Kali pertama Aryssa demam

Salam semua... (mcm la ramai sgt yg melawat blog tak seberapa ni).

Weekend lepas, saya telah ikut mama dan papa balik ke kuantan sekejap. Tinggal Naza dan J.O shaja di rumah. Aryssa, of cos la ikut saya balik kampung jugak. Ni kira kali pertama beliau balik ke kampung tanah kelahiran saya. Balik ni pun coz mama ada hal berkenaan rumah kat kampung tu. Story later la ek...

So, bertolak pada jam 9 malam, 16 Jan 09. Dah agak malam. Tapi redah je cos mama kene ada kat Kuantan and jumpa org yg berkenaan pada jam 9.00 pagi berikutnya. Kitorg rest kat R&R Temerloh sekitar jam 10 malam. Aryssa pun kuar, tapi lupa la nak tutup kepala dia. Dalam kete, dia tido nyenyak jugak. Rasanya cos aircond sejuk, dia gembira. FYI, Aryssa seorang bayi yang kuat berpeluh (nasib baik peluhnya berbau bayi, maka sedap dicium). Mama kata sebijik mcam aku masa kecik. Ha ah. Sekarang pun aku kuat berpeluh.

Alhamdullilah, kitorg sampai tepat jam 12 malam di Kg Pantai, Beserah, Kuantan. huhu. Tapi, setibanya di rumah, Aryssa mula mengalirkan hingus. Terperanjat jap saya. Yelah, first time. Agak gelabah jugak. Tapi mama kata, takpe, sapukan vicks kat batang hidung, selawat 3 kali. Then, tiba2 bdn Aryssa mula panas suam2. Masa tu, dia dah mula taknak susu botol. Nak netek je. Saya pun bagi je la. Ngantuk sangat, tapi nak buat mcmana. Sampai satu tahap, saya rasa badan dia SANGAT PANAS. Yang baiknya, selsema Aryssa tak meleleh2. Cuma waktu malam dan pagi esoknya je meleleh. Pastu takdak dah. Alhamdullilah.

Aryssa seorang anak yg baik (semoga dia kekal begitu selamanya). Dia tak banyak ragam pun, selain nak menetek shj dan nak tido berpeluk dgn ummi nya ni. Dia masih ketawa, bergurau mcm biasa.

Tepat jam 12 malam, 18 Jan 09, demam dah takde setelah sehari memberikan ubat demam yang diamik dari klinik kat Balok. Mama kata ni demam beralih bulan. Ha ah. Aryssa kan lahir 17 Sept. heheh... Comel pulak tgk gambar dia masa demam.

Apakah pengajaran dari episod kali ini?
1. Elakkan balik malam naik kete dengan membawa bayi kecik.
2. Kalau nak balik malam pun, jgn pasang aircond kuat bangat
3. Tutup kepala dia sentiasa bila malam hari.
4. Bagi netek masa demam boleh menguatkan sistem imunisasi bayi.
5. Vicks mmg mujarab. tapi, nak beli lagi tak buleh dah. cos brg Israel. pakai minyak yuyi je.
6. Doc kata umur lom setahun takleh minum ubat selsema.
7. Bagi ubat guna penyuntik secara sikit2 sbb byk sekaligus nanti dia sembur balik.
8. mak kena jaga makan jugak masa baby demam (huhu).
9. oh. jangan lupa tuam dengan air sejuk kepala bayi anda. pakai towel kecik buleh, just amik air dlm mangkuk dan letak sikit2 kat ubun2 pun buleh.
10. SILA MANDIKAN BAYI ANDA WPUN DEMAM. takpun, basahkan kepala pun takpe. Mulanya, saya ingat kena biar dia berpeluh mcm saya masa kecik2. rupanya zaman dah berubah. skrg kene dedahkan bagi suhu / haba kuar dari badannya. Pakai baju berlubang pun takpe.

Haha. Pengalaman menjadi ibu memang menarik. Saya dah ada eye bag. Mata lebam la jaga Aryssa.

Comments

fashadyla said…
mmg la long..Anak kalo demam akan ber eye bag la ibunya.Hahahaha..
Mcm anak aku, dua2 agak berlainan..Nadim, kalo demam seperti biasa dia mmg tak byk mulut..Diam sajer, pernah dia kena tahan wad sampai 40'c panasnya, tp still leh lari2 lagi. Tp dia kurang nak makan.Asyik nak minum jek. Mata sumer berair la..

Nabil la kalo demam, kuat meragam..Manja lebih..Nak berdukung jek..Aiyoo..Tp selere cam biasa..

Tp dua2 senang makan ubat.Tu la kelebihan tu..Tp long, yg penting kalo baby demam, esp time malam..kita mak ayah jgn tidur lena sgt..Takut dia panas dalam & memungkinkan dia kena kancing gigi..

It's happens once to nabil, tp baru early stage.Terus bawak gi hspital nyah.

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!