The After Confinement Celebration
Antara menu yang kitorang amik: Asparagus masak belacan (hahah, gabungan timur dan barat appetizer berupa dimsum goreng 4 ketul je (padahal kami ber8), ketam masak butter salted egg (yang ni mmg best gile - hubby makan ni je banyak), ikan siakap 3 rasa (malangnya, malam ni tukang masak kedekut sket... dia punya kuah tak byk - takde kick la). Tiada dalam gambar: tofu dimasak bersama cendewan, ayam goreng gajus dan udang masak KONG PHO.
Kesian aunt zura menjadi bibik Aryssa, manakala aunt zira sibuk mengambil gambar diri sendiri...
my picture with my husband, Naza. Kurus tak saya? Ahaks. Ilusi sungguh...
Aunt Zura bergambar bersama Onni sehingga hilang Aryssa di sebalik gelas air (oh, did i mention? my mom wants Aryssa to call her Onni - as in nenek in Arab. Sejak tengok EZORA la ni... Panggilan ini nampak lebih muda, katanya. Tapi yang bestnya my dad still dipanggil Atok. Ada sesapa tau Atok in Arab apa?)
Inilah hasilnya selepas semua mentekedarah... Tgk, ikan tak habis. Dan disebabkan ada 4 ketul je dimsum tu, sume malu2 nak abiskan... huhuhu...
Mungkin sbb penat meriba Aryssa, aunt Zura menyambung aktiviti makan dengan menghabiskan ikan dan dimsum tadi... hahah, sori la kak... tempted gila nak post gambar ni.. anyway, dia tak gelojoh sebenarnya, tapi dia sayang tgk makanan tak habis... dosa tau!
Comments
amboi celebration betui no....cepat2 masuk office...dah tak menang tangan ok....hihihihi...bawak aryssa letak dlm surau, boleh gilir2 jaga...hakhakhak..oh ye..since sekarang ni saya adalah promoter utama Herbalife..saya mengalu2kan anda untuk menggunakan produk ini. kat office dah 6 org terjebak makan Herbalife sebab testimonial i...hahahahahaha..