memasak kuih kegemaran saya...

Pada masa saya mengandungkan Aryssa, saat2 terakhir kandungan telah menyebabkan saya terlalu kepingin memakan bread n butter pudding. Sehinggakan menu utk majlis berbuka puasa kakitangan kat ofis, untuk sesi yang saya akan hadiri, saya pastikan ada hidangan tersebut. tarikh majlis adalah pada 12 sept.

Disebabkan, pada 10sept saya sudah mula berasa kelainan pada kandungan ini, saya terpaksa bagitau mama yang saya kepingin bread pudding. Mama kata: ha... baik gi cari, kalau tak, meleleh air liur anak ko nanti...

Akhirnya, mama dgn J.O berjaya bertemu dengan hidangan tersebut di pasar ramadhan taman melawati. tapi tak berapa sedap. Mungkin rezeki saya, saya sempat jugak makan di majlis berbuka pada 12 sept tu. Alhamdulillah. Dan, rupanya, itulah hari terakhir saya bekerja. Isnin dan selasa minggu depannya, saya terpaksa MC. Rabu? hehehe, sesi meneran.

Disebabkan ketaksuban makan bread pudding, maka saya minta KAKAK melayari internet untuk mendapatkan resepinya. Ya... saya berjaya juga buat setelah tertangguh sejak hujung minggu yang lalu.

Petang tadi, sementara menanti Naza balik dari keje, saya berjaya membakarnya. HASILNYA? bolehlah... perlu diperbaiki lagi. Tapi untuk sos vanilanya, memang saya gagal. dan perlu lebih banyak cubaan (sebenarnya, saya telah meninggalkan bahan-bahan tersebut di atas api tanpa jagaan, maka sos bertukar menjadi ketetel).

Nanti bila saya dah lebih mahir, saya akan buat lagi dan bagi mak mentua serta ipar makan. nak amik hati la katakan... hahahahah.

Inilah bread pudding cubaan pertama: sedap, tapi nipis, susah nak potong cantik2, ada bhgn manis, ada tawar (maybe sbb tak sekata).



Ini pula sos vanila ketetel. malu sungguh... tapi saya dah tau masalahnya: tawar, lembar dan tak selera langsung..

ps: bagus tak bahasa saya?

Comments

ChentaKami said…
kuih kegemaran ek??
kuih yg tembam mcm apam balik..
hahahaha...
sos die tawar la!

nice try!
usaha tangga kejayaan tau..

p/s: kalo org kurang tinggi mmg kena guna tangga utk dptkn kejayaan ;p
Aida Nurni said…
aku sedang berusaha gigih demi mendapatkan satu dish kegemaran untuk dimasak dan dimakan beramai2... waakakakakak...

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!