beberapa berita di dada akhbar hari ini

Salam,

Panjang sungguh weekend baru ni. Apatah lagi jika anda diberikan MC disebabkan masalah kesihatan sementara anda. MMG LAMA. Dikesempatan ini, biar i olss cerita sikit apa aktiviti i olss sepanjang minggu tersebut:

Rabu: MC sbb Flu
Khamis dan Jumaat: MC sbb food poising. Jumaat tu, setelah perut mulai baik, bersama rakan vouchers bebuka di JEMARI Kelana Jaya. Masakan thailand yang best, tempat sangat lepak. lokasi baru yang mana mak mentua Uns tolong jagakan for her sedara/kawan (taktau yang mana satu betul). Mak Tam singgah umah before nak balik ke Temerloh. Diorg berbuka di rumah dan tido semalam.
Sabtu: mula rasa semakin baik. teman mama gi carrefour beli barang dapur. bebuka di niara kat area umah cos tak sempat nak masak dah. papa dah balik Temerloh dengan mak tam. Naza berhajat nak balik Temerloh jugak esok pagi. Tidak bersahur. hahah.
Ahad: Balik ke Temerloh dengan mama dan Aryssa. Yang lain tinggal. Jam 11.30 pagi bertolak. Tiba sekitar jam 1.00tgh. Bebuka di sana. SERONOK. Kata Naza. malam, tibai Mi Kari kat umah Mak Cu Ju.
Isnin: Masih di Temerloh untuk berbuka lagi sekali. Keadaan Aryssa: SANGAT LASAK turun naik tangga. Menjerit-jerit. I olss dan NAza jadi chef hari ni: i olss masak daging masak kicap, sotong goreng kunyit dan belajar masak lemak timun dan lada hitam dengan mama. Naza? goreng cendewan dengan daun kunyit dan juga goreng tauhu dengan buat sosnya. JUGA: TALAPIA BAKAR STIM. WAHHH~~~!! Lepas berbuka, around 9.00 pm, kami bertolak balik KL. PAGI: Sahur dengan hidangan nasi lemak yang dibawak oleh Nasrul, bakal adik ipar saya. heheh.... SODAPNYO!!
Selasa: perlu ke citer?? Kena gi keje la... :(

Masa kat Temerloh, Tuk De pun balik jugak dari Kuantan, nak hantar anak dia Ammar ke sekolah asrama. So, dia bebuka dengan kami dan ikot balik KL sbb tiket bas takde dah. Kata Tukde, dia tgk Aryssa ni ada beberapa ciri:
1. Aset yang dia ada adalah suaranya yang lantang. Baik jika beliau dapat jadi Deejay, Newscaster atau penyanyi pun not bad (READ: i olss penah je karaoke masa ngandung! Adakah ini puncanya?? Goyang Inul??!!)
2. menyukai barangan yang ada brand... motif??? mak pun pakai cap jusco je!!
3. Bila besar akan mengalami allergic pada 3 jenis makanan. apa dia? kena tunggu dia makan benda tu dulu.
4. Seorang yang jemu buat satu jenis perniagaan. Nanti besar dia akan buat Herbalife, AVON, Cosway.... heheh...

So, thats the news or activities in the weekend. and here are stories captured my eyes today:

KD dah bercerai la u olss!!
Sedih sangat. But, jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. katanya, KD ada buah hati baru - seorang ahli perniagaan yang kaya raya. Anaknya sendiri yang menceritakan perubahan diri KD kini. Well, taknak citer lagi la... i ols pun ada rumahtangga...

Budak 3 tahun kena tikam dengan PAKCIK sedara penagih dadah!
Sedihla... sebab tu org kata, amik dadah ni boleh buat anda jadi org lain. pak sedara yang dulu manja dengan anak buahnya, tetiba boleh tikam dengan pisau hanya kerana gaduh dengan parents budak tu. Budak yang cute dan keletah, umur 3 tahun beb!! Sedih aku!! Jadi, jauhilah dadah sbb dia bukan boleh bunuh anda je, malahan orang lain. Dah tentu korang penah dengar pasal penagih pukul mak ayah sbb tak dapat duit. yang bunuh masa mencuri... macam2 la... Moga kita semua terselamat dari jajahan dadah ni.

kenapa taknak posa ni??
Pelik la... Sekarang ni ramai sangat org yang taknak posa. TAU TAK PUASA DI BULAN RAMADHAN ADALAH RUKUN ISLAM YANG KE 3?? Maknanya, itu adalah dengan niat untuk meruntuhkan ISLAM ANDA. Hampeh. Yang taknak posa ni pulak adalah lelaki GAGAH, mampu berpuasa, bukan nenek tua yang terketar2... ataupun ibu mengandung dengan anak yang perlu disusui... Diorg ni tak takut dosa kot. Sorila.. I ols ni dari family yang mmg tekankan pasal posa. WAJIB POSA setiap org. even dah 7 tahun. kene mulakan... huhu... yang paling lawak: Tak boleh puasa sbb tak tahan tak isap rokok.. oh, btw, Naza kini sedang dlm proses mengurangkan rokok. sehari sebatang pun dah jarang sangat.

Sekianla... sangat panjang email ni... maafin Inul ya!!

Comments

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!