Senyuman Mengiringimu...

(OMG! ini adalah draft 2Apr2010. I ols publish je lah walaupun dah basi. Sbb i ols rasa i ols best. Voleeyyy??)

Salam...

Terpanggil untuk menulis setelah sekian lama berhenti merencanakan berita. Kesibukan di pejabat, ketiadaan kemudahan internet yang pantas di rumah dan lebih memilukan, belum mendapat blackberry (heheheh) menjadi punca hilangnya i ols dari dunia penceritaan alam siber. Tidak lupa juga disebabkan terlalu penat mendodoi anak, sehingga i ols terpaksa tidur sekali dengan dia juga menjadi penyebab untuk i ols menjeling sahaja laptop yang tidak digunakan oleh adik i ols.

Awal minggu ini, kita semua terkejut dengan berita kemasukan ke ICU pelawak Din Beramboi yang seterusnya koma akibat satu virus kencing tikus. Satu Malaysia mendoakan kesejahteraannya. Satu Malaysia bersatu untuk mengembalikan semangat Din Beramboi. Berita pertengahan minggu amat mengujakan bilamana beliau akhirnya dapat berinteraksi dengan lirikan matanya. Pencapaian itu membuatkan ramai menarik nafas lega. Tersenyum isteri dan anak-anaknya. Meskipun keadaannya dikatakan agak teruk dengan internal bleeding, namun, Allah SWT dapat memakbulkan doa semua untuk beliau. Tapi, tengah malam tadi, kita semua dikejutkan dengan berita pemergian beliau buat selamanya. INI BUKAN LAWAK yang sering kita dengar dari mulutnya. INI BUKAN CEREKA yang pernah dibintanginya. INI BUKAN GIMIK dalam program realiti yang pernah diadilinya. Benar, dia telah pergi. kali ini, dikatakan denggi berdarah adalah penyebabnya...


Selamat tinggal penghibur duka. Selamat jalan penglipurlara. Al-Fatihah.

SOT: semoga kita semua masih dapat ketawa dan tersenyum tiap kali mendengar suaranya.

Kisah wanita bekas model sambilan yang ditangkap ketika minum arak masih menjadi perhatian apabila beliau tidak lagi akan menjalani hukuman sebat, tetapi akan menjalani khidmat masyarakat selama sebulan. Kartika yang diberi hukuman sebegitu oleh Sultan Pahang, menerima dengan seadanya, namun masih mengharapkan dia disebat. Isu pertukaran hukum ini menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai.

Apa yang penting, kenapa Kartika sahaja yang dapat ditangkap? Kalaulah pihak berkuasa dapat berjalan di waktu malam di sekitar KL, pasti lampu neon di jalanan dapat menunjukkan betapa ramai lagi wanita Islam yang membuat kesalahan yang sama. Betapa ramainya lagi orang yang boleh kita bagi khidmat masyarakat seperti KArtika. PALING PENTING, betapalah nanti munculnya keinsafan (paling tidak pun, rasa takut) untuk kita semua minum di depan orang ramai. Ini tidak, BANGGA, SENYUM SIMPUL, tatkala melakukannya. BUATLAH SESUATU sebelum ini terjadi kepada anak kita sendiri...

SOT: Jaga anak sendiri dan diri sendiri. Masa depan bukan kita boleh nampak kan?

Bercakap pasal anak, terpanggil juga i ols untuk menitipkan sesuatu mengenai Adik Halimaton yang pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik UPSR satu masa dulu. Kini berusia 15 tahun, beliau telah melarikan diri dengan kekasih hati yang berusia 19 tahun. Lebih pelik, sepanjang menjadi pelarian, beliau tinggal bersama keluarga lelaki tersebut. Punyalah nak kawin dengan lelaki tersebut, diketepikan dulu soal ibu bapa dan keluarga, soal PMR yang bakal menjelang, SOAL UMUR YG MASIH BELASAN TAHUN.

KENAPA BEGITU TERDESAK? ADAKAH SESUATU YANG KITA TIDAK TAHU?

Dik, kawin ni bukan setakat menikmati keindahan tidur dan hidup bersama. Ia menuntut lebih daripada itu, TANGGUNGJAWAB, KEIKHLASAN, dan KESEDIAAN HIDUP BERSAMA SUSAH SENANG. Entah bagaimana hidup adik nanti bila tiada langsung kelayakan untuk bekerja dengan gaji yang baik. Entah bagaimana hidup adik sekiranya si dia mensia-siakan adik. Kemungkinan itu akan berlaku....

Keluarga Halimaton, lakukan sesuatu. Dia adalah anak di bawah jagaan anda selagi belum berusia 18thn. Masukkan sahaja ke sekolah pondok. Atau buat apa sahaja untuk menyelamatkannya. Dia masih bergantung hidup dengan anda.

Keluarga si dia, bertepuk sebelah tangan, tak mungkin berbunyi. Jadi, pujuklah anak anda supaya menunggu waktu yang sesuai untuk melamar anak gadis orang. Milikilah sesuatu untuk membuktikan dia ikhlas berkahwin dan bersungguh mahukan si dia.

Si dia, jangan jadikan ini satu isu besar. Jika ini jodoh anda, yakinlah satu hari nanti, selepas menerima gulungan ijazah, pasti dia milik kamu!

I have been there, and done that. Percayalah, in the end, family matters.

SOT: terkilan tengok wajah bersahaja maton masa tengok wajah sedih si ibu.

Comments

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!