalam handphone. Ceria sket. teringat masa dia ketawa. masa nak suap dia makan. so, hilang sikit stress. tapi, dalam masa yang sama, ada juga gambar-gambar yang saya rakam untuk masukkan dalam blog. malangnya, sangat sibuk, jadi tak sempat. sebelum saya terdelete gambar-gambar itu, saya masukkan sekarang ye...


teka sapa ni? inilah ayah kepada boyfriend Aryssa, Raeez Mikael. bukan boyfriend betul2, playdate sahaja... jas, ni la lakimu.


Inilah bekas susu Aryssa yang telah kubikin menjadi bekas letak shake herbalife. teima kasih Aryssa sbb pinjamkan ummi benda ni!!


Yang berdiri tu nama Yuzle. Kawan ofis kami. Dia suke minum milo ais. Dia suke sakat org. Hari tu, dia gaduh ngan nanim lama. Kini sudah berbaik dan semakin kuat menyakat nanim. Korang ada jodoh kot... er, no?


OTW pi ofis, nampak pokok ni sedang ranum dengan bunga ala2 sakura. sangat cantik. taktau la korang nampak tak cos pakai kamera handphone je pun...


saya sedang diuji tahap kecelaruan imej. lawak pulak pakai alat cenggini

Sekian...

Tuesday, April 7, 2009

....

Salam.


Percaya pada bomoh? Tak boleh.

Percaya pada pemakai? Tak boleh.

Percaya pada santau? Tak boleh.

Percaya pada ilmu pembenci? Tak boleh.

Percaya pada Allah s.w.t.? MMG BOLEH.


Tapi, kenapa masih belum boleh siap rumah ni?

Kenapa macam, setiap kali ada orang nak buat, semua separuh jalan.


Terkini, kontraktor rumah yang baru ni lengah2 nak siapkan rumah.

Katanya, masih awal bulan. Tak perlu rushing. Siap marah tuan rumah coz pushing/rushing.

Tapi, tu la... semua ni sbb dah dapat duit ke? tak bagi, kata itulah penyebab tak boleh siap awal: takde duit nak beli barang, bayar gaji. Huh.


Dia tau tak, kita nak masuk awal.

Nak kemas rumah awal.

Nak hias rumah awal.

Nak kuar dari rumah sewa awal.


Takkan dia nak tunggu abis bulan?


Ya Allah, tolongla... tolongla... cepatkanlah rumah tu disiapkan. Kesian Aryssa lemas dalam rumah ni!!


Kalau betul ada org campak ilmu pembenci, tolongla sejukkan hati dia. tolongla...!


I'm so desperate. Cant think straight.

I mite just go and kill the beast. But in the end, i wont get a feast!