Pemakaian tali pinggang keledar belakang...

Bermula 1 Jan 09 yg lalu, semua rakyat Malaysia telah digesa untuk memakai tali pinggang keledar untuk penumpang di belakang. Satu usaha yang bagus, tapi tak cukup bagus.
1. Mcamana dengan keluarga yang ramai anak? Kalau semua nak balik kampung sekaligus, takkan la plak nak tinggal separuh...
2. Apa macam pulak dengan mereka yang perlu membawa sanak saudara gi beraya - semua tak leh nak tumpang sbb penumpang sedia ada pun dah ramai kat belakang.
3. Abih, kalau yg depan pun tak pakai tali pinggang, apa kes?

Bottom line is, kepada semua pengguna jalanraya, andalah yang mampu mengubah sebarang apa pun. Hanya sikap yang baik sahaja boleh mengurangkan kadar kemalangan: bukan tali pinggang keledar belakang shj, bukan jalan yang diupgrade selalu.

Kepada pemandu, silalah bertanggungjawab terhadap pemanduan.

Kepada penumpang, ingatkanlah pemandu tu betapa kita sayang pada dia dan dialah harapan untuk kita sampai ke destinasi dengan selamat.

Kepada pihak yang bertanggungjawab, terima kasih atas segala langkah keselamatan. Tapi, pikirkan jugalah nasib yang beranak ramai...

huhu.

Jadi bagaimana? Mr Otter ni pun leh pakai seat belt tau. Korang yang bernama manusia tak buleh ke ikut Mr Otter?

Pix taken from http://www.flickr.com/photos/funnysnuggler/2468992691/. Credit to the author.

Comments

aS_c0mei said…
aku selalu nmpk POLIS yg tak pakai tali pinggang keledar tu..poyo je nak saman org.diorg sendiri pon tak pakai.sakit mata aku tgk polis-polis tu sume.next time klu aku serempak lg ngan polis bawak kete kat jalan tp tak pakai seat belt,aku nak amik gmbr...bukti.hahahahaha.

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!