Sensitif isu: agama. kaum. negara.
Salam...
Terlebih dahulu i ols nak mintak sapa2 yang baru baca tajuk tu dan takat tulisan ini, untuk terus membaca sampai habis. Nanti u ols kata i ols ni mencetuskan kontroversi pulak. Terus nak roger abg polis... No. no. no. I ols di sini bukan untuk menulis sesuatu yang boleh membuatkan masa depan i ols tercemar.
Cuma nak mengingatkan kita semua yang suka menulis di ruangan siber ni, supaya anda sentiasa berwaspada. Setiap perkataan yang terhambur, setiap ayat yang tercipta pasti akan diperhatikan. Tak kiralah oleh siapa. Yang penting, mmg ada yang memerhatikan.
Isu gereja, surau, masjid dibakar, dicemar benar2 membuatkan kita rasa takut. Tiada lagi rasa hormat kepada agama lain, kaum lain. Tiada lagi sepakat. Takut i ols dibuatnya.
Tapi, yang paling i ols kecewa bila ada orang yang mempertikaikan penggunaan kalimah "ALLAH" dibenarkan di gereja2 dan oleh bukan Islam yang lain. Isu ini sangat sensitif, jadi cukuplah kalau i ols kata, biarlah pihak yang berwajib menjawab dan menjaganya. Bagi i ols, i ols hanya akan jaga iman, dan tentunya iman anak i ols yang pastinya terkeliru bila melihat kalimah "ALLAH" di depan gereja bila beliau besar kelak.
Tapi, ada pula yang menjadikan isu ini medan pertempuran kaum. Bilamana ada yang tidak puas hati dan mengutuk kaum, agama yang lain. Bilamana ada yang terus memaki hamun dalam ruangan siber. Dan paling sedih, menghina Nabi Muhammad SAW...
Kepada saudari Joanna Ann dan Lynette Lincoln, anda adalah antara manusia yang tidak mengenang untung. Sepatutnya, kelahiran anda di bumi merdeka Malaysia ini anda sanjung dengan penuh kebanggaan. Malangnya, anda menyiram minyak petrol pula pada api yang sedang hangat terbakar. Kepada pembaca i ols, anda bolehlah cuba cari nama mereka ni di FB kerana ada komen yang bisa menggetarkan telah dibuat mereka. TAPI, i ols harap, janganlah melatah. beristighfar, tenang. Dan biarkan Allah membalas perbuatan mereka (ingat, sungguhpun bukan Islam, Allah masih menetapkan pembalasan untuk mereka). Kita sekadar baca dan senyum sahaja.
Kepada umat Islam yang i ols sayangi, kita sama-sama memajukan diri, bebaskan diri dari kecaman pihak lain. Kita pernah jadi satu bangsa yang unggul, kenapa tidak kita ulanginya?
Sekian. Coretan petang nak balik weekend... heheheheh...
Kasih sayang, janganlah ditabur minyak untuk dibakar... sejukkan dengan rasa hormat dan rendah diri... barulah aman...
Pic credit to:
Comments