Our family tickers

Lilypie Kids Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 23, 2008

Friday, November 21, 2008

Aryssa's Gifts...

Hello...
Lama gile tak update. Busy dgn Aryssa and I have started work on 19/11. Later i will tell you story about the experience.
My office selalunya akan bagi present untuk any staff yang berkahwin dan beranak. So since my hubby keje tempat yg sama, we both got to choose a Rm200 gift for Aryssa from the office. So, we decided to buy her a play pan. Pada masa yg sama, we bought her a stroller - RED color. Mula2 Aryssa taknak duduk dlm stroller pun. She was a bit restless dlm tu masa kitorg try for the first time kat SOGO tu jugak. But then, she managed it well. Mayb tak biasa la kot... Playpan berkaler BLUE pulak dia nampaknya selesa tido dalamnya. Nampak dia lebih tenang. Tak sabar nak tunggu dia besar and able to play in the playpan. Here are the pictures:

Inilah playpan merangkap tempat tid Aryssa yang berharga RM249 saja. Murah. Terima kasih la SEMASA SENTRAL...

Then, kami beli pulak stroller ni yang berharga RM339. Teruja dengan kaler merah nya.

I think i nak bagi nasihatla sket pasal membeli barang ni. Ada yang berduit, tak perlu la baca, cos ni untuk yang ala kadar je. Beli apa yang dirasakan perlu dahulu kecuali ianya dihadiahkan oleh kawan-kawan, sedara mara. COntohnya, mule2 taknak pun beli playpan cos Aryssa masih tido dgn saya (dan abahnya tido dengan toto di atas lantai. Yang paling awal kami beli ialah carrier yang melekap di dada tu. Masa dia kecik ni, dia lebih suke nak dekat dengan kita. DIPELUK, DIDUKUNG. Thats why beli itu dulu. Lepas tu barulah stroller - dah besar sket and she can see things around her.

Apapun, semuanya bergantung pada kehendak si anak dan kemampuan mak ayah la nak beli apa. The most important thing is: it's worth it.

Ok. kita jumpa lagi pada topic yg lain...

Monday, November 10, 2008

Selamat Bercukur Jambul En Raeez Mikail...

Salam...
Pn Jasliza Jamil, my ex-officemate kat Semasa Sentral (merangkap ex PR Exec, tempat yang aku duduk skrg), juga telah selamat melahirkan baby boy. Yang bestnya, the boy was born exactly a week after Aryssa - 24th Sept 2008, at the same time: 2.25pm. He was born in Hospital Tawakal. Since masa pregnant lagi kami sentiasa berhubung dan bertukar pendapat mengenai pregnancy masing. She even visited me at the hospital after the delivery. So, masa berpantang pun kami kerap berSMS.
On 9th Nov 2008, beliau membuat majlis cukur jambul anak jantannya di rumah ibu mertuanya. Betul-betul sehari selepas dia merdekakan diri dari tempoh berpantang... (beliau terus minum ais pada hari cukur jambul tersebut... dahsyat...). I went to the event and met her - to chat and to know the flow of event sbb Aryssa pun akan buat benda ni (bila, i ols pun taktau memandangkan setiap hujung minggu dah penuh aktiviti). Tak wajib... but, apa salahnya ikut adat. Pictures for you guys...

heheh... 2 cuties bergambar sama di bawah pengawasan ibubapa masing2.
Aku ingat Aryssa ni dah besar sgt untuk umurnya, rupanya En RM lagi besor la... Sampai mummy dia tak larat nak pegang dia masa nak burp.
Kaki seluar jeans itu ialah kaki suamiku, Naza.

Inilah buaian hiasan untuk si RM - majlis berendoi kata Mummy Jas. Umi Aida mengangguk tanda paham. ekekekeke.. Mcm tulis novel la pulak...

Okla, nanti tunggu Aryssa punya Cukur Jambul pulak... Bila? Soon kot...

The After Confinement Celebration

Yippie! Sebaik sahaja tamat hari berpantang, yakni pada 30 Oct 2008 (Khamis), terus je J.O, my brother, invite all the family for a dinner at Restoren Cheng Ho at Wangsa Maju. Like most of you already know, it's Amy Search's restaurant; with chinese seafood menu. Actually, orang yang baru je habis pantang tidak digalakkan makan seafood sejurus je tamat tempoh berpantang. Kena la tunggu jugak dalam seminggu, dua lagi. But, my hubby said: "takpe, makan boleh. Tapi sikit2. Rasa dulu. Kalau rasa lain, terus berhenti." Wah. Takut pulak kedengarannya. So, we still went to Cheng Ho, on the next day (Friday). Aryssa was quite okay while we were there. Maybe sejuk. She likes it cool (just like me... cant stand the hot and the sweat!). Macam biasa, pictures for your view!



