VISIT TO CAMERON : SIRI 1

Salam...
Setelah sekian lama mengepam gambar-gambar lawatan ke Cameron, tibalah masanya saya berkongsi cerita. Tak best pun, bukan macam pegi London ke, Paris ke... tapi, cukup bermakna sebab inilah kali pertama Aryssa jalan-jalan dengan famili ke suatu lokasi yang asing baginya.

Aryssa lena malam sebelum tu... memikirkan apa yang dia bakal lihat kelak...

Tarikh 22May dipilih; selepas je kami semua bertungkus lumus pindah dan siapkan rumah, dan saya juga mengalami tekanan perasaan. Mama dah book bilik kat Hotel Equatorial, Cameron Highlands - under MARA. Cos, diorg ada beli apartment kat situ so, MARA punya staff leh la sewa dengan kadar yang baik.


Aryssa mmg betul2 menikmati percutian ini.. tengoklah aksi beliau bila abahnya membuka tingkap dan membiarkan rambutnya ditiup bayu segar dan takde asap... tertutup2 mata beliau...

Setibanya di hotel, kami pun check in. Aryssa melepak depan flat screen tv mcm dia plak yang drive... sila lihat kaki beliau... kagum... kagum... overall, the room has been decorated modern style. cantik sangat..

Lepas rehat sekejap, kami terus pi tgk pool dia. Cit, takde pool kanak2 sebaya Aryssa. Maka, ciksunya masuk dalam pool dan bawak Aryssa berendam. Ketar juga bibir dia. Yela, swimming di Cameron??

yang lain? bermain pool la... walaupun tak pandai... tapi papa dengan naza kira hebat gak... berbanding yang lain2... ahaks.

Biasalah, pastu, kebulur... kami pun pi makan kat THE ONLY kedai yang ada IKAN BAKAR. Sorilah, nama kedai terlupa... sebab kepam story lama sangat... I was too exhausted, that i pun terpejam mata sekejap sementara tunggu yang lain sudah makan. Cuba lihat, sama tak wajah ibu dan anak ketika tidur? Hehehhe...

Balik tu, kami tidur awal... esok nak pi jalan-jalan dengan tourist guide... See the pictures of my two loved ones... lena sungguh tido tanpa kipas.. kalau kat umah, jangan kata kipas, pakai aircond pun berpeluh jua!!

Comments

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!