Posts

Showing posts from April, 2009

makan bersama aryssa

Image
Hohoho... Sesiapa yang ada anak berusia lebih kurang macam Aryssa pasti ada perasan bahawa setiap kali kita mengunyah makanan, dia punya mulut pun akan turut sama mengunyah. Sangat comel bila dia buat begitu. Pastu mulala rasa kesian, pastu sumbat sikit makanan kat dia. Kadang-kadang kena marah dengan mama: "hey, perut dia belum kuat lagi" Tapi... kenapa hari tu saya nampak mama bagi dia makan puding roti masa celebrate birthday Abah Aryssa dan Onni Aryssa ek? Sushi King: Mid VAlley. Kami makan bagai nak rak. Aryssa tgk je la. Nasib baik tak meragam. Dia cuma ngamuk nak tido. Then, tido atas bench kat Sushi King sementara Ummi Aryssa dan Ciksu-Ciksu Aryssa makan sampai lebam. Then kami ke Bangi Kopitiam. Tak ingat hari apa. Tapi ada la one weekend. kedai ni mcm kopitiam yang lain: menyediakan kopi pelbagai, roti dan makanan ringan la. ownernya katanya Kid SEARCH tu. kekeke. Apa pendapat saya? Roti bakar dia, biasala, rasa roti bakar (buat lawak pulak saya ni). Roti shanghai t

hobi baru

Image
Hi all... Memandangkan saya kena tunggu Abah Aryssa yang ada sedikit kerja, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengupdate blog yang sekian lama tiada berita. Sibuk. Tension dengan rumah tak siap2 ( thanks for the contractor's deed ). Keje banyak. Main dengan Aryssa. Cakap pasal main dengan Aryssa, she's 7 months already! Ya Allah, macam baru je semalam saya melahirkan. Masih terbayang muka saya menahan sakit. Suara saya merayu agar sakit dikuranglan. Banyak sangat dah hobi makcik ni. Saya teruja sangat nak share... She likes to gigit things la. Masalahnya, teether dah bagi, dia campak aje. Tak minat. Lebih suke gigit beg, plastik yang berbunyi, handphone (tak lama lagi, rosak la handphones kami sbb air liur dia masuk dalam lubang2 handphone tersebut). Dan, kalau kita nak mintak balik barangnya, SANGAT MARAH dan SUKE MENJERIT. Hayo... Saya ke yang pengaruhi beliau? Satu lagi yang wajib: Main kertas. Makan kertas jarang. Dia gigit kasi koyak, then dia buang. Nasib baik la.

Happy Birthday to Abah dan Onni!!

Image
"Abg taknak ada celebrate potong-potong kek ke, apa ke tahun ni tau" "Napa?" "Saja taknak" "Kalau buat jugak" "Siapla you..." Aiseh... first time ni abg taknak celebrate birthday. Sepanjang kami kenal, setiap tahun, ada saja acara. Surprise kat MR la. Symphont Hall la. Tapi kali ni, dia taknak apa2 pun. Malahan, 12.00 malam tepat, dia tgh main badminton lagi kat Cheras (kot. tak ingat tempat). Kita lak jadi tak best takleh nak wish. Macamanapun, if org dah prepare, takkan dia nak tolak. Disebabkan birthday dia dgn mama selang sehari, kami katakan yang celebrate ni untuk mama je. Padahal untuk depa dua org. Tapi malangnya, lepas dia balik main badminton, terus demam kaw-kaw, kene embun kot. Badan panas. Batuk kahak hijau. Selsema tak berhenti. Cheh. Esok terus gi klinik. MC. Setelah minum setengah botol ubat batuk, dia macam makin lega. Sementara itu, kami surf internet nak cari lokasi makan2 kali ni. Bora Asmara nampak menarik. "na

stories of health...

Image
more pictures with stories. cant believe it i have all sorts of things to post, but yet, i have no time to upload. luckily aryssa has fallen asleep. It was early March, cant really remember the exact date. Ciksu-Ciksu, Aryssa and myself went to Abg MUni and Ifa's house in Damansara for their son's first birthday makan-makan. IT was HOT. When we arrived home, Aryssa was a bit 'dedar' - panas suam2 kuku. But she can afford to smile. Until an hour after, her temp was quite high. She started crying. But, after a 1.5ml of drugs: fever and cough, SHE CAN CONTINUE SMILING WITH THAT KOOL FEVER. Aryssa, my tough daughter.... Then, there was one Saturday where Aryssa was scheduled for her 1st Pneumococol injection. Patients WERE SO MANY. We had to wait for so long, our fault. Thought that it wont take long like always. We had to deal with Aryssa's attitudes: she was bored, hungry, eating papers, and fallen asleep. The pose in front of the doc's room was taken just like Ra

anakanda aryssa kali pertama ke pasar malam...

