apa makna besfren?

Kawan baik adalah seorang yang anda boleh percayai. Seorang yang anda rasa dia adalah sebahagian daripada kehidupan anda. Bila saja seseorang menyatakan yang kamu adalah kawan baiknya, itu satu pengiktirafan. Sama seperti kamu mendapat title Dato’.

Tapi, sejauh mana keperibadian seorang kawan baik? Perlukah dia menjadi pendamping setiap masa? Perlukah dia memberikan segala nasihat kehidupan? Perlukah dia memberikan kata putus untuk membuat pilihan?

Atau, mungkinkah ada yang beranggapan, kawan baik adalah mereka yang perlu sering menjawab panggilan telefon atau menjawab SMS. Dan dia juga menganggap, kawan baik adalah seseorang yang perlu menjadi tali hubungan antara dua merpati. Dan bahawasanya kawan baik itu perlu sentiasa menerima cara si dia dalam menangani masalah walaupun ianya suatu perkara yang negatif?

Kawan yang baik adalah seseorang yang memahami dan tidak terus menerjah ke satu kesimpulan apabila terjadinya sesuatu perkara yang tidak disukai. Kawan yang baik adalah pendengar yang setia. Kawan yang baik faham ada keadaan kawan yang disayangi. Apatah lagi jika kawannya sudah mempunyai tanggungjawab yang perlu digalas.

Kawan yang baik tidak akan menganggap kawannya seorang yang cuba merampas kebahagiaan kerana kebahagiaan adalah hak milik setiap manusia di dunia ini. Kawan baik tidak perlu gusar jika dirinya tidak lagi diperlukan buat satu masa yang singkat kerana ikatan persahabatan itu juga ibarat sungai yang mengalir, dan terus mengalir…

Kepada kawan baik semua, u know who you are and you know who I am.

Comments

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!