Posts

Showing posts from June, 2009

apa makna besfren?

Kawan baik adalah seorang yang anda boleh percayai. Seorang yang anda rasa dia adalah sebahagian daripada kehidupan anda. Bila saja seseorang menyatakan yang kamu adalah kawan baiknya, itu satu pengiktirafan. Sama seperti kamu mendapat title Dato’. Tapi, sejauh mana keperibadian seorang kawan baik? Perlukah dia menjadi pendamping setiap masa? Perlukah dia memberikan segala nasihat kehidupan? Perlukah dia memberikan kata putus untuk membuat pilihan? Atau, mungkinkah ada yang beranggapan, kawan baik adalah mereka yang perlu sering menjawab panggilan telefon atau menjawab SMS. Dan dia juga menganggap, kawan baik adalah seseorang yang perlu menjadi tali hubungan antara dua merpati. Dan bahawasanya kawan baik itu perlu sentiasa menerima cara si dia dalam menangani masalah walaupun ianya suatu perkara yang negatif? Kawan yang baik adalah seseorang yang memahami dan tidak terus menerjah ke satu kesimpulan apabila terjadinya sesuatu perkara yang tidak disukai. Kawan yang baik adalah pendengar

aryssa warded!!

Image
Salam semua... Kepada readers yang mengikuti perkembangan blog saya ni, saya memohon maaf di atas kekurangan update lately. Sejak peristiwa yang kamu semua dah tau, saya meracau. Jiwa kacau. Dan tetibe pulak, my girl, Aryssa ( or Aryana... boleh pilih mana suka ), was warded... Here's the story. On Tuesday, 10 June, saya cuba cari susu lain untuk Aryssa memandangkan SIMILAC Step 2 beliau telah menyebabkan area bontot ( maaf) merah dan saya rasa macam amat perit pabila beliau uk uk ... So, saya amik NAN, kerana menurut babysitternya, ianya bagus dan dia mmg pengguna setia sejak anaknya kecil sampai cucunya sekarang. Malangnya, saya teramik NAN Hypoallergic... Cis... Tapi malam tu, saya bagi jugak Aryssa sbb saya rasa takpe la kot... mmg dia tgh allergic pun. Amazingly, bontotnya tak merah... in just 1 NIGHT!! Dia tido pun lena. SUKA SAYA. Pagi, hantar umah babysitter macam biasa. Petang, abahnya pegi amik dan dimaklumkan oleh babysitter bahawa Aryana aka Aryssa muntah setiap kali m

sementelah aku ini hanya bola mainan yang tiada perasaan

lama sudah tak mengirimkan berita. sibuk dengan hal yang menimpa diri. sibuk dengan hal yang menimpa keluarga. sibuk mententeramkan diri, namun tiada hasil... kesedihan masih lagi menyelubungi diri. mengulit duka, menyulam tangis. mata sudah tidak lagi bersinar lantaran kelam dek airmata kecewa. kenapa ini jalan yang terdampar dihadapanku? kenapa ini keputusan yang dibuat oleh mereka untukku? kenapa ini kesudahan bagi satu siri kejayaan yang pernah aku kecapi? mungkinkah aku terlalu leka dan menganggap semuanya enteng? mungkinkah aku tidak terperasan akan perubahan yang sedang dibina untukku? mungkinkah aku ini satu halangan? emosi semakin tidak stabil. dendam semakin menebal. hati semakin kering. airmata semakin membasahi pipi. inikah perubahan yang dikatakan baik oleh cendakiawan sekalian? betul. aku ini hanyalah penumpang yang mencari rezeki. betul. aku ini hanyalah satu dari seribu manusia yang tidak mencapai apa yang dihajati. betul. aku ini adalah satu antara berjuta yang bertuah