Posts

Showing posts from February, 2009

AKU BERemosi

Image
muka abg Naza yang malu sbb kene teman saya tgk GENG. Aryssa yang comel. hari ni 28hb. birthday dia 3 mac. tapi kitorg sambut awal. ala2 nak surprise la konon. tapi muka blur je depa ni. eh, gambar terselit. ptg tadi gi tgk GENG. dgn Abg Naza. sebagai ganti, saya kene ikot dia tgk citer hantu/seram/18SG dgn dia nanti. sbb? dia kata dia dah sacrifice nak tgk citer saya. aiseh. takut la. tadi pun saya leh tutup mata time GENG kene kejar ular besar. motif tak?? dan, masa Rajoo kene kejar hantu durian. hampeh. ni gambar before masuk panggung. bibik aryssa masa kami tgk wyg. "eh, you nangis ek?" tanya Abg Naza sambil menjengah saya dikirinya. MALU betul. tgk GENG pun nangis masa part Oppet ikot mak dia balik. Hayooo... Emosi!! Tamat citer. gi jalan2 jap. then nak balik and proceed to restoran makanan china muslim kat tmn melati. surprise for the twins. mak ai... jem bangat nak kuar dari Mid VAlley. Hujan pulak sesampai restoran. Akhirnya, kami makan dengan lahapnya (saya je la kot...

tamAT

sekian. tamat. selamat. gembira. ngantok. tido. bye.

adik2 ku ;D

Image
yee,,, entry kali ni mengenai adik2 ku yg comey. nama mereka adalah nur nazurah dan nur nazirah . mereka akan menyambut hari lahir mereka yg ke-21 pada 3mac ni. hummm npe ye masuk entry ni? hahaha ;D ok la, will update later. aryssa menangis la plak. here the twin's pic! masa ni kenduri kawen saya!

dah 26hb ni... lagi 2 hari!!!

Image
seperti kucing ini, saya jugak hooray selepas feb ini. lihat kucing yang seekor lagi. comel memandang rakan yang ghairah melompat alhamdullillah. setakat ini saya, HBY dan TPE berjaya mengupdate blog setiap hari dalam bulan Feb 09 ini. tak lama lagi, lagi dua hari tamatlah permainan ini. jikalau takde sapa kalah, saya dan TPE telah bersepakat untuk menyuruh HBY yang belanja saja memandangkan beliau yang telah mengesyorkan permainan ini. saya setuju. selepas bulan feb ini, mungkin saya hanya update bila ada berita menarik shj. seperti kali pertama aryssa berjalan. hehehe. lama lagi. "aida, makanlah buah kedondong ni. org kata makan buah ni nak dapat baby lagi" "erk, takpelah kak. 2 thn lagi saya makan" dialog khas. tak mungkin saya nak bagi Aryssa adik dlm masa sesingkat ini. tapi, kalau rezeki, apa salahnya!! saya tidak sanggup mengharungi sesi berpantang yang baru shj berlalu... huwwaaa...

kisah puteriku yang bertukar sleeping pattern

Image
ya... aksi kungfu hustle dari Aryssa yang nyenyak tido... Masa dalam pantang, makcik ni ske bgn malam. siang membuta menyebabkan org yang melawat kata: "baiknya budak ni. tak byk ragam." ya... cuba dtg malam, cik-cik dan tuan-tuan boleh tolong dodoikan dia untuk tido. Selepas pantang, dia semakin baik dan tido lebey waktu malam. saya sungguh bersyukur. boleh tido lena sket. tetapi, baru-baru ini beliau telah kembali kepada sleeping pattern masa dalam pantang. byk berjaga malam, sungguh menguji kesabaran. kdg2, ianya disebabkan oleh selsema dan batuknya. akhirnya, seperti gambar, beliau telah kembali baik dan sleeping pattern mula berubah menjadi lebey ske tido malam. tapi, malam tadi dia bgn kul 3pg dan teman abah, atok dan pak ngahnya nonton bola. ahaks. aryssa ku, sila tido.

