It's sleeping time!

Salam sejahtera semua. Wow, tak sangka sejak beranak kecik ni susahnya nak cari time buat entry. I dah jadi macam zombie, malam berjaga. Siang pun berjaga jugak.

Anakandaku Ummar sangat susah nak tido malam. Siang pun sama, tapi tak seteruk malam la. Macam2 cara dah test, gagal je semua. Sudahnya terpaksa ka redha. Serah jela susu badan kat  baby dan biar je la melekat kat situ lelama. Kata org, anak lelaki mmg begitu. And so setiap malam abah dgn ummi dia ni terkulat2 bijik mata takmo kasik terpejam sbb bimbang jadi apa2 kt baby. Hope as he grows, sleeping pattern dia semakin baik la kan. Kot tak, ayoooo ummi kene berenti keje laaaa.

While he's taking his nap, i browse la semula babycentre.com. Tried to figure apa yang boleh dibuat for him and kakak aryssanya. Upon reading, ni info kesilapan yg kita as parents selalu bikin (kesalahan ni terjadi sejak baby lagi tau):-

1. Tiada ketetapan waktu tido.
Yang ni utk kakak aryssa mmg susah sket, nak2 kalau tido umah atok dan onni dia. Tapi hakikatnya, kita kene buat dia paham waktu tido adalah pada sekian jam dan mesti tegas (kononla. Padahal ummi pun takmo nak tegas sgt bab tdo ni). Hasilnya kalau tdo ada timing ialah anak lebih cergas dan cerdas. Mcm iklan susu tepung.

2. Penggunaan pergerakan utk tdo
Contohnya, buai dan kereta yang bergerak. Kita boleh guna utk pujuk dia supaya tido. Tapi bila dah tdo kena angkat dan letak atas katilnya supaya dia dapat deepsleep.

3. Buatkan bilik bersuasana tenang
Gelapkan bilik. Jangan ada gadget di bilik ataupun tv. Ohhh kesilapan besar i utk aryssa ialah membenarkan tab di dalam bilik. Mesti dihapuskan gejala ini.

4. Rutin sebelum tdo perlu tetap
Contohnya, mandi, tukar baju tido, minum susu, bedtime stories ke. Kene buat sntiasa walaupun kita ngantuk.

5. Tahu dimana mahu tido
Maksudnya kita kene sentiasa bagitau anak kita tempat tdo dia di mana - biliknya atau katil khas utk dia yg kita letakkan dalam bilik kita. Pujuk selalu supaya dia faham yang dia perlu tido di katil sendiri.

6. Pertukaran dr crib ke katil toddler
Maybe kita terlalu cepat bagi anak tdo atas katil toddler, sedangkan dia belom ready. So play by ear la supaya dia dengan rela hati tdo kat katil tu.

Moralnya, ketegasan adalah kunci utama. Kalau parents jenis suka tgk tv malam2, tdokan dulu anaknya. Jangan diajak bsama tgk tv tu. Uiks. Bunyik macam kene kat btg hidung abah aryssa je. Hahahah. Mari kita berusaha utk menjadi ibu bapa lebih baik!

Oh entri ni takde kene mengena dengan sleeping pattern ummar. Sebab dah mmg budak baru lahir rutinnya begitu. Maka minum kopi la kasik mata terbukak aje. Hehehe.

Ps. Kredit utk www.babycentre.com

Comments

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!