perlukah kami ditreat like a child?

Salam...


Sebenarnya update ni patutnya dibuat hari Jumaat yang lalu. Tapi since tak sempat nak update, maka ia berkepuk di dalam ini. Had a short weekend la. Layan anak. Gi weddings. Nak bermanja dengan husband pun tak berkesempatan. Cis. (where have all the sparks GONE?).


Sebelum start membebel akan sesuatu perkara, biarlah i ols memberitahu bahawa i ols amat gembira bertugas di tempat keje kini. sampaikan hari2 i ols make up yang lengkap dan jitu (tinggal tak pakai bulu mata palsu je. simpan sket la untuk occasion yang lebih penting). I ols rasa seronok dengan workload yang kembali ke riba, tidak perlu melanguk lagi, dah paling penting: i ols sudah mula melakukan tugas PR i ols. Jangan salah paham, i ols masih membantu BD. I ols cuma memenuhkan masa dengan baik sahaja. Ala, lagipun, BD tidak begitu memerlukan i ols kecuali tatkala nak menulis proposal, surat atau translation. Kakitangan yang sedia ada menjalankan tugas dengan baik. I mean, the operations ppl, the admin ppl, they are all well in doing such job. Congrates. Apa yang i ols cuba sampaikan adalah: i ols tidak begitu diperlukan di BD. (read: more time spend with PR thus better that way).


Oh. jangan risau, i ols tidak riak. I ols mmg pandai membahagikan masa. Dan i ols amat gembira dapat membantu ramai org selain buat keje PR: tolong translate, tolong check surat, tolong grammar, and i believe that they gain knowledge and experience with the assistance i gave.


Ok, berbalik kepada cerita yang i ols katakan: pernah tak korang duduk dalam bulatan dan membaca satu-persatu perkataan yang ada dalam 19 helaian tender yang bakal dihantar? baca pulak main gilir-gilir, bukan sorang-sorang? pernah tak korang rasa macam resah bila nak habis pada masa itu? pernah tak korang rasa nak sepuk2 je org yang buat korang duduk macamtu semata nak tunjukkan sesuatu yang korang rasa, korang boleh nampak hanya dengan membaca sendiri kat tmpt korang?


Itulah yang terjadi. Rasa marah gila tahap naga sbb i have to forgo my precious 1 hour and 30 minutes for that, and the ending was: ye, aida i cuma nak you tau serba sikit la apa makna high end tu. THAT'S IT. Lepas tu kami keluar macam anak kambing. Yang mana kena buat keje, kena la... yang lain JUST LISTEN. Gosh...! That's another reason to consider on how better my PR job is.




Lepas tu, ada yang dah mula buat muka... tapi still jugak proceed sampai nak dekat lunch... letih siot...

Comments

Naddy said…
macam cabaran aku masa kursus teamwork aritu je. kami diberi 6 helai kertas dan kena baca 7 perenggan cerita. Tapi salah satu kertas tu ada satu perkataan salah. amukan puaka nak mencari tu!

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!