Antara menu yang kitorang amik: Asparagus masak belacan (hahah, gabungan timur dan barat appetizer berupa dimsum goreng 4 ketul je (padahal kami ber8), ketam masak butter salted egg (yang ni mmg best gile - hubby makan ni je banyak), ikan siakap 3 rasa (malangnya, malam ni tukang masak kedekut sket... dia punya kuah tak byk - takde kick la). Tiada dalam gambar: tofu dimasak bersama cendewan, ayam goreng gajus dan udang masak KONG PHO.



Kesian aunt zura menjadi bibik Aryssa, manakala aunt zira sibuk mengambil gambar diri sendiri...


my picture with my husband, Naza. Kurus tak saya? Ahaks. Ilusi sungguh...


Aunt Zura bergambar bersama Onni sehingga hilang Aryssa di sebalik gelas air (oh, did i mention? my mom wants Aryssa to call her Onni - as in nenek in Arab. Sejak tengok EZORA la ni... Panggilan ini nampak lebih muda, katanya. Tapi yang bestnya my dad still dipanggil Atok. Ada sesapa tau Atok in Arab apa?)


Inilah hasilnya selepas semua mentekedarah... Tgk, ikan tak habis. Dan disebabkan ada 4 ketul je dimsum tu, sume malu2 nak abiskan... huhuhu...



Mungkin sbb penat meriba Aryssa, aunt Zura menyambung aktiviti makan dengan menghabiskan ikan dan dimsum tadi... hahah, sori la kak... tempted gila nak post gambar ni.. anyway, dia tak gelojoh sebenarnya, tapi dia sayang tgk makanan tak habis... dosa tau!



and then kitorang balik umah... sempat gak bergambar depan kedai. frankly, rasanya masa kali pertama pegi (before puasa and masa sedang sarat pregnant) lebih sedap. ntahla. maybe cos masa tu nafsu makan tak ingat (sbb tu Aryssa ni kuat menyusu mcm baby boy). tapi overall sume okay la... SAYA MENGESYORKAN ANDA SEMUA DATANG KE KEDAI INI...

pictures of aryssa



hello... teaser dah lama keluar, tapi, postnya sangat lambat. bukan apa, saya nak memastikan anda semua dapat lihat wajah anak saya yang pertama ni (erk, yang kedua, ketiga, keempat agaknya bila ek? ahahaha) dengan ada ala-ala storyboard la.. so, inilah dia, setakat masa raya hari tu... enjoy!

It all started with this result that made both of us sooooo happy!

Then my belly started protruding like a watermelon!


And then, she came out on 17th Sept 2008, at 2.25pm…
Welcome to the world, Nur Aryana Aryssa!!


And these are the photos taken during her first 2 weeks… Oh, so adorable!!


So, 1st October was 1st Raya in 2008. I celebrated it with my newly born daughter. Yup. A kain batik is all I got to wear… huhuh.

Aryssa with her aunts and uncle… ahaks. Too young for the aunts and uncle!!

And with her Wo Nyang (nenek I)

Friday, November 7, 2008

I've been tagged by SHANIM

Yup. Shanim soh buat ni:





Law & Order


1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.


2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.


3) Post that picture with NO editing.


4) Post these instruction with your picture.


5) Tag 10 people to do this



Here are the rules:
Link to your tagger and list these rules on your blog.
Share seven facts about yourself on your blog – some random, some weird.
Tag seven people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
Let them know they have been tagged by leaving a comment on their blogs.





Well, i tak kesah take pictures bila2 sbb i memang DIVA... hahahaha... So, here it is: tanpa make up, i ols tetap CANTEQ!

Wearing the tshirt we bought kat Koh Samui masa honeymoon dulu. Lorh... teringat sungguh. Rasa nak honeymoon lagi sekali. Muka mmg ada kesan2 tinggalan jerawat sbb masa pantang, malas nak jaga (pasni, kene top up brg2 felisa).

So, ni adalah2 beberapa perkara ttg saya yang weird, kelakar dan yg anda tak tau:

1. selalu berpeluh sampai basah ketiak. tapi itu tidak bermakna ketiak busuk yg amat. iklan deodorent sering memutar belitkan situasi, asal basah je, busuk. HUH!

2. tak ske lambat2 siap gi mana2 - i mean, i dah siap, org tak siap lagi. sbb? seperti di atas. when i sweat, i bebel tak ingat

3. i dulu collect mag budak2: make it groovy. simply bcos dia ada byk gifts each issue; pens, groovy stuffs. i still have it sume tu. tapi rasanya mag tu dah takde.

4. suka makan cheese and mayonise begitu saja

5. saya tido berdengkur ... hahahah!

6. Suke sgt mkn big apple

7. saya suke sos tomato. bukan cili

saya mengetag:

1. Eliana Azyze

2. Hana Luv

3. Shida

4. Helmi Othman

5. Zeeka Adkaa

6. HBY

7.Abg Poji

Thursday, November 6, 2008

The Pantang Period

Salam...

