AidilAdha dan AidilFitri: bezakah?
Salam Aidiladha... Macamana dengan sambutan baru-baru ini? Bagi i ols, i ols tidak tahu bagaimana sebenarnya nak sambut hari raya haji ni. Mungkin telah terbiasa dengan kata-kata orang yang mana ini adalah hari kebesaran untuk mereka yang menunaikan ibadah korban dan menunaikan haji sahaja. Hari ini disambut sempena peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s. Malangnya, setiap kali tibanya Aidiladha, segelintir masyarakat Islam di negara ini meletakkan perayaan ini setaraf dengan hari-hari cuti biasa. Tapi kenapa kita boleh beraya sebulan untuk Aidilfitri (adakah kerana puasa pun sebulan?). Pendek kata, setiap kali Aidiladha, yang kita cuma buat hanyalah mandi, pakai baju kurung (mungkin baju kurung raya puasa hari tu shj), dan kemudian makan makanan raya seperti lemang, ketupat, rendang. Kemudian, setakat wish sahaja ahli keluarga selamat hari raya. Nak lebih sedih, tak wish pun, sbb tiada ucapan maaf yang seiring denga...