The Pantang Period

Salam...

Sorila lama tak update memandangkan tugasan harian selama maternity leave ni adalah panjang dan tak berkesudahan. Though that, saya still cuba untuk mencari waktu yang sesuai untuk update seperti yang dijanjikan. Sungguhpun 44 hari telah lama berlalu (pada 30 OCT), tapi ingatan dan igauan sepanjang masa tempoh berpantang, tak mungkin saya lupakan...

Sebaik saja balik dari hospital pada hari kedua kelahiran Nur Aryana Aryssa, kami di'downgrade'kan untuk tidur di ruang tamu sahaja. "Luas sikit mata memandang," kata Mama. Setuju. Masa berpantang, kita akan rasa rimas di tempat yang sempit. Malam itu, masa org sibuk2 nak berbuka puasa, Aryssa meragam sesungguh-sungguhnya. Dan saya pulak: terperanjat melihatkan darah nifas yang sangat dahsyat. To all yang belom penah beranak, dan tiada siapa nak bagitau, let me tell you, darah yang mula2 akan jadi ketul2 darah... so big, sometimes as big as your heart (or bigger). Tapi ada yang tak kuar pun mcam ni, mcm darah period biasa je. Masa baru2 kuar hospital, you will feel a bit dizzy sbb selama ni kita ada bwk beban, tapi skrg dah takde. Frankly, my perut membelon di bahagian bawah. SANGAT HORROR.

Untuk post kali ni, saya akan jawab soalan pantang dan kemudian readers can read the photo captions for more info on pantang. INGAT. My answers are my thoughts. Yours could be different.

So, apa yang kita buat masa pantang?
Bertungku, mandi air daun serom, minum akar kayu, pakai bengkung, makan makanan yang tak gatal dan sejuk, berurut.

Apa yang kita buleh makan?
Masa saya berpantang, lebey kurang seminggu dua tu makan nasi berlaukkan ikan haruan dan sambal halia yang ditumbuk oleh hubby sendiri. Ramuannya: halia padi, lada itam dan ikan bilis yang tak bergoreng ye... ikan haruan boleh dimasak ikut ske hati. Oh. Minum pati ikan haruan pun bagus jugak.
Selain itu, saya makan lobak putih. untuk banyakkan susu dada. ahaha.
Sayur lain: SAWI dan lobak.
Buah: Tiada sbb makan epal, pastu rasa lain macam.
Ikan lain: tenggiri. tapi ada jenisnya.
Ayam & Telo: tak makan sampai dah masuk hari ke 30.
Jus: cuba minum masa hari ke 30 jus oren untuk mudah berak (oh ya, masa pantang sembelit sering menyerang, so minum air banyak... jangan jadi macam saya).

Pantang lain:
Jangan bagi ibu jari kaki tersepak apapun - takut bentan (iaitu rasa menggigil dan sejuk semacam)
Selalu pakai serkup kepala supaya angin tak masuk telinga.
Jangan lupa pakai bengkung sebelum makan supaya tak makan byk (dlm maksud lain, tak boncit)
Jangan langkah laju-laju sbb luka dalam belum baik
Selalu pakai stokin - tak buleh sejuk2.

So, silala tgk gambar-gambar ini untuk lebih maklumat:

Batu tungku (batu sungai biasanya) dipanaskan. Bertungku biasanya dibuat masa pagi2 dan petang2 lepas Zohor. Mama selalu panaskan dua tungku setiap sesi.

Pastu, batu tungku dibalut dengan newspaper basah dan luarnya kain yang dah tak pakai. Jangan buta2 je tekup batu tu kat perut... alamatnya... LEBAM!

Ni la rupa bengkung tu. Pakai AMWAY - Tropical Herbs. Bukan nak promote ye... tapi ok jugakla bengkung ni. Model: dirahsiakan namanya.

Ha... inilah rupa kotak set lepas bersalin AMWAY. Nak? Beli dengan org Amway la. Dalam dia dah cukup lengkap la bagi saya. Ada Pilis (pakai di dahi), Param (pakai satu badan untuk pemanasan badan), Tapel (pes yang kita pakai before pakai bengkung), Herba Mandi, Herba Cucian, Minyak Herba, Minyak untuk Baby (org kata sangat bagus... memang pun), pil/jamu untuk lepas bersalin, teh herba (yang ni je tak sentuh langsung sbb dah minum akar kayu buatan pak mentua saya). Kira set ni lengkap la jugak... Cubala...

Akhir sekali, inilah wajah saya yang berpilis dikunjungi rakan-rakan artis yang lain.. Eh, over la pulak... Rakan-rakan Vouchers Sekawan Incorporated.

Tamatnya tempoh berpantang bukanlah bermakna apa yang kita buat masa pantang patut dilupakan. Amalan mcm minum air lepas makan, tak minum ais, sume tu patut kita amalkanlah... Tapi... MAMPUKAH KITA?

Comments

aS_c0mei said…
aida,pantang abih 30nov ke 30 oct tu?sbb ko tulis tu 30nov abih 44 hari pantang.arini br 7nov yang oi....kompius den..hehe...(ok.syndrom lepas beranak.lupa tarikh.kuikuikui)

bagus ko tulis sume ni.at least leh buat rujukan bila tiba ms aku nnt...heeeeeeeee....amin....
Aida Nurni said…
ha ah la... aku silap tulis... cis... thanks as... aku betulkan ek... yup. tujuan aku pun nak bagi pengalaman aku dibaca oleh bakal2 ibu... insya Allah...

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!