Salam,
I ols nak cerita la sikit pasal isu-isu yang i ols baca last week. Kisah di Betong, Kuching, Sarawak. Ada sekumpulan budak yang i ols percaya bukan budak Islam, yang mempermainkan agama Islam di gereja mereka sendiri. Siap pura2 solat di ruang hadapan gereja lagi. PAstu ada yang siap azan segala. I ols sedih la. Dengan laungan 1Malaysia yang kian mengaum, masih ada yang cuba nak memecah belahkan kaum di negara yang terchenta ni. Perlukah? I ols rasa anak-anak muda ni pun telah mencemarkan maruah agama diorang sendiri apabila melakukan perkara terkutuk itu. Yelah, i ols percaya setiap agama tidak pernah menyuruh penganutnya membuat perlakuan bodoh dan tidak beradab seperti itu. Sangat tidak bertamadunlah agama itu jika penganutnya tidak boleh mengikuti ajaran itu.
Semoga umat Islam dapat bersabar dengan dugaan ini. DAN SEMOGA PIHAK BERKUASA DAPAT MELAKUKAN SESUATU SEBELUM NEGARA KITA INI TERCEMAR DENGAN GEJALA SEPERTI INI.
Kita kan serumpun... patutnya kita hormat menghormati faham anutan yang lain...
pic: google image search
Di Terengganu pulak, heheheh... kerajaan negeri mencadangkan para penduduk Terengganu untuk meningkatkan tahap aroma ketika bersama suami atau isteri. Ini kerana kebanyakan mereka mengadu yang pasangan berbau macam-macam bila nak tido bersama. Bau keropok la, bau ikan la, macam-macam. Di samping itu, mereka juga disarankan untuk memakai bau-bauan dan juga memakai baju tido yang mengghairahkan selain daripada kain pelikat/batik dan baju T. Lucu kan? tapi hakikatnya, inilah penyebab utama kadar perceraian di Terengganu meningkat. Tiadanya rasa sensitiviti terhadap keperluan pasangan, rasa keghairahan, semuanyalah... hopefully i ols dengan naza tidaklah sampai ke tahap itu...
oh bahagianya jika naza berjaya mengangkatku begini... malangnya...lemak tepu sangat... tak tertampung... huhuhu... pic: google image search
Comments