Sesi bubling dengan pelajar AF terkini

Image
Aiseh. anakanda Aryssa dah ada hobi baru: bubling. dia nak masuk AF agaknya. muahahahah... sila lihat kadar air liur yang meleleh serta bayangkan betapa byk rambut Ummi Aida ini tergugur. Mama yakni Onninya berkata: padan muka mok mu, dulu dia botakkan rambut Onni. Wah. Balas dendam. Enjoy the video. i did. always. oh. she's 5 months now. 6.5kg. not bad, huh?

tagged by nanim, kakak and adeq: THE A WORD

sunnguh ramai mengetag. mari buat. Rules: It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. 1. What is your name : AIDA 2. A four Letter Word : AMUK (wa.... saya la tuh) 3. A boy's Name : Adzin Abrar (future son, buleh???) 4. A girl's Name : Aryana Aryssa (first daughter... nanti ada no 2, 3, 4 dan seterusnya. saya kilang memproses budak!!) 5. An occupation : arkeologis 6. A colour : apple green 7. Something you'll wear : anting2 9. A food : ayam masak kicap. ayam masak madu!! 10. Something found in the bathroom: air (la... lawak nya... lambat pickup la saya ni) 11. A place : ADELAIDE 12. A reason for being late: Aryssa! (mu...

demam

Image
author of this blog needs her rest... sila lawat esok hari. post hari ini adalah untuk menyatakan saya demam. Aryssa demam. Abahnya pun demam. maka kami semua perlu rehat awal. malam nanti mungkin Aryssa akan menguji kesabaran kami lagi. jadi, inilah time terbaik untuk tido. iaitu tatkala Aryssa juga tido. oh. panasnya badanku...!!

weekend ni tak buat apa pun.

Image
baiklah. bermula dengan update Aryssa punya sleep pattern. semalam kami tahan dia dari tido. so, dia tido sekitar jam 9malam. dek kerana penat ditahan tido masa gi jj jap semalam, dia tido agak lama hingga jam 12.45pg. kami bagi susu dan dia nak tido balik jam 145pg. kira orait la gak meskipun dia akan terjaga2 tiap kali batuk. ye, dia batuk balik. kesian kat dia. kan? cerita lain hari ni? takde la. cuma Aryssa masa saya tgh type ni masih lagi kami tahan tidornya supaya dia tido lambat sket dan nyenyak dek keletihan yang amat. insya Allah, berjayA!! masak apa hari ni? tghri hanyalah ikan tenggiri goreng, sayur labu masak air, dan ikan bilis dan kentang goreng asam jawa. gambar tiada. malam? telo mata sweet and sour, masak asam rebus bendi, telo ikan merah goreng. sekian update kali ni. berdoala agar lepas ni saya leh update yang menarik sket... tgk, baby ni pun kata post saya bosan....

beginikah usahawan melayu?

Saya: kak, saya nak tambah order kek la. Akak: la, bakpo pulak nak tambah ( nak tambah pun kena marah ) Saya: yela, satu saya nak bawak balik kampung, satu saya nak bagi org akak: dah, nak berapa kilo? saya: sama jugak, 2 kilo akak: ho payoh la gini ( la, sume payah, apa yg tak payah? ) saya: la, kenapa pulak kak? akak: nak 2 butir kek 2 kilo esok pete (petang) dok sempat ni... saya: yeke? akak: ho la... saya: ala, tolong la kak akak: doh iyala. taksoh nak call2 lagi la.. pening ni saya: ERK?? Terus saya call semula 10 minit dan cancel sume order. aduh. takkan la macamni punya usahawan pun ada? padahal, kek dia sangat best. saya baru nak kenen2 pada rakan2 sume. masya allah. sebenarnya akak ni bengang sebab saya selalu call tanya dia kul berapa leh siap kek petang esok. yela, saya nak budget masa nak hantar kat org yang saya nak hadiahkan itew. dan saya nak plan nak bawak balik kg. tapi akak ni berkata2 sedemikian rupa pulak... hancus... nota kaki: aryssa malam tadi masih membikin pana...

makan sushi lagi!!!

