MEngaLah unTuk MenAng
Salam, kali ni, saya nak buat cerita macam AZYZE. Ni penulisan tangan amatur. AZYZE tolong komen:
Semua watak adalah rekaan semata-mata:
Babak 1
Nina masih lagi tekun menyiapkan beberapa kertas kerja majlis pra-graduan kolejnya. Dalam majlis itu, beliau telah diberikan mandat untuk menjadi kepala. Segalanya perlu difikirkan. Dari menu, lokasi, aturcara, semuanya. Kemudian, barulah dia senang untuk berbincang dengan ahli jawatankuasa yang telah dipilih.
Seketika matanya melirik jam di dinding, "Cepatnya masa berlalu!" keluh Nina. Dalam masa 15 minit, dia akan turun mengadakan perbincangan di bilik kuliah seperti yang telah dijanjikan.
Babak 2
"Nina, ko dah siapkan event checklist?" "Dah. Aku dah buat semalam. Kenapa ko tanya?" "Ko dah bagi pada semua ahli jawatankuasa ke?" "Dah, kenapa?" "Takdela, aku saja je tanya." Pelik, hati Nina tertanya-tanya. Mimi selalu sangat tanya apa yang Nina buat. Terutama dalam tugasan sebegini. Macam tak percaya pada aku je, teka Nina. Setahu Nina, sepanjang dia belajar bersama, Mimi memang selalu sangat mengekori dan bertanya tentang gerak kerjanya. Bukanlah sesuatu yang tak baik, setidaknya Mimi menjadi orang yang mengingatkan dia tentang tugas. Tapi, bila setiap masa dan apa jua yang dilakukan dipertikaikan, Nina mula rasa rimas. Mungkinkah kerana selama ini Mimi sahaja yang digelar KEPALA dalam apa jua majlis kelolaan kolej? Mungkinkah Mimi rasa tergugat dengan kredibiliti Nina? Tak mungkin... Tak mungkin. Mimi adalah seorang kawan yang baik untuk Nina. Mimilah yang memberikan tunjuk ajar kepada Nina tentang cara terbaik untuk menguruskan majlis. Mimi jugalah yang menjadi tempat Nina mencurahkan rasa tidak puas hati apabila pensayarah menyalahkannya dalam perkara yang dia sendiri tidak tahu pucuk pangkalnya. Mimi jugalah teman gelak tawanya, pendek kata, "Mimi dan Nina adalah serasi", kata Mimi pada suatu hari.
Babak 3
"Hah, lega aku dia kena keluar dari jawatankuasa pengurusan majlis kolej ni. Kalau tidak, akulah yang kena buat semua. Korang tau, selama ni, dia buat kerja kucar-kacir, aku yang tolong selamatkan. Majlis yang dia urus, semua tak teratur." "Eh, aku tengok dia ok je selama ni." "Kau mana tau, kau tak kerja dengan dia. Ko kan budak Account. Tak terlibat langsung dalam pengurusan majlis. Aku ni yang suffer! Lepas ni, dia duduklah kat Jawatankuasa Disiplin kolej. Barulah berdisiplin sikit. Kalau tak... hish, tak taula aku!"
Babak 4
Nina mengusap uraian airmata yang menitis semakin laju. Dia betul-betul terpukul dengan perubahan ini. Kenapa pula dia yang terpilih untuk menjadi salah seorang ahli Jawatankuasa Disiplin, sedangkan semua tahu dia amat menyukai jawatan yang disandang di kolej ketika ini. "Aku rasa macam dikhianati sangat. Orang puji kerja aku, tapi orang tetap taknak aku terus berusaha menjadi yang terbaik. Kenapa Rita? Kenapa?" rintih Nina. Rita hanya mampu mengusap-usap belakang Nina. Dia juga tidak faham kenapa tiba-tiba Ketua Kolej menukarkan Jawatankuasa Nina. Pelik. Kata Prof Goh, Nina dah terlalu banyak membuat pengurusan majlis dan terbukti dia hebat. Maka, kini dia boleh menunjukkan kehebatannya di tempat lain. Suatu alasan. Sedikit pun Nina tak membeli alasan itu.
Babak 5
Mimi duduk bersama Kak Sara dan Kak Ecah. Terkumat-kamit mulutnya berbual bersama kakak-kakak yang bekerja di bahagian korporat Kolej itu. "La, akak taktau ke? Saya rasa memang patut pun dia kena tukar jawatankuasa. Asyik menyusahkan orang je." "Hish, akak rasa dia buat keje okay apa. Patutla bila akak tanya pasal Majlis Bersama Anak Yatim tu, dia cakap dia taktau apa pun." "Memanglah taktau, sebab saya yang buat semua tu. Lega betul rasa bila dia dah takde ni." "Rugi la, kan Sara? Kita baru nak panggil Nina keje dengan bahagian kita lepas dia graduate sebab kita tengok dia bagus buat majlis, kan?" kata Kak Ecah. "Tu la, bos pun dah agree. Tapi kalau Mimi yang rapat dengan dia kata dia buat kerja ala kadar je, hish.. sayangla..." "Eh, tak payahla kak. Dia bukan bagus sangat pun, nampak je. Padahal, orang lain buat kerja."
Babak 6
Mata Mimi berkaca. "Aku tak sanggup la tengok kau macamni. Dahla tu, ko buat macamana pun, ko tetap kena tukar." "Aku tak boleh la. Aku tak rasa aku boleh." "Aku sedih la tengok ko macamni. Aku pun taknak hilang ko. Ko dan aku kan dah serasi. Kita satu team yang baik. Kenapalah diorang ni buat decision macamni." Nina menangis tersedu-sedu. Tak dapat dibendung lagi tangisannya. Macam anak kecil. Rasa macam dunia ini dah berakhir. Bersyukur sungguh dia kerana Mimi ada untuk memberi semangat.
Babak 7
Nina menggeleng-gelengkan kepala. Sumpah, dia tak sangka begini jadinya. Walaupun dia dah mula suka membuat kerja bersama teman baru di Jawatankuasa Disiplin, namun masih ada kata-kata nista yang dilemparkan. Paling sedih, bila dia dimaklumkan bahawa tukang bawak mulut adalah MIMI sendiri. Harapkan pagar, pagar makan padi. Terngiang di telinganya kata-kata beberapa rakan supaya berhati-hati dengan Mimi masa dia mula bertemu Mimi. Tapi kenapa? Tanyanya. "Berhati-hati sahajalah. Kau akan tahu nanti." Kini, dia terjerat. Dia dah tahu kenapa selama ini Mimi terlalu mengekorinya. Mimi rupanya musuh dalam selimut.
Mimi adalah kawan yang paling baik untuknya. Terlalu baik sehingga Nina terpaksa mengalah untuk menang pada masa akan datang.
Mimi adalah DURI yang MENIKAM PERLAHAN tapi TUSUKANNYA mampu memecahkan pembuluh darah yang ada.
Kini, Nina menjadi lebih berhati-hati.
Comments
tenangkan hati and yes, lebih berhati-hati.
but i know you'll make it through bebeh :)
ko tukar kejelah jadi penulis lak..