Sorila lama tak update memandangkan tugasan harian selama maternity leave ni adalah panjang dan tak berkesudahan. Though that, saya still cuba untuk mencari waktu yang sesuai untuk update seperti yang dijanjikan. Sungguhpun 44 hari telah lama berlalu (pada 30 OCT), tapi ingatan dan igauan sepanjang masa tempoh berpantang, tak mungkin saya lupakan...

Sebaik saja balik dari hospital pada hari kedua kelahiran Nur Aryana Aryssa, kami di'downgrade'kan untuk tidur di ruang tamu sahaja. "Luas sikit mata memandang," kata Mama. Setuju. Masa berpantang, kita akan rasa rimas di tempat yang sempit. Malam itu, masa org sibuk2 nak berbuka puasa, Aryssa meragam sesungguh-sungguhnya. Dan saya pulak: terperanjat melihatkan darah nifas yang sangat dahsyat. To all yang belom penah beranak, dan tiada siapa nak bagitau, let me tell you, darah yang mula2 akan jadi ketul2 darah... so big, sometimes as big as your heart (or bigger). Tapi ada yang tak kuar pun mcam ni, mcm darah period biasa je. Masa baru2 kuar hospital, you will feel a bit dizzy sbb selama ni kita ada bwk beban, tapi skrg dah takde. Frankly, my perut membelon di bahagian bawah. SANGAT HORROR.

Untuk post kali ni, saya akan jawab soalan pantang dan kemudian readers can read the photo captions for more info on pantang. INGAT. My answers are my thoughts. Yours could be different.

So, apa yang kita buat masa pantang?
Bertungku, mandi air daun serom, minum akar kayu, pakai bengkung, makan makanan yang tak gatal dan sejuk, berurut.

Apa yang kita buleh makan?
Masa saya berpantang, lebey kurang seminggu dua tu makan nasi berlaukkan ikan haruan dan sambal halia yang ditumbuk oleh hubby sendiri. Ramuannya: halia padi, lada itam dan ikan bilis yang tak bergoreng ye... ikan haruan boleh dimasak ikut ske hati. Oh. Minum pati ikan haruan pun bagus jugak.
Selain itu, saya makan lobak putih. untuk banyakkan susu dada. ahaha.
Sayur lain: SAWI dan lobak.
Buah: Tiada sbb makan epal, pastu rasa lain macam.
Ikan lain: tenggiri. tapi ada jenisnya.
Ayam & Telo: tak makan sampai dah masuk hari ke 30.
Jus: cuba minum masa hari ke 30 jus oren untuk mudah berak (oh ya, masa pantang sembelit sering menyerang, so minum air banyak... jangan jadi macam saya).

Pantang lain:
Jangan bagi ibu jari kaki tersepak apapun - takut bentan (iaitu rasa menggigil dan sejuk semacam)
Selalu pakai serkup kepala supaya angin tak masuk telinga.
Jangan lupa pakai bengkung sebelum makan supaya tak makan byk (dlm maksud lain, tak boncit)
Jangan langkah laju-laju sbb luka dalam belum baik
Selalu pakai stokin - tak buleh sejuk2.

So, silala tgk gambar-gambar ini untuk lebih maklumat:

Batu tungku (batu sungai biasanya) dipanaskan. Bertungku biasanya dibuat masa pagi2 dan petang2 lepas Zohor. Mama selalu panaskan dua tungku setiap sesi.

Pastu, batu tungku dibalut dengan newspaper basah dan luarnya kain yang dah tak pakai. Jangan buta2 je tekup batu tu kat perut... alamatnya... LEBAM!

Ni la rupa bengkung tu. Pakai AMWAY - Tropical Herbs. Bukan nak promote ye... tapi ok jugakla bengkung ni. Model: dirahsiakan namanya.

Ha... inilah rupa kotak set lepas bersalin AMWAY. Nak? Beli dengan org Amway la. Dalam dia dah cukup lengkap la bagi saya. Ada Pilis (pakai di dahi), Param (pakai satu badan untuk pemanasan badan), Tapel (pes yang kita pakai before pakai bengkung), Herba Mandi, Herba Cucian, Minyak Herba, Minyak untuk Baby (org kata sangat bagus... memang pun), pil/jamu untuk lepas bersalin, teh herba (yang ni je tak sentuh langsung sbb dah minum akar kayu buatan pak mentua saya). Kira set ni lengkap la jugak... Cubala...

Akhir sekali, inilah wajah saya yang berpilis dikunjungi rakan-rakan artis yang lain.. Eh, over la pulak... Rakan-rakan Vouchers Sekawan Incorporated.

Tamatnya tempoh berpantang bukanlah bermakna apa yang kita buat masa pantang patut dilupakan. Amalan mcm minum air lepas makan, tak minum ais, sume tu patut kita amalkanlah... Tapi... MAMPUKAH KITA?