So, kami ber3 saje yg menyusuri langkah (Next year, kami nak cari sorang ahli baru. Sapa berminat, sila hubungi saya).
Dari KL Sentral, kami singgah ke PETRONAS Lingkaran Karak: tasknye membeli brg berharga RM4.70.
Then ke R&R Genting Sempah: memasak buah berangan (lawaknya Mas Hadi taktau buah berangan tu apa... heheh).
"Mas Hadi sedang menggoreng buah berangan"
Then terus ke Hutan Lipur Lentang: menganyam ketupat - terror gak Abg Naza. Dia yg buat dua ketul tuh. Then, dia jugak yg menyelam dalam sungai cari treasure. Sejuk menggigil. Dah la demam. Oh ya. Kumpulan kami kategori handicapped. Sbb, sorg ngandung, 2 demam. hahah.
Keluar dari situ, Mas Hadi mencari mangga dan kunci yg sepadan.
Then ke Dusun Eco Resort di mana abg Naza membuat wall climbing. Kemudian sepatutnya 2 ahli yg lain kene buat flying fox dan merentas satu titian. So, of cos, bukan saya yg buat. Abg Naza n Mas Hadi jugak. Di sinilah kami hilang 400 markah. Hampeh. Sume gara2 J.
"Abg Naza memulakan langkah memanjat dinding batu"
"Yg baju hitam tu Abg Naza"
Kemudian, kami terus ke R&R Temerloh. Dlm perjalanan, kitorg buat Sudoku. Nasib baik tau sket2. Then sampai R&R kitorg buat cari perkataan tersembunyi dan teka silang kata. All about MRCB la.
Seterusnya, kami ke RM Batik di Medan Warisan, Kuantan. Btl2 depan GIANT. Kat situ, Abg Naza mengecop batik dan Mas Hadi mewarnakannya.
Next, kami terus ke Swiss Garden Resort dan OTW, singgah satu kedai jual kepok lekor. Hehehe. Kali ni kita gentel kepok dgn Abg Naza dan rebus. Kemudian, 1 grup kene makan. Sian lak tgk org yg tak biasa makan tanpa goreng. Saya bedal je. Dah biasa la katakan.
"Pasangan yang menggolek kepok lekor"
"Dan setelah direbus. Byk dimakan saya. Baby suke le tuh" Dan akhirnya, kami tibe di Swiss Garden. Aktiviti terakhir ialah menaiki ATV - ala motor besar tuh. Roda 4. Saya pun naik. Thee hee hee...
Nombor berapa? 27/39. Mmg dahsyat sbb selama ni kami top 5. Tapi, kira alrite la sbb kami ni handicapped, pstu tak cukup org. If only we have enough grup member, tk hilang markah kt Dusun Eco Resort. Tapi tk pe... tahun depan ada lagi. Since kami dah tau format, kami akan bangkit semula...
Sape nak join kami tahun depan, silakan....
Comments