3 tahun tanpamu...
Assalamulaikum wbt.
Tahun baru muncul lagi. Dan setiap kali tahun baru datang, bertambahlah setahun lagi umur. Dan untuk tahun 2016 ini, genaplah 3 tahun Ummar pergi untuk menikmati taman2 syurga selepas tahun baru. Dijaga dengan sepenuh kasih sayang oleh nabi ibrahim dan isteri. Ya Allah, cukup indah kehidupan ummar sekarang.
Rasanya tidak pernah sekalipun Ummi tuliskan atau kongsikan kenangan akhir kita sekeluarga. Mungkin kali ini hati Ummi lebih tenang dan selesa untuk berkongsi dengan semua orang, satu peristiwa yang langsung tak terduga akan berlaku dalam kehidupan Ummi dan Abah.
Ummi akan sentiasa ingat pada malam 1 jan 2013, kita semua pegi rumah pakngah ummar. Makan malam dan kemudian potong kek lebih awal. Satu gambar keluarga pun kita tak amik. Ummi, abah dan kakak keluar tgk bunga api. Ummar tk dpt ikut sbb takut berembun. Malam tu ummi balik tdo dgn ummar kt ruang tamu.
Esoknya, kita sekeluarga keluar lagi. Ummi belikan topi, mittens dan booties utk ummar. Ummar byk tdo dgn abah. Senang ummi nak buat keje. Bila bg susu dgn botol, ummar taknak. Ummar nak ngempeng je. Kita pun balik awal sbb susah nak ngempeng bila ramai orang.
Malam tu ummar macam susah tdo. Abah dodoikan. Ngaji. Baru ummar lena. Lega. Dapat ummi rehat.
Esok pg, ummar bgn awal macam biasa. Jam 6.30pg ummi terus bagi susu. Lama ummar minum. Nak kuar rumah antar ummar pun masih bagi susu. Dalam kereta pun sama. Sampai rumah maktok, ummar nangis. Ummi kata: ala, jgnla nangis, tdo ok. Nt ptg ummi amik. Siapa sangka tangisan ummar itu yg terakhir ummi dgr...
Ummi dgn ciksu keluar sekejap tengahari tu. Happy sebab akhirnya dapat beli beberapa barang nak masuk kerja minggu depan. Ye, masih dalam cuti bersalin. Esok lusa kita semua nak bercuti sekejap di cyberjaya.
Lebih kurang jam 4 petang, ummi dengan ciksu balik. Lalu rumah maktok. Ciksu tanya nak amik tak ummar? Ummi kata nanti dulu, nak pam susu. Kita amik sejam lagi. Dan siapa sangka pada masa itulah ummar sedang bertarung nyawa.
Sedang ummi asyik bercerita dan mengepam, tiba-tiba maktok telefon. Bila dijawab, dia tak bercakap dengan ummi, tapi seperti bercakap dengan orang lain. "taktau la kenapa, tiba-tiba dah sejuk biru macam ni,".
Ummi tersentak. Spontan ummi campakkan semua yang dipegang kecuali handphone. Dengan pantasnya ummi berlari keluar nak mendapatkan ummar. Bukannya jauh pun. Masa tu ummi lupa yang ummi tak tutup aurat sepenuhnya. Ummi lupa nak cakap apapun pada ciksu. Ciksu terpinga2. Dia ingat ummar kene culik.
Setibanya di rumah maktok, ummi panggil berkali2. Akhirnya dia buka pintu. Ummi tanya kenapa tak bercakap dengan saya dalam telefon. Ummar mana? Dalam wajah sugul dan penuh ketakutan, maktok jawab: "ummar dah takdak..." terduduk ummi di pintu pagar. Meraung ummi seperti orang hilang akal. Sungguh. Ianya sesuatu yang tak mungkin dapat ummi lupakan.
Seketika kemudian, anak maktok berlari keluar dengan ummar. Dia suruh ummi masuk dalam kereta untuk ke hospital damai. Dia berikan ummar pada ummi. Kaku. Sejuk. Biru. Mata terpejam seperti dalam tidur. Pada masa itu jugalah ciksu pun sampai. Ummi tak terkawal emosi dan asyik suruh ummar bangun. Ciksu terpaksa ambil ummar dari ummi sebab dia pun tak sanggup nak tengok keadaan ummar macamtu. Ummi cuba telefon abah untum bagitau. Tapi yang keluar hanyalah: "ummar dah takde. Ummar dah takde". Ayat tu buat abah termenung sekejap. Dan tanpa lengah, balik rumah untuk mendapatkan cerita sebenar.
