Aryssa Pertama Kali Balik Ke Kuantan

Entry baru2 ni ada citer pasal Aryssa balik Kg Pantai Beserah, 16-18 Jan 09 yang lepas. Dia sangat sukakan desiran angin pantai yang menderu laju menyapa pipi gebunya (wah… sastera..). Tujuan utama kami balik kampung adalah kerana rumah yang sedia ada akan dirobohkan dan akan dibangunkan semula.

Mak Teh saya mengambil program “Perumahan Mesra Rakyat”. Heheh. Dimana program ni memberikan rakyat peluang untuk membina rumah yang lebih baik dengan kerajaan menampung 1/3 daripada jumlah kos. Untuk rumah ni, kosnya RM70k, akan dibikin oleh MBSB. Tapi katanya kosnya semakin meningkat. Ntahla kenapa. Sebab ada jiran dapat buat spec yang lebih kurang sama pada harga lebih rendah. Dahla tu, lantai punya spec hanyalah simen semata.

Apapun, thanks to the Govt yg sudi membiayai sedikit bebanan… Justeru, kami pun amik gambar rumah untuk kali yang terakhir cos lepas ni ianya akan berubah wajah (harapan saya adalah agar rumah ni tak tergendala pembikinannya seperti rumah saya).

Comments

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!