Image
bukan... bukan... ni bukan sushi... ni budak yang ada banyak masalah... tido pun berpikir... malam tadi bikin panas tak tido sampai kul 330pagi!! lunch tadi secara tetiba kami nak memakan sushi. sungguhpun dah pukul 115tgh, kami tetap berjalan kaki ke sooka sentral dan makan di sushi king. mmg ramai org. tak dapat tempat duduk terus pun. tapi agaknya masa kami duduk dah tak ramai org order, so cepatla dapt makan... yummy... saya order lagi croquette itew... muka myspace... tak caya tgk myspace tuh, ramai amik gambor cenggini. efek kurus dan dagu botox sangat... ahaks. gambar ni before memakan sushi sampai lebam... telah tamat memakan sushi... sedapnya... masa nak bayar pun tgk2 menu kat kaunter... uhuhuhu...

kumilikmu & rona roni makaroni

Image
hello... minggu ni, kedua-dua siri drama ni habis episodnya. rasa macam sekejap je. berikut adalah rasa hati seorang penonton yang begitu emosi seperti saya: kumilikmu: anisa tu napa dari awal taknak tukar spec? zaman skrg ni, sume tgk org berfesyen macamana. then tiru. peliknya dia ni tak terjejas langsung. dan AMAT BAIK. huhuhu. suraya tu hentam pun, dia ikot je. CHEH. in lah drama, kalau saya... saya hentam balik. tapi endingnya sangat anti klimaks. tetiba je si zizan nin tu muncul - sempat ke tadi tgh nak menikah? adeh. kdg2 cerita kita tak lojik, tapi kita tgk gak. tgk la spek tuh... aiseh...napa bila nak tunjuk pompuan tak cantik, dia kene pakai spek ni...? rona roni makaroni: ni pun tak sangka dah abis. yang tak best? ending dia mcm kelam kabut sikit. the rest, saya rasa okay je. mungkin sbb saya suke kolaborasi bront and amani. oh. part tak lojiknya bila bapak roni ngaku rona tu anak dia. La.... byk affair la ek org tua ni. Ayat tak boleh blah: "yela, ni kan drama melayu, ...
Tagged by Nanim DESCRIBE 10 THINGS ABOUT THE PERSON WHO TAG You -Shanim, my officemate - merupakan rakan kepada rakan saya - penah duk kat kuantan - dia punya father dgn father kwn saya Navy sesama - dia ni amik jawatan saya yang kosong setelah saya pulak ke jawatan lain - skrg duk kat KL (duh!) - dia mata juling bila lapar (cute!!) - dia setakat masa saya tulis ni, single (sila ngorat dia) - setahu saya, dia ni berjerawat masa nak hantar resume (hahahahah) - lahir sama tahun dengan saya DESCRIBE 10 THINGS ABOUT YOU. - saya cantik (hahahah. lantakla, saya describe diri sendiri, ske hati la nak cakap apa) - saya dah kawin anak satu - saya ske karaoke - saya suke makan (apa2 makanan pun saya try) - anak saya pompuan - saya student MRSM dulu (tapi tak ske nak amik sains masa kat Universiti - amik mass comm... motif??) - emosi kurang stabil, terutama dengan suamiku sendiri - kita ada adik kembar (yang sudah berpunya... ahaks) - saya ske tgk citer cartoon - saya ske makan cheese cake. hah....

hari ni hari apa ye?

Image
ahaks. post takde kene mengena dengan tajuk. semalam Aryssa sembelit, tapi dah okay dah. Alhamdullilah. dia ni ske tarik perhatian la skrg... skrg ni dia tgh dgr onninya menyanyi lagu burung kakak tua. lagu fav. ahaks. korang penah dgr tak bahawasanya susu badan kita boleh menyembuhkan sakit mata? saya tak percaya pun. tapi penah dgr yang makcu saya penah didatangi org untuk mintak susu badan sket - sbb mata org tuh sakit. dan sembuh. sejak Ahad lalu, Aryssa punya mata byk taik mata. risau gak. tapi maybe cos panas la. masalahnya, dia nak bukak mata lepas tido lena sgt sukar. kene lap dgn kapas basah. siannya. lalu malam tadi, sambil memujuknya yang sembelit, saya titikkan susu badan saya ke dalam matanya. hasilnya? balik dari ofis tadi tgk dah takde TAIK MATA!! Alhamdullilah... kalau sakit mata, mintak susu badan je. jimat duit beli ubat eye mo... eheks. eh, mata ni mcm mata Ikzal... Sekian post malam ni. Jumpa lagi esok (adeh, aku dah abih idea ni... tolong...tolong).

