The second trimester
Maka berlalulah sudah trimester pertama. Lepas tu, masuk ke 3 bulan 1 hari aku mula buat perangai. Aku mula meloya. Aku mula muntah. Subhanallah. Dahsyat sungguh. Sampai Mama aku kata pelik pasal morning sickness pada bermulanya trimester kedua.
Keadaan mmg teruk la jugak. Muntah setiap hari, without fail. Pastu ada pulak buang air besar setiap hari selepas gosok gigi. Tu tak cukup dgn menyampah bau suami sendiri – esp masa dia pakai perfume yang aku belikan untuk hantaran dia hari tu dan jugak sebarang minyak/cream rambut. YURK!!
To make things worse, aku dah tak boleh bau sabun mandi yang biasa kami pakai – secret garden tuh. Aku pakai Dettol sahaja… Oh, bukan aku sahaja, malah adik-adik dan Naza jugak (sapa-sapa je la yang guna toilet sama dengan aku). Dan shampoo pun kena pilih yang berbau lemon/lime/limau dan yang sewaktu dengannya. Makan pun tak lalu dah. Huh. Pendek kata, all are different masa ni. Pelik, tapi benar.
We even standby plastic bag dalam kete just in case.
OH. YANG PALING BEST – AKU TAK SUKA PAKAI MAKE UP. Jadi aku tak cantik sepanjang masa. Dengan rambut tak bersikat, aku akan naik kete dan terus ke tempat keje. Kalau naik LRT pun sama je. Orang sume tgk2 aku. Hahah.
Comments