TAG DARI NANIM

16 perkara

tagged by NANIM.
Syarat dan peraturan: Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi. (LAWAK LA INTRO YG TERPAKSA AKU COPY SHJ NI)
1. pertamanya, saya suka makan dengan lahapnya. seolah sayalah pengacara jalan2 cari makan.
2. saya jugak sering menyanyi jika ada sahaja perkataan yang disebut rakan sebaya ada kene mengena dengan lagu tersebut. CONTOH: bila rakan menyebut, "terasa aku tau" terus saya nyanyi lagu MASIH AKU TERASA. haha.
3. saya suka tido dengan lampu terang. kecuali lepas dah kawen. itupun kecuali ada Naza. takdak dia, saya bukak je lampu sampai pagi.
4. saya suka makan sambil membaca benda2 seperti ramuan pada botol sos, tin biskut dan sebagainya.
5. saya buang air bila2 masa shj.
6. saya suka makan kek. tak kira kek apa. even kek bongok2 pun. takpun kuih apam dewa (sejenis apam yang dibikin seperti kek dan sedap dimakan dengan cicah air teh o). mak long saya suka buatkan untuk saya ni.
7. saya pantang jugak kalau tgk katalog apapun. mesti nak beli. kurang2 sebijik lipstik. pada sapa2 - jangan bagi saya katalog.
8. saya kini sedang berusaha untuk turun berat badan (hala tuju punya tag pulak).
9. saya nak jadi ummi mithali (jugak hala tuju).
10. saya masak kdg2 je. sbb balik kul 6 dari ofis, sampai umah dah nak kul 715malam. jumpa Aryssa, gelak2 dengan dia, then saya mandi and solat magrib. tu je yg sempat. nak cari keje lain la... yang balik jam 5ptg paling lewat. kalau ada kosong, bagitau. (pun hala tuju).
11. saya nam kongsi rahsia - makanla donut dan apam semasa ngandung. nanti baby tembam gile mcm ARYSSA. huahuahua.
12. saya suke karaoke sambil membuat showmanship: yakni ala2 saya sedang masuk AF takpun 1 in a million. siap menari dan nyanyi penuh perasaan, meskipun suara lite2 je... hahah.
13. oh. saya suka lagu dangdut. bila karaoke, saya mesti pilih (mcm iklan bank rakyat punya tagline). nak2 lagu inul dan mas idayu. mcm no 12, saya akan bergelek. eh, masa preggie pun saya gelek tau. haha.
14. tabiat sukar buang: terlalu nak perfect bila saya plan something, esp bab2 nak gi jalan2 dgn family.
15. saya ske gi shopping dengan adik2. nanti saya akan belanja lebih. sbb adik2 saya pau.
16. saya skrg suke buat apa2 dgn Aryssa: gi mana2 nak bawak dia.
Arahan di atas soh tag 16 org. tapi rasanya malas nak tag. pekata korang buat je la.. tapi saya nak ELYANA buat.
END.

Comments

Azyze said…
sayangku,
assuming elyana tu adalah aku kan,

abislah perihal hidup aku kalau asyik dedahkan info aku di blog! haha

mungkin aku tak buat lah ye, aku dah buat terlalu banyak tag versi ini sepanjang tahun lepas dan awal tahun ini (kalau tak silap)

a girl kena ada rahsianya tersendiri... kalau nak tahu, mereka (pembaca) kenalah kenal aku personally hahaha :)
tujuh_tiga_mac said…
ehhh.. mau kan plan yg perfect ek? hbs kalo emergency planing camne ek?
Aida Nurni said…
73MAC
seriusla. mmg tak ske. tapi jika ianya SURPRISE, maka tak kesah la.

Popular posts from this blog

i am crazy mad!

ASTRO CERIA!