Aryssa sembelit

Image
Sorry. Post kali ni pendek je sbb anakanda Aryssa mengamuk kerana sembelit. jumpa lagi esok. (HBY&TPE = sama je kan, kira update gak: update pasal anak sembelit maka tak leh nak upload post pjg). mekasih.

bosan la hari ni... (lagi)

Image
hari ni adalah satu lagi hari yang bosan, boring, hampeh dan sebagainya. Abg Naza plak kena gatal2... masya Allah. Buruknya menggaruk. Dari semalam lagi. Ingatkan dah kurang... tapi hari ni ada lagi... Maka dia pun bersua muka dengan doc di Klinik Kita. doc hisham. bukan hisham adam. yg lagi satu. katanya pun okay gak doc ni. Alhamdullilah la... ada satu lagi alternative. katanya maybe doc ni gynae gak cos ramai ibu2 mengandung yg dtg tadi. Anyway, dijadikan cerite, dia kene inject. Haha. Akibatnya, tido selama 3 jam. doc pun ada kata ubat inject ni ngantok. dlm kul 4 ptg, dia dah ok. terus gatal2 hilang. BERKESAN LA UBAT TUH!! Mekasih la doc ek. Terus kami jadi nak ikot Mamu pi makan cendol kat area sri rampai - setapak. ala, kat lombong yg dijadikan tasik tu. WAHAB's CENDOL. Best in town... katanya... Try la jugak. mulanya ajak makan cendol kat melawati, tapi katanya, ada lagi satu tmpt best. so tryla.. sementara menanti, kami duk tgk2 la 'tasik' tersebut. ada org memanc...

hmmm... apa saya buat masa org sibuk2 sambut valentine?

Image
restoran memori corner, tmn melati. agak best la. nanti nak ajak Vouchers lepak sini. Mcm saya cakap before this, tak sambut pun valentine ni. hari2 pun valentine's day kat umah saya. tapi since entry nak hari2, maka saya cerita la apa saya buat sepanjang hari setakat masa entry ni ditaip. bangun agak lambat, sekitar jam 8.45 pagi. kenapa? sbb malam tadi Aryssa mempermainkan kami dengan tido hanyalah pada jam 3.40 pagi. Wah... ngantok siottttttt!! So, anyway, bangun pun sbb si Aryssa jugak duk 'uhh...ehhh' sbb nak susu. buatkan susu sat, bagi dia minum. then dia duk dlm playpan. bermain sendirian memandangkan abahnya masih lagi tido. saya yg kepanasan (ye, skrg ni panas sgt, kan?) terus mandi. tinggalkan Aryssa sat. Then, saya terus bermain dengan Aryssa lagi. lama2, dia tertido (salah, tertido sb menetek). Then, cepat2 saya bangun dan kemas dapur yg semalam bersepah2 takleh nak basuh cos air takdak. Disbbkan dah kul 11 pagi abahnya bangun, saya buat air milo dengan roti le...

hari yg bosan

tatkala saya menaip ini, aryssa sedang membising di dalam playpan... Masya Allah, suara dia... Anyway, hari ni tak berapa best sgt la... mcm sunyi sepi je... tak lively la kat ofis. lain macam je sunyinya... maybe sume sibuk nak habiskan keje before the wknd comes. So, entry hari ni: mengarut. Masa baca paper hari ni pun tak byk berita menarik. suam2 kuku je. Oh. ada satu je perkara besar: air kat umah saya takdak lagi. paip mana la yg pecah kali. hampeh. tetiba rasa mcm takde apa nak cerita. hayo... kalah la mcm ni!!! Saya ada janji nak update pasal kenduri kan? esokla. Aryssa ni tak leh tgk ummi dia menaip. dia nak membising je... org angkat, dia sengih2. org biar, dia marah2. ikot perangai sapa la agaknya... (sambil mengerling gambar abg Naza... oh, tak2... dia tak mcmtuh. saya yg emosi tak stabil). Aryssa nak masuk 5 bulan. Alhamdullilah. Tak byk kerenah. Tak sakit teruk. sume lite2 je... dia dah pandai pegang botol susu sendiri. heheheh... cute je. Ketawa mengekek toksah cakapla.....

berita menarik hari ini...

