sesi berjumpa kawan ummi...

Salam...
terasa geram sbb dah lama tak update. bahan banyak nak tulis, masa je tak sesuai... (bukan takde... sbb ada terbaca article katanya masa kita ada, cuma bila nak buat sesuatu kita kene tanya: perlu ke tak... so, Aryssa lebih penting dari blogging. hah).

Anyway, entry bergambar lagi kali ni. saya berjumpa Lin, teman sekuliah masa amik Diploma di UiTM. Dah lama sangat tak jumpa dia ni. Dan juga teman rapat kami, Che Tene (Che Tene geng voucher, so selalu gak jumpa dia ni). So, we went to Mid Valley dan melepak sakan di fudcot. banyak cerita yang kami kongsikan.


On the way ke Stesen Sentral dgn Aryssa dan Bibik 1. Abah keje petang, so, takleh nak hantar ke Mid. Dari Stesen, kami gi Mid naik teksi. So, sampai ala2 tepat masa la...

Ni gambar Che T, Lyn, and myself. Serta beberapa gambar Aryssa masa dia ikot Bibik 1 gi jalan-jalan sementara Ummi dia ni bergosip.

So, selepas berjumpa kawan, kami naik komuter nak pi Bank Negara punya stesen. Sbb, Bibik 2 Aryssa tunggu sana dan nak bawak saya yang dah bertahun lama tanya: "mana kedai roti nan cheese yang ko kata sedap bangat tuh?" Aryssa agak bising dalam tren, maka terpaksa bagi teether supaya senyap. Org ramai sangat, taknak la diorg ni bagi org yang bawak anak dulu... jahat...

Oh. nak bibik? saya takde. kene tanya agensi bibik. ni bibik2 tetap Aryssa. cantik kan? ahaks.

Kedai House of real Beriyani. LAZAT. Sila lihat gambar. Cheese pakai mozarella kot. macam piza. dah macam jalan2 cari makan dah saya skrg ni. Tapi mahal la sket... RM5.00. Mak aiii...!! Oh, kuah pun harga lain, kari ayam RM2.50. Tapi, saya tak abih pun makan. Kenyang. Gebu rotinya. Sian Bibik 2 terpaksa pegang Aryssa sementara Umminya melahap. LAZAT.

Itu sahajalah kali ni. sekian...

Comments

tujuh_tiga_mac said…
ha... ari ni dan smlm pun jd bibik gak.. arychan berebut tempat tdo dgn gwe. TAK BOLE BLAH BTOL! haha ;D

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!