AidilAdha dan AidilFitri: bezakah?

Salam Aidiladha...

Macamana dengan sambutan baru-baru ini? Bagi i ols, i ols tidak tahu bagaimana sebenarnya nak sambut hari raya haji ni. Mungkin telah terbiasa dengan kata-kata orang yang mana ini adalah hari kebesaran untuk mereka yang menunaikan ibadah korban dan menunaikan haji sahaja.

Hari ini disambut sempena peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s. Malangnya, setiap kali tibanya Aidiladha, segelintir masyarakat Islam di negara ini meletakkan perayaan ini setaraf dengan hari-hari cuti biasa. Tapi kenapa kita boleh beraya sebulan untuk Aidilfitri (adakah kerana puasa pun sebulan?).

Pendek kata, setiap kali Aidiladha, yang kita cuma buat hanyalah mandi, pakai baju kurung (mungkin baju kurung raya puasa hari tu shj), dan kemudian makan makanan raya seperti lemang, ketupat, rendang. Kemudian, setakat wish sahaja ahli keluarga selamat hari raya. Nak lebih sedih, tak wish pun, sbb tiada ucapan maaf yang seiring dengan ucapan raya kali ni.

Sebenarnya, macamana harus kita raikan? Susah nak jawab ni sebab ada yang kata: "apalagi, sembelih la lembu!" Kalau tak mampu?

Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Kita sering nak sambut raya puasa lebih meriah daripada raya haji. semua ni kerana kita sendiri tak paham sangat sejarahnya. Antara punca utama perbezaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah disebabkan kurangnya kesedaran tentang kelebihan melaksanakan amalan sunat seperti ibadah korban.

Untuk i ols, sememangnya tidak ada satupun pengalaman raya haji yang melekat di benak i ols. mungkin dek kerana terlalu biasa dan tidak terasa bezanya. Kalau u ols yang baca entry ni buleh share pengalaman raya haji atau bagaimana nak sambut perayaan ini sebenarnya, sila berikan thoughts anda. really appreciate it.

Ok, kita jumpa lagi ye...

(sebahagian artikel dipinjam dari Utusan Malaysia, 27 Nov 2009)

Comments

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!