karangan masa hadapan nukilan Aryssa berkenaan CUTI SEKOLAH
"Okay murid-murid. Memandangkan hari ini hari pertama persekolahan kita setelah lama bercuti, cikgu nak kamu semua membuat sebuah karangan (cliche)," kata Cikgu Adibah, guru Bahasa Melayu tahun 5, Sekolah Kebangsaan ****. Seketika matanya meliar melihat keadaan anak muridnya yang nyata masih dalam mood cuti. Terlepek sahaja, tak bermaya. Dibetulkan kacamata rabun jauh yang sekian lama digunakan.
"Bila nak hantar cikgu?" tanya Gunaseran, murid lelaki berbangsa India yang boleh tahan fasih berbahasa Melayu. "Dua puluh minit dari sekarang. kemudian, ketua kelas tolong kutip buku-buku dan hantar ke bilik guru." Dan Cikgu Adibah berlalu pergi. Dia sudah tidak sabar untuk memilih kain pasang yang dibawa balik Cikgu Siti, berasal dari Kelantan.
"Apa yang aku nak tulis ni?," Aryssa mengumam seorang. Yang pasti, musim cuti baru ni, beliau hanya bercuti di Port Dickson. "Hm... bolehlah..." dan tangan montoknya terus mencapai pensil dan mula menulis....
Setibanya di sana, rupanya bukan kami sahaja yang bercuti bersama. Kawan-kawan Ummi dan Abah pun ada. Salah seorang kawan Ummi, Makcik Miza, turut membawa Danish. Danish berusia 4 tahun.
ini gambar bertajuk: aku, bot dan laut. Tajuk diberi oleh Abah... Masa ni, saya dan Ummi sedang dibawa menaiki bot menikmati keindahan alam...
Begitulah peristiwa semasa cuti sekolah baru-baru ini. Saya berasa sungguh seronok. Walaupun begitu, saya berharap agar suatu hari nanti saya dapat ke Disneyland, seperti Tengku Jijah yang sedang khusyuk menulis di sebelah saya ini. Dia kaya. Tapi, saya harus bersyukur. Ada lagi kawan-kawan yang langsung tidak berjalan di musim cuti dan sibuk membantu keluarga mencari sesuap nasi.
"Apa yang aku nak tulis ni?," Aryssa mengumam seorang. Yang pasti, musim cuti baru ni, beliau hanya bercuti di Port Dickson. "Hm... bolehlah..." dan tangan montoknya terus mencapai pensil dan mula menulis....
Bercuti Bersama Keluarga di Port Dickson, Negeri Sembilan
Pada musim cuti yang lalu, saya dan keluarga telah pergi bercuti ke kawasan pantai di Port Dickson. Abah saya memandu kereta dengan berhati-hati (yelah tu..). Ummi saya menemani saya di tempat duduk belakang.
Saya kurang berminat untuk turun ke laut, bukan untuk memancing, tapi mandi. Air laut masin. Saya lebih suka apabila berada di dalam air kolam. Lebih tenang dan kurang menakutkan.
Lihat... suka sungguh saya di kolam renang berbanding di laut yang luas... takut la!Malamnya, kami semua, 10 orang semuanya, pergi makan ikan bakar dan terus ke sebuah pusat karaoke. Inilah kali pertama saya memasuki tempat sebegini. Saya gementar melihat Abah dan Ummi khusyuk menyanyi. Tidak saya sangka, saya anak pasangan artis (hahah).
Esoknya, sebelum pulang ke Kuala Lumpur, saya sempat menaiki bot bersama Ummi dan menyaksikan bagaimana orang dewasa dijatuhkan dengan sengaja ke dalam laut. Danish tidak ikut bersama, kerana dia takut (cih. tak rock la dia).
aksi sebelum makcik-makcik dan pakcik-pakcik ini jatuh ke laut... saya pula dilambung Abah...ini gambar bertajuk: aku, bot dan laut. Tajuk diberi oleh Abah... Masa ni, saya dan Ummi sedang dibawa menaiki bot menikmati keindahan alam...
Disebabkan letih, saya tidur agak lama. Bila terjaga, terus Ummi memberitahu kita akan berangkat ke Kuala Lumpur.
Comments
Nanti satu ahri, Aunty Ely join sekali, boleh?
BTW, to mak arissa, blog ku sudah kmbali aktif. Silalah...