Setibanya di hospital, ciksu terus bawak ummar ke emergency room. Di luar, ummi masih tak dapat terima kenyataan. Meraung. Meratap. Sehingga dipapah ke dalam hospital. Satu perkara yang ummi buat betul pada waktu itu ialah: tidak berada di bilik kecemasan semasa doktor sedang berusaha yang terbaik untuk ummar. Kerana, imej-imej tersebut tentunya akan sukar untuk ummi hapuskan kelak. Ummi bersyukur kerana dapat ingat ummar dengan imej2 yang lebih gembira sahaja.
Doktor pun keluar. Dimaklumkan pada ummi ummar sudah tiada lagi. Hancur luluh hati Ummi. Masa tu asyik terpikir, "kalaulah... Kalaulah..." ya Allah. Dugaan yang sangat berat.
Post mortem? Mana mungkin. Ummar terlalu kecil untuk menerima sakit itu. Ummi tak peduli walaupun doktor dan inspektor kata ummar sebenarnya dah 3 jam pergi sebelum ditemui kaku. Pada ummi, apa yang terjadi biarlah maktok dan Allah sahaja yang tahu. Selebihnya, ummi tak mahu tahu.
Malam itu, onni dengan atok yang bawak ummar balik. Ummi memang longlai. Lemah lutut. Masih tidak menyangka perkara itu telah terjadi. Sesampai di rumah onni, semua barang ummar ciksu dah simpan. Diorang bimbangkan emosi ummi.
Malam tu jugak ummar dimandikan. Diorang suruh ummi mandikan, tapi ummi tak boleh. Tak tergamak. Tapi selepas dipujuk abah, ummi akur. Ini kali terakhir ummi dapat mandikan Anak bujang ummi ni. Setelah bersih, ummar diletakkan di ruang tamu. Ramai sangat orang datang. Alhamdulillah. Tapi malam tu, janggal rasanya bila ummi tak dapat tido bersama ummar. Sungguh janggal.
Esoknya selepas subuh, orang masjid datang untuk solatkan ummar. Kami bawak ummar ke rumah terakhir ummar. Kami tinggalkan ummar dengan seribu satu kenangan.
Seminggu. Dua minggu. Sebulan. 2 bulan. Ummi menderita teruk. Masih belum dapat melupakan kejadian itu. Susu ummar yang ummi dah sediakan untuk bekalan ke rumah maktok ummi bagi pada jarood. Sekarang ni dia dah jadi Anak ummi juga.
Maktok ada datang ke rumah kita. Dia bawak baju2 ummar. Dia mintak maaf sangat2 dengan apa yang dah jadi. Ummi dah mula redha. Ummi bersungguh melepaskan ummar ke suatu tempat yang semua orang nak pergi.
Cuma... Mana mungkin dapat dilupakan Anak yang sudah 51 hari bersama ummi? Melupakan Anak yang dinantikan setelah sekian lama diuji dengan kandungan luar rahim dan keguguran? Subhanallah. Susah nak diceritakan keperitan menerima hakikat itu.
Tapi hari ini, ummi hanya mengenang dan sesekali menyeka airmata bila teringatkan ummar. Ummar ada adik yang comel; shakyra namanya. Dan ummi pun sedang sarat mengandungkan seorang lagi adik ummar. Rezeki Allah, kita semua tak jangka bila datangnya.
Nahhh... Ummi dah ceritakan segalanya di sini. Semoga kelak ummi dapat berkunjung ke blog post ini dan membacanya dengan tenang tanpa airmata (mustahil, kan?).
Tenanglah sudah ummar di syurga. Semoga menjadi pelindung ummi, abah, kakak aryssa, shakyra dan adik2 ummar di akhirat kelak. Amin...

Comments
I remember how heartbreaking it was, looking at you and abang Naza that night, and the morning after... rasa tak percaya untuk kali kedua satu lagi cahayamata Vouchers dijemput Allah dalam ruang yang singkat. Subahanallah...
Al-Fatihah untuk Ummar. He's waiting for you in the afterlife.
Hugsss