faizal tahir. yuna. aizat. tahniah.

Salam.... dah nak dekat 2 minggu kita tgk kehebatan pentas AJL 24. Walaupun hampir semua peserta adalah dari golongan wajah baru, namun, naskhah yang tampil bukanlah calang-calang... Semuanya hebat belaka... mungkin dah ada blogger yang menceritakan cerita-cerita menarik mengenai AJL 24. Apa kata i ols bercerita tentang lagu itu sendiri?

Ingatkah lagi waktu kau bersamaku
Kaku aku melihatmu

Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta padamu
Benci padamu
Cinta padamu

Lirik ketiga yang memenangi Juara Lagu ke24... ciptaan Audi Mok. Mula-mula i ols mendengarkan lagu ni, rasa macam nak pecah dan nak marah sbb penggunaan perkataan BENCHINTA. Boleh rosak tatabahasa budak sekrang ni yang mmg dah terpengaruh dengan bahasa SMS. Tapi, lama kelamaan, bila mengulit semula bait2 kata, i ols rasa ini mmg suatu tragedi yang banyak berlaku di kalangan pasangan kini. Yelah, sayang, tapi menyampah. nak tinggal, tapi terkedek2 kembali ke pangkuan... ditambah dengan energy FT yang walaupun sakit pada malam tu, lagu tu naik gah secara tetiba pada malam AJL 24... Tahniah Audi Mok!

Tahniahla... walaupun anda sakit, anda mampu jua memberikan persembahan terbaik...

oh bulan
jangan layan diriku lagipabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

Lirik yang sempoi. tetiba anda rasa anda pun mampu mengukirkan lirik sebegini. kan? kata-kata yang terdapat dalam lagu ini pun kita dah boleh tahu bagaimana bentuk penyanyi yang menyanyikan lagu ini: saratkah? mengerlipkah? simplekah? Frankly, i ols tak MINAT langsung lagu ni dan sering beranggapan Yuna cuba untuk menjadi orang lain (jewel dan seumpamanya). Jelik jugak pada mulanya. Tapi apabila dengar lama-lama, rasanya mmg ada kick... tgk sahaja cara dia menyanyi. sempoi je tak terjerit2... oh. dan the fact that it's a natural talent (dia ni budak law), lebih menguatkan lagi cinta i ols terhadap lagu ni... chewah...

"ha... berhasil sudeh menampilkan lain dari lain saya..."

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu
wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada hentiAlign Left
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..

sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya
kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Enuff said, lagu ni masa kali pertama i ols dengar ialah kat HotFM, a day after arwah Yasmin meninggalkan kita. OMG. I cried. Lagu ni tetiba terkena pada situasi. Ditambah dengan suara merdu Aizat, kekuatan lagu ini mmg terserlah. Tak nak cakap lagi la. Nak nangis.


"saya serius ni..."

Thanks to google pictures (of cos la... takkan i ols yang amik foto2 ni)

Comments

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!