The New Me!


Selamat Tahun Baru...

Semua orang ada azam tahun baru. Termasuklah saya. Sebagai seorang isteri, ummi kepada bayi yang chomel, saya telah terlalu lama memendam azam ini. Sememangnya saya sudah bersedia. Tapi, rasa takut dengan tanggungjawab yang berat ini menyebabkan saya rasa tak bersedia. Sehinggalah, saya mengajak kembar ke Masjid India, membeli tudung (post sebelum ini). TERUJA. Itu sahaja yang mampu saya lafazkan.

Bersempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, dan sambutan tahun baru, yang juga hari lahir saya, saya tekad untuk meneruskan niat ini. Sungguhpun saya masih memerlukan lebih banyak bimbingan agama, tapi ini mungkin pembakar semangatnya. Insya Allah.

Reaksi? Yang benarnya, hanya kembar yang tahu niat saya ini. Sehingga pada 1 Jan 2009, barulah keluarga saya tahu. Mama pun skrg dah mula berjinak2 dengan tudung (wpun, dia hanya bermula selepas saya memulakannya). Naza? Tersenyum bangga dan menyokong sepenuhnya. Harapannya? Agar saya tidak hangat2 tahi ayam. Papa & J.o? Diam sahaja. Tapi saya tahu, mereka terperanjat.

Ketika dalam perjalanan keluar menyambut hari lahir saya, barulah saya MMS gambar kepada rakan-rakan VOUCHERS VAULT. Semuanya positif dengan perubahan ini. Dan kemudian, Suhana, ofismate. Dia ofismate pertama yang pernah saya utarakan untuk berubah ini. Dia juga bangga dengan perubahan saya. Alhamdullilah.

Harapan saya adalah semoga tiada suara sumbang yang mempertikaikan perubahan ini. Tiada suara sumbang yang berkata: "Eh, ko tak sesuailah pakai tudung mcam ni, ko kene pakai mcm ni." Sbb saya tidak berniat memakai tudung kerana fesyen. Tetapi lebih kepada tuntutan. BIARLAH COMOT ditarik Aryssa, BIARLAH HODOH dipandang orang, janji, tuntutan saya penuhi.

Mohon petunjuk dariMu, Ya Allah. Mohon bimbingan darimu, suamiku. Mohon nasihat darimu, sahabatku.

Comments

Anonymous said…
Amin....
Pada sesetengah orang, ianya perubahan yang sgt besar. Tapi biler iklhas krn Allah, semuanya jadi mudah.
Gambatte Aida!
aS_c0mei said…
Alhamdulillah...:D
Misz Reef said…
Alhamdulillah...

Nanti kite boleh lah g shopping tudung sesama...

Cute!!!

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!