Image
Bangladesh berhimpit di Sri Damansara Dalam paper KOSMO hari ni ada berita mengejutkan mengenai mcmana 140 org Bangladesh yang terpaksa duduk sekali dalam sebuah rumah kedai dengan 1 bilik dan 1 bilik air. Saya tidak dapat membayangkan: tidur berhimpit, ada yang atas tangga, ada jugak yang demam. Even wartawan yang buat cover pun cakap dia rasa loya dan nak termuntah. Nak ke jamban pun beratur bagai nak rak. Makan? Nasi dengan kuah kacang dal. Saya ni bukanlah peminat abg-abg Bangladesh ni sungguhpun ada antara rakyat Malaysia ni menganggap depa ni adik-beradik Salman Khan la, Shah Rukh Khan la. Cuma saya nak nyatakan betapa binatangnya agensi pekerjaan yang amik diorg ni dtg KL, then TIADA keje. Kesian. Ada yang mengadu domba pada wartawan: “hutang saya kat sana banyak juga” “anak saya, bini saya kena kejar org mintak hutang. Saya berhutang hampir RM10000 nak dtg sini. Sini dtg keje takde”. Kesian. Semoga diorg ni dapat pembelaan. PGL extra tix finished!! Aiseh. Mcm...

hari ini menjadi merah

Image
balik tadi kurang jam la jalan. kenapa ek? kuar ofis sekitar jam 615 ptg dan berjaya tiba di rumah jam 645 ptg. AJAIB. Padahal, OTW nak gi AKLEH, Mahameru Road itew, sering jam. Anyway, balik rumah, mama kata TIADA AIR. la... hari tu takdak elektrik, ni takdak air pulak... hampeh. Aryssa terpaksa balik dari rumah babysitter tanpa mandi. Mama mandikan dia. tgk2, dia pakai baju tido kaler merah. Saya pun masuk je umah tukar baju. Abg Naza pun tetiba pakai baju merah. saya ckp: "tolong amik tshirt kat bakul baju belum lipat tu (ye, tak sempat lipat, dah 2 hari. malu je)" La. dia amik kaler merah juga. Maka, jadilah kami penyokong MAN U. Sori. Abg Naza sebenarnya Liverpool fan. Oh. di bawah pula gambar masa Aryssa diurut kali kedua. Sungguh seronok. lepas tuh, dia tido tak hengat dan bangun tgh2 malam... sbb dah sedap tido! Baiklah. tamat update hari ni. esok insya Allah saya update konvoi gi Muar Ahad lepas!

jogging dgn suami pertama kali

Image
Post kali ini adalah berkenaan dengan sesi berjogging. sabtu yg lepas, masa cuti thaipusam, Abg Naza bersiap2 nak gi jogging "pah, butang baju abg mana pah..." eh, silap dialog, "da, stoking abg mana da...". Aku pun dengan bontot berat mengambilnya. "abg nak gi jogging. jom la ikot" "takpelah" "ala jomla, bukan selalu" "tak pelah" "jomlah" "takpelah" begitulah berlarutan sehingga akhirnya aku mengalah dan mengambil pakaian jogging (padahal, baju, suar dan kasut je). Kami pun memulakan langkah, aku dgn hati yg berat... mula2 tak happy langsung, lama2, bila abg Naza pujuk dgn lawak yang tak berapa nak jadi, aku pun happy la jugak... kitorg tak jogging jauh pun. silap. jalan. bukan jogging. hahahah... pemalas la aku ni. patut bontot besar!! aku yg berpura gembira dan rela la, apa kejadahnya benda ni ada kat atas jalan ni? projek 'jalan' baru ke? abg yg jogging sorang2.... pemandangan indah... namun, bu...

