kesakitan itu berbaloi

Ramai org duk tanya2, sakit tak beranak.. sakit tak kena jahit.. sakit tak nak teran. Biar saya terus terang: SAKIT. tapi tahap kesakitan itu bergantung pada individu. ok. biar saya ceritakan pengalaman sakit saya dalam post ni. post before ni adalah lebih kepada kelahiran aryssa, kali ni lebih kepada penceritaan sakit itu sendiri.

bermulanya kontraksi ulung adalah sesudah saya dan suami bersahur bersama. bukanlah bermakna saya pun posa rabu tu, cuma teman aje dan rasa nng lapar. dapatla makan ayam madu dan juga 2 bijik telo separuh masak. about 9.00am, saya mula rasa lain macam. rasa nak berak teramat. rasa mcm nak berak yang besar, sakit sampai saya menjerit. ada org kata, org islam tak baik jerit2 masa sakit. kene ingat allah selalu. yelah, saya jerit: YA ALLAH, sakitnya YA ALLAH. sama jugak,kan?

kesakitan tu makin lama, makin membuak. baju suami habis ditarik. tiap kali dia suruh bersabar dan tarik nafas, jawapan saya: abg senangla cakap, bukan abg yang rasa! (sorry hubby, mmg sakit sgt time tu). bukan itu sahaja, dinding wad saya tumbuk2. bantal saya gigit. sgt dahsyat. tapi, pintu rahim masuk belum buka besar.

Akhirnya saya kalah. saya mintak suami panggilkan nurse, mintak penahan sakit. "tapi maybe akak still rasa sakit, cuma dia bukak cepat sket la" "lantakla dik, janji cepat siap" dan ye, baby akan sedikit weng dengan penahan sakit ni.

12 tgh, saya mintak suami panggilkan mama yg sedang bekerja untuk dtg segera. saya nak tau, mcm ni ke rasa sakit tu, kenapa begitu dahsyat, satu rasa yang tak dapat saya bayangi. selama ni, kwn2 duk kata: "ala, mcm gigit semut je". ceh. ayat nak sedapkan ati.

mama pun sampai. dia pujuk saya. peluk saya. masa tu saya rasa tiada malu lagi.

1.30pm - akhirnya berjaya masuk labor room.

akan tetapi, sakitnya masih belom kurang hinggalah saya mula meneran dan sakit itu seolah2 hilang. teran pun tak rasa apa. episiotomi pun tak rasa jugak. masa jahit je terasa sakit sket. apatah lagi bila nampak kepala aryssa mula keluar, saya nak cepat2 tamatkan perjuangan ini dengan hadiah yang tak terkata indahnya.

paling best, aryssa dah mula tunjuk kekuatannya dengan mencengkam erat leher baju nurse yang nak bersihkan dia. heheh. selepas dibersihkan, dan sementara saya dijahit, aryssa bermenung di tempatnya. agaknya, dia pun keliru dengan keadaan sekeliling. saya panggil "baby, baby ok?" berkali2. dia menggerak2kan kepala, seolah2 paham.

Alhamdullilah. semua tamat.

jadi, yang mana lebih sakit? sakit menanti buka pintu? sakit meneran? sakit dijahit? saya pilih sakit menanti.

tapi ingat ye bakal ibu, rasa sakit kita semua berlainan. ada yang kene 12 jam, ada yang kena 12 minit je. semua ada habuan masing2. yang penting hasil yang kita dapat, amat berbaloi.

selamat mencuba.

ps: ada makcik saya yang setiap kali masuk labor room akan berkata: "aku taknak masuk dah bilik ni" tapi, skrg dah 5 anaknya... hheheheh...

Comments

selamat mencoba?

wahhhh.

kau ingat macam resepi goreng ayam madu berempah??

mak tak sanggup bab koyak rabak tu je noks. for some weird reason, selalu ter-imagine doctor menjahit down under and dan dan rasa seram sejuk.
Aida Nurni said…
CMPS: heheh... yelah... mencuba untuk meneran dan menahan sakit yang amat. anyway, it's not weird. mmg pun doc tu jahit time2 tu jugak, yakni, masa kita punya uri ditarik kuar. seterusnya, terus jahit masa dia still kat kita punya p*p*t. "jgn risau. sume akan ok. akak tarik nafas je ye" kata nurse yang menemanku itu.
tarik napas je?


muahahaha. mau aku jahit mulut nurse tu nanti.

hahahaha.
Peri Ungu said…
takutttttttttttttttttt!!!!!

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!