Masya Allah... Dah Dua Minggu tak post?

Assalamualaikum...

Sori la cos tak sempat saya nak mengepos cerita cerita yang berlaku dalam hidup saya sebagai seorang ummi, isteri, kakak, anak dan cucu kepada orang-orang yang disayangi. Apa kata saya rangkumkan segalanya dengan membuat post bergambar? gambar tidak mengikut urutan peristiwa... ahaks.


Maybe tak ramai yang tahu bahawa saya ni juga boleh menjadi pengacara majlis. bukan nak promote diri sendiri sebab kawan saya Elyana lagi hebat. Tapi, bila difikirkan semula, saya rasa nak la menjebakkan diri dalam bidang ni secara amatur dan kemudian profesional. bukan apa, ada la side income. setakat ni, saya cuma jadi EMcee di ofis sahaja. yelah, nak hire Emcee luar, agak mahal kan. Saya dah The Purple Elf telah dihantar oleh pihak syarikat untuk lebih faham tentang menjadi pengacara. biar saya mengaku... MMG BOSAN. tapi, saya amik bahagian yang saya perlu tahu dan selebhinya, praktikkan saja. Yang paling teruja, makanan kat Park Royal sangat hebat. saya suke. Terima kasih ofis yang baik!!


Selain itu, saya juga ada melawat tiga orang bayi yang lahir pada bulan Mac. Mamu & Faizah, Mamu ni kawan ofis saya dan Abg NAza. Eva & Eddy, Eva kawan saya masa belajar di UiTM Shah Alam, dan Fara & Eddy (jugak), Fara ni kawan ofis jugak. Ketiga-tiga lelaki anaknya. Bagusla. Biarla budak lelaki lagi ramai. Hm. Faizah bersalin normal. Eva dan Fara terpaksa C-Section. Takpelah. Apapun, sume dah selamat. Tahniah!! Selamat berjaga malam... dan siang... dan petang... dan pagi.... hahahah. Oh. Masa melawat, ramai yang tanya bila saya nak tambah... Aiseh... cepu emas betul... tenang ye... saya nak tgk aryssa pandai berjalan dulu...


Selain itu, saya juga telah menjadi hairstylist kepada puteri ini. Rambut spiky ala-ala abahnya dan bertudung manis ayu seperti umminya. Comel kan?


Sebelum rambutnya dispikykan... Aryssa telah dipotong rambutnya oleh Abah!! Kesian... tapi, sbb rambut dah nak masuk telinga, rambut depan dah cecah mata, apa lagi bau masam peluh (Mama kata Aryssa sebijik macam saya, berpeluh kuat... ahaks), maka kami terpaksa potong untuk kesejahteraan beliau. Masalahnya, rambut depan dah tak panjang2 dah ni... HAYYYOOOO!!! nampak mcm jantan la!!


Sejurus selepas potong rambut pada 1 Mac 2009, kami dapat tahu uwo saya terlibat dalam kemalangan. Uwo dalam kereta yang dipandu Makcu Mah saya. Nasib baik semua selamat, cuma Uwo terhantuk sikit. Hm... katanya, Uwo pakai tali pinggang keledar belakang, kalau tak... taktau la nak cakap... Anyway, saya, Abg NAza, Papa, Kakak dan Aryssa balik kampung jap dan melawat. Mama dan J.O tak dapat ikot. ada hal esoknya. Adik pulak datang dari Kuantan. Dia ada keje di sana. Di kampung, kami cuba masukkan Aryssa dalam buaian. Nyenyak betul dia tido. heheheh...

Siap sudah pos kali ini. kita jumpa lagi di lain waktu dengan pos bercampur baur seperti ini kerana saya tidak dapat menggunakan laptop setiap hari... oh. akan datang...

KISAH JIRAN YANG MENYIBUK!!

Comments

tujuh_tiga_mac said…
thanks la sbb letak gambr ku yg ayu ituuu ;D
Naddy said…
jiran yang menyibuk.

kat dunia blog ni aku rasa cam baca cerita latin versi lokal plak. dah lama aku tak tengok drama sejak baca blog ni, boleh? hihihi
Azyze said…
aku gitu-gitu je bebeh.
but so far acara berbayar very the susah nak dapat nuks...

unless you're a celeb atau suara meletop pop pop pop.
aku rasa ko boleh buat emceeing :)

apa kata sesekali jadi MC ko rakamkan. then boleh jadik portfolio.
Azyze said…
by the way,
eva's husband is Didi (nama sebenar Edili), bukan Eddy, sayang :)
Aida Nurni said…
7.3.mac: oh. sama2. ayu yg amat la.
Mizzy N: nanti kubikin filem plak dlm blogku.
Elle: thanks for the advice beb. nanti ku usahakan untuk merakam diri sendiri. cornynya... anyway, alamak, silap ek? takpela... Edili.. ada gak edi. nasib baik nama laki dia bukan ahmad ke, lari tajuk tuh!
Peri Ungu said…
dadar,

Oh the food! glory to the food kat park Royal! sumpah tunggu time makan je. Walaupon training itu sangat boring tapi at least kita berdua dapat menghabiskan masa bersama2. hahahah..geli aku.

oh terima kasih juga kerana menemani ku menjemput kucing di vet yang hutang nya belum ku bayar lagi. cis.

and...aryssa sumpah comei!!!! Please dont put her in the Man U shirt again ok? saya mau Man U menang.

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!