Image
24hb Mac 2009 Mungkin ramai yang kata, "ala, apa nak kecoh pi pasar malam dengan anak?" Tapi, dalam hal kehidupan saya, yang tinggal bersama ibubapa, keluar di waktu malam bersama anak yang kecil adalah satu perkara yang tidak boleh dibiarkan. Apatah lagi, anak belum setahun umurnya. "Eh, tak payahla nak bawak dia. Kecik lagi. PAsar malam tu berhabuk, panas, kene embun nanti..." Tapi pada tarikh di atas, kami, umi dan abah aryssa pura2 nak berjalan2 saja di keliling taman. tetiba kami terus ke pasar malam yang ada 3 kali seminggu di kejiranan ini. Wah!! Muka aryssa berubah menjadi excited. maklumlah, jarang keluar rumah. kasihan. segala lampu dia tengok. segala bunyi dia toleh. segala yang dijual dia kerling. kepala lembu yang paling tak tahan... dia senyum-senyum pulak. "ha, tu dia nampak roh lembu la tu" kata abahnya... erk? Sekian... (nasib baik Aryssa ok je pastu, tak demam, tak sakit, tak ngamuk. gembira seperti selalu. Syabas!)

make over sendiri...

Image
Salam... Artis semua cantik. Tapi, kita yang tak jadi artis pun boleh jadi cantik, kan? Dengan kehebatan alatan rias wajah yang terkini, ditambah dengan kemahiran menyolek, pasti akan membuat anda kelihatan cantik berseri. Tak caya? boleh tgk dua keping kejadian sebelum dan selepas wajah saya yang bosan dan mula menyolek masa jalan sesak gila... Jalan sesak: kisah penuh Pelik. satu hari tu, jalan ikut yang biasa ok je, tak jem. AKLEH. seronok. siap leh wat drift. Tapi masuk kuar AKLEH, nak ikut menara safuan, LRT Dang Wangi, masya Allah!! Tapi ada masa nak ke AKLEH jem bangat. Tapi yang nak ke LRT Dang Wangi ok je la pulak... pelik... Ada dua insiden hari berlainan 1) nak masuk AKLEH lepas Zoo/Ukay Perdana, org2 naik kete dari DUKE nak masuk lane ke AKLEH juga. Jadi, boleh bayangkan jem nya? 2) kat menara safuan, patutnya leh je ke kiri, cos laluan tu tak tunggu traffic light or police yang menjaga. tapi dek kerana kebodohan segelintir masyarakat, dia amik laluan ke kiri, tapi nak ke k

beberapa story... beberapa gambar

Image
Salam... Hidup amat tertekan. Jadi, setiap hari saya akan tgk gambar anak dalam handphone. Ceria sket. teringat masa dia ketawa. masa nak suap dia makan. so, hilang sikit stress. tapi, dalam masa yang sama, ada juga gambar-gambar yang saya rakam untuk masukkan dalam blog. malangnya, sangat sibuk, jadi tak sempat. sebelum saya terdelete gambar-gambar itu, saya masukkan sekarang ye... teka sapa ni? inilah ayah kepada boyfriend Aryssa, Raeez Mikael. bukan boyfriend betul2, playdate sahaja... jas, ni la lakimu. Inilah bekas susu Aryssa yang telah kubikin menjadi bekas letak shake herbalife. teima kasih Aryssa sbb pinjamkan ummi benda ni!! Yang berdiri tu nama Yuzle. Kawan ofis kami. Dia suke minum milo ais. Dia suke sakat org. Hari tu, dia gaduh ngan nanim lama. Kini sudah berbaik dan semakin kuat menyakat nanim. Korang ada jodoh kot... er, no? OTW pi ofis, nampak pokok ni sedang ranum dengan bunga ala2 sakura. sangat cantik. taktau la korang nampak tak cos pakai kamera handphone je pun..

....

Salam. Percaya pada bomoh? Tak boleh. Percaya pada pemakai? Tak boleh. Percaya pada santau? Tak boleh. Percaya pada ilmu pembenci? Tak boleh. Percaya pada Allah s.w.t.? MMG BOLEH. Tapi, kenapa masih belum boleh siap rumah ni? Kenapa macam, setiap kali ada orang nak buat, semua separuh jalan. Terkini, kontraktor rumah yang baru ni lengah2 nak siapkan rumah. Katanya, masih awal bulan. Tak perlu rushing. Siap marah tuan rumah coz pushing/rushing. Tapi, tu la... semua ni sbb dah dapat duit ke? tak bagi, kata itulah penyebab tak boleh siap awal: takde duit nak beli barang, bayar gaji. Huh. Dia tau tak, kita nak masuk awal. Nak kemas rumah awal. Nak hias rumah awal. Nak kuar dari rumah sewa awal. Takkan dia nak tunggu abis bulan? Ya Allah, tolongla... tolongla... cepatkanlah rumah tu disiapkan. Kesian Aryssa lemas dalam rumah ni!! Kalau betul ada org campak ilmu pembenci, tolongla sejukkan hati dia. tolongla...! I'm so desperate. Cant think straight. I mite just go and kill the b