3 tahun tanpamu...
Assalamulaikum wbt. Tahun baru muncul lagi. Dan setiap kali tahun baru datang, bertambahlah setahun lagi umur. Dan untuk tahun 2016 ini, genaplah 3 tahun Ummar pergi untuk menikmati taman2 syurga selepas tahun baru. Dijaga dengan sepenuh kasih sayang oleh nabi ibrahim dan isteri. Ya Allah, cukup indah kehidupan ummar sekarang. Rasanya tidak pernah sekalipun Ummi tuliskan atau kongsikan kenangan akhir kita sekeluarga. Mungkin kali ini hati Ummi lebih tenang dan selesa untuk berkongsi dengan semua orang, satu peristiwa yang langsung tak terduga akan berlaku dalam kehidupan Ummi dan Abah. Ummi akan sentiasa ingat pada malam 1 jan 2013, kita semua pegi rumah pakngah ummar. Makan malam dan kemudian potong kek lebih awal. Satu gambar keluarga pun kita tak amik. Ummi, abah dan kakak keluar tgk bunga api. Ummar tk dpt ikut sbb takut berembun. Malam tu ummi balik tdo dgn ummar kt ruang tamu. Esoknya, kita sekeluarga keluar lagi. Ummi belikan topi, mittens dan booties utk ummar. Ummar by...