Kita ini Berada di Hutan
Salam...
Pernah terfikir tak samada kita ni benar-benar berada di kawasan yang sepatutnya, atau kita berada di hutan?
Pakaian tak semenggah. Campuran lelaki dan perempuan yang tiada batasan. Eksploitasi wanita. Keganasan wanita. Pembunuhan. Penderaan. and the list go on...
Susah nak kita gambarkan suasana kehidupan kita skrg, dengan gejala sosial, dengan kurangnya pengetahuan penting tentang institusi kekeluargaan, tentang kasih sayang, tentang kehebatan Al-Quran itu, betapa indahnya berada di kalangan orang yang baik-baik, tentang betapa pendeknya keindahan dunia, dan sebagainya...
Kita sering disogok dengan pelbagai cerita mengenai dunia artis yang melalaikan. Bukanlah i ols ni alim sangat sampai tak tahu cerita sensasi, tapi, tatkala melihatkan artis kita yang kini bebas bergaul, merokok, clubbing, bersekedudukan, mengambil video lucah sendiri dengan pasangan, i ols rasa amat tidak selamat.
Tidak kurang dengan isu isteri yang masih belum diceraikan berkahwin lain, isu nafkah, isu penderaan seksual. Macam-macam. Macam ASTRO. Paling best, SUAMI yang terpaksa melihat sahaja kecurangan isteri.
Paling baru yang membuatkan i ols berleter ni, isu penderaan kanak-kanak malang Syafia, OLEH TEMAN LELAKI MAK DIA. Maafkan bahasa i ols sbb sangat marah. Bayangkan, disepak, diterajang, dan dipijak. Seusia 3 tahun, Syafia memang sangat malang mendapat layanan sebegini. MANA PERGI OTAK manusia sekarang? terus terang, i ols sendiri seorang yang baran. Bilamana rasa nak marah Aryssa, i ols pasti akan naik hantu, TAPI dengan itu, i ols terus bangun dan tinggalkan Aryssa menangis sendirian dulu. Dah lega, barulah peluk dia semula dan menenangkan perasaannya.
PERNAH bersekedudukan, dan punya anak luar nikah. Ini semua sudah cukup untuk menceritakan keperibadian si ibu dan teman lelaki durjana. Lebih pelik, kenapa bapa si lelaki juga mengakui yang anaknya sudah berkahwin? kenapa tiada apa2 dilakukan apabila si ibu melahirkan bayi luar nikah dan anak itu dijaga si nenek? Mengapa tidak mengambil serius apabila melihat lebam pada si anak? Oh. Dan mengapa sebelum ini, si ibu tidak mengendahkan untuk meminta pertolongan kementerian wanita sedangkan beliau masih belum dilepaskan oleh si suami yang kini berada di penjara? SAJA NAK GLAM? SBB DAH TAKUT? SBB MALU ORG DAH TAHU BURUK AWAK?
I ols harap ini menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia termasuk i ols sekali. JANGAN PERCAYA IKATAN CINTA. Kahwin terus.
Penat sudah airmata i ols menitis. Mungkin bukan i ols seorang yang menangisi kepergian adik Syafia, tapi i ols tak tahu pulak samada MAK dia turut menangis dengan ikhlas hati...
Jadi, fikirkanlah... Adakah kita sebenarnya berada di hutan?
nota kaki: ini semua tulisan dan pandangan i ols... sila jangan sesuka hati nak quote
Jom join George dan rakan-rakan....!
pictures from: http://assets.m80im.com/resources/george_of_the_jungle/hdr.jpg
Comments