Insya Allah....

Vouchers have been coming to my house to pay for a visit. These are the moments that I cherished most. They really cheer me up, in a way, some may not understand.

The title "vouchers" was given back in 2007, just before I got married.

"Kita gi Perhentian la.." "Taknakla. I nak g Langkawi." "Eh, Langkawi tak best la."

So, end up, the supposedly class trip was then just a trip for the six of of us: Uns, Elle, Ik, Che T, Nurul and myself. Secara senyap2 sebab byk sgt itu-ini, thus, we thought we better off first then we can share the experience.

Rupanya, ada yang menghidu our secret plan - which was done because we cannot stand the hype for a trip and waiting for a conclusion from almost 30 of us in class was taking too long. And yes, we did mention that we got vouchers for the stay, thus the whole class cannot be possibly coming together.

"Oh, jadi korang ni group Vouchers la ye..." Erk... yeah. bolehlah. terima dengan redha je la.

Ever since the trip to Redang, we had been so close, as close as any other siblings (minimal fights though), sharing good times and bad times. Sharing experiences, and almost everyday, we catch up via social networking mediums.

So, recently, each of us got a compilation CD - album ketuhanan. Thanks Ik. I really enjoy the songs, though you said most of them are Indons. But hell, the message of these songs really kicked in me.

It makes me realise that life is full of ups and downs. be thankful at all times.

And today, my dearie friend at the office, Suhana, gave me an email on the translation of surah Al-Insyirah:

1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2) dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4) dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5) oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6) (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7) kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
8) dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Surah ini diturunkan because at that moment, Muslims were being booed by the Musyriks because they are poor.

Let us look at the conclusion of the Surah below:
1) Allah itu Maha Adil, tidak sesekali Dia meletakkan sesuatu ujian di luar kemampuan makhluknya, seperti mana dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah (2:286). Ayat ini disokong dengan ayat keenam Surah Al-Insyirah di mana kesusahan akan disertai kemudahan.
2) Allah mengajar makhluknya bersabar dan yang paling penting percaya dengan janji Allah. Cuba sahabat bayangkan, andai kata kita tidak yakin bahawa kemudahan pasti datang selepas kesusahan pasti kita akan cepat melenting dan bertindak di luar batasan apabila kita diuji dengan ujian yang berat. Maka, dengan adanya janji Allah ini kita mampu membentuk diri menjadi insan yang redha dengan ujian yang menimpa.

3) 
Ayat ketujuh surah ini mengajar kita untuk bersifat sistematik. Subhanallah, betapa Islam itu agama yang memberi panduan untuk penganutnya bukan hanya perintah untuk melakukan ibadah semata-mata. Ini menunjukkan betapa syumulnya (sempurna) Islam. Ilmu pengurusan yang boleh dipelajari dari ayat ini ialah; kita perlu menyenaraikan kerja kita dan melaksanakannya mengikut keutamaan.Apabila selesai satu kerja, barulah kita melakukan kerja yang seterusnya.

4) 
Allah menyeru kita bersungguh dalam melakukan amal soleh. Ya, bersungguh-sungguh. Inilah masanya untuk kita bermuhasabah. Saya mengingatkan diri sendiri juga untuk turut mengubah diri supaya lebih bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Kadangkala memang kita sudah siapkan sesuatu kerja, tapi adakah cukup usaha yang kita curahkan? Betulkah cara kita menyiapkan kerja? Adakah unsur leka dan lalai di dalamnya? Sama-samalah kita renungkan...

5) 
Akhir sekali ayat ini menyeru agar kita memohon kepada Allah untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan. Satu perkara yang saya terfikir; kaitan antara ayat 7 dan 8. Kaitan antara usaha yang bersungguh-sungguh dengan amalan berdoa. Ini menunjukkan bahawa tiada jalan pintas untuk kejayaan, ia perlu dirintis dengan usaha yang mantap dan akhirnya barulah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya.
Was it self-explained? Insya Allah, I will try my best to always remind myself - when there is any difficulty, there will absolutely be a winning point in the future. Trust, doa, tawakal and usaha.

Dedicated to my lovely Vouchers....

Comments

Azyze said…
hugs hugs hugs!
i will always be your friend babe, will always try to be here for you biarpun aku kena 100 kali pakai topeng ultraman dan berposing2 gagah untuk cikcha hehehe.
love ya!
Mami said…
Lovely piece, Aida. Always glad to be part of the Vs. -uns

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!