pergi ke kedai ratu

Image
salam... aktiviti hari ini seperti biasala, bangun lambat sbb Aryssa cari pasal taknak tido sampai kul 330pagi. aduh... penat sehhh... then dia bangun jam 9.00 pagi, nak menyusu. tido semula pastu. korang phm2 la jam berapa bangun ek... then, lunch kat umah. mama dah masak asam pedas ikan terubuk (fav abg Naza), udang masak sweetsour, sayur campur dan ikan talapia goreng yang lazat! hari ini, terus terang la saya katakan saya tak diet. then, kami lepak je tgk 'kelibat'. seram kelakar lakonan afdlin, riezman, harith iskandar, ramai la yg best2... lepas asar, kitorg kuar gi beli susu aryssa kat Manjaku. then gi kedai RATU. ntahla. saya rasa sama je tudung kat RATU dgn kat MASJID JAMEK. i must admit ada gak corak yg tiada di MASJID JAMEK, tapi ada di RATU. Tapi, MAHALNYA... Masya Allah. taktau la apa yg menyebabkan MAHAL. yg saya tgk, dia ada tag la.. mcm kita beli baju branded. then pack dlm plastik, masukkan dlm paperbag cantik, stikerkan. itu shj. apapun, saya beli sehelai sele...

ARRGGGGHHHHHHHHHHH!!!!

Image
"ye, kabel terbesar kami kat Klang Gate terbakar. mmg blackout kat area tmn melawati jalan **, klang gate baru. bila nak ada balik, saya tak boleh cakap la, tapi buat masa ni, kami sdg membetulkannya. minta maaf ye cik" Huh. blackout. Nasib aku baik. Smlm petang tetiba terasa nak update awal, dan bukan malam2 seperti selalu.. mungkin aku ada instinct. blackout sejak jam 10 malam. hingga 1145. bygkan... lagi lima belas minit nak masuk jam 8hb... fuhhhhhhhhh... nasib aku mmg baik.. kau lilin cintaku... memberi nafas baru... "francisca peter" kitorg kuar ramai2, duk kat porch. panas la. mujur Aryssa tak bising2. yelah, duk kat luar. tapi, sebaik sahaja masuk ke dalam rumah ditemani cahaya lilin, dia dah tak sedap duduk. resah. gelisah. hayoo... mulut bising!! Aryssa yang stress kerana panas... mcm ummi dia.. lama tuh, dia tertido lepas menyusu. berpeluh2 rambutnya. berkipas la cik su-cik su dia... aku? ntah la, tetiba aku pun melayang kat kerusi daybed... sedar2, dah ...

Aryssa ditangkap

Image
Aryssa skrg dah 4 bulan!! Ligat sungguh dia jika dibiarkan sendiri di atas toto. apatah lagi di atas katil. justeru itew, ummi dan abahnya telah bersepakat untuk tidak membenarkan Aryssa tidur sekatil dgn kami kerana khuatir beliau terjatuh (ye, ummi dan abahnya tido tak ingat2...) Maka, playpen pemberian kawan ofis adalah penyelamat kami. Selain dari tido, Aryssa juga menyanyi di dalam playpen. marah. dan bergurau. heheh. wajah sugul Aryssa di dalam playpan... heheheh

aryssa pandai nyanyi dan bebel

Teringat masa ngandung 6 or 7 months, saya gi karaoke dengan teman vouchers. nyanyi lagu inul: goyang inul. inilah hasilnya... kahkah...

air liur meleleh, aryssa ketagih?

Image
Ada org tua kata, kalau air liur anak kita meleleh je... nanti rambut kita gugur. la.. apakah signifikasinya? tak ngerti la... namun, setelah diteliti, mmg pun. masa Aryssa kurang merembeskan air liur, rambut Ummi dia ni tak gugur pun. Tapi lately bila airliurnya meleleh aje, rambut Ummi gugur bagai nak rak. Pendek kata, sekali lalu jemari ni kat rambut, berduyun-duyun helaian rambut turun. berlumba-lumba lak tuh... Jadi, kepada ibu2 yang mengalami nasib yang sama, tolongla share apa patut buat. ada yg suh pakai tonik rambut (jin n tonik). ada yang suh curi garam umah org, jgn bagitau (kata curi, mmg la tak bagitau) then bagi anak rasa garam tuh. nanti air liurnya kurang meleleh dan terus berenti. Tapi yg herannya, mmg ramai budak kecik baya Aryssa yg leleh air liurnya. Normal la kot ek...? So, terpaksalah Ummi Aryssa mencuri garam. kpd sesapa yg saya akan berkunjung ke rumah beliau, halalkan garam yang bakal dicuri ye... lihat... air liur bakal menitik... kesannya? rambutku gugur seti...