pre wedding pix?

salam...

entry kali ni mcm lebih menjurus kepada situasi yang saya rasa semakin menular di kalangan kita semua, warga Malaysia, orang Islam.

Ramai yang nak buat pre wedding photos. pada saya, tidak salah. tiada halangan. tetapi yang menyebabkan saya rasa terluak (mcm baby lepas menyusu ada susu lebey), bilamana mereka ni bersentuhan/berpelukan/intimasi semasa rakaman tersebut. perlu kah? i mean, belum buleh la dik... dan fotografer juga tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk memastikan perkara itu tidak berlaku.
maafkan emosi ini. tetapi saya nak bagitau la sket ye, kepada bakal pengantin, ini experience saya:

sememangnya masa kita bercinta, nafsu mengatasi segalanya. anda rasa ingin sentiasa dibelai. dipuja. dan bangga bila dipeluk kekasih, dicium di dahi dan berpegangan tangan. tapi, saya bertuah mempunyai kekasih yang lebih pentingkan tatsusila. nak pegang tgn depan org? atau menyuapkan makanan untuk beliau? jangan harapla. apatah lagi nak peluk pinggang. cheh. saya jeles tgk org lain yang mesra begitu.

Kini, setelah bergelar isteri, baru saya tahu kenapa dia buat mcmtu. "ha, skrg ni, hari2 boleh pegang, peluk, cium. takyah mintak2." tapi masih mengekalkan tatasusila, dia taknak buat mesra2 dpn org. kdg saya terasa juga. tapi saya tau dan percaya yang dia buat semua ni sbb taknak org kata kami mengada. menunjuk mesra. apatah lagi, kami ni kan dah jadi lakibini.

Tau tak, bila kita dah kawin, semuanya jadi biasa. takde nak gatal2 lagi depan org, ataupun saya nak kata macamana ek.... mcm: dah dapat, so, tak pyh nak terhegeh2. then, maybe la org yang hangat bercinta ni bagai nak rak berpeluk cium, sbb tak dapat selalu... bila dah ada depan mata, mulala tangan meraba. lepas ni masing2 nak balik umah sendiri. saya tak kata org lain, saya kata diri sendiri. tapi, like i said before, mujur Naza seorang lelaki yang bertamadun, menunggu penuh setia (lucu la)

bila dah kawin, anda akan rasa lebih selamat dan tak perlu terburu2. org yang selama ini anda dambakan dah ada di depan mata. boleh sentiasa dikucup. bila anak lahir pulak, kasih sayang mula terbahagi. cium anak ke, cium bini? hehehe... agaknya, pasal ni la ada yang ada masalah intimasi lepas lahir anaknya.

melalut apa la agaknya malam ni...

kesimpulannya. kepada muda mudi, ingatlah lagu seloka cinta remaja dari Arwah Seha. penuh nasihat. masa bercinta mmg seronok. saya pun penah rasa. bila dah ada anak, kita mula rasa hidup bukan untuk seronok saja. bukan untuk intimasi sahaja. senang cakap: bercinta berpada, nanti bila korang dah kawen, hahahahahah... semuanya tetiba bertukar rupa!!

ps: saya tak kata saya dan suami tidak berintimasi ye... saya cuma kata, suasana sudah berbeza!!

Comments

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!