Posts

Showing posts from January, 2009

Baby pun Needs Massage too!!

Image
So, tak pyh citer la ek... Gambar ni dah cukup memberitahu anda betapa pentingnya massage anak2! Nasib baik Abah Aryssa pandai mengurut!

HOBI BARU ARYSSA....

Image
Aryssa begitu gembira membaca buku dominos yang menyelerakan - teringat masa dlm perut umi Aryssa ada makan peperoni and cheese... best wo!! Oh, kemudian membaca buku yang lebih tebal dan ilmiah... Dan kemudian Aryssa tersenyum gumbira dengan abahnya setelah habis mentelaah sebuah buku...
Mcm best je buat tag ni. Walaupun Ely Azyze tak suh buat, nak buat jugak: Nama panjang? Nora Aida Bt Nurni Nama pendek? Aida / Nora Umur? 27 thn Anak ke-? Pertama Daripada? Empat adik-beradik Phone apa kau pakai? Sony Ericcson W660i dan Nokia apakejadah tah... lupa... Jenama monitor/CPU/laptop? LAPTOP BENQ Stesen radio apa kau dengar? Hot FM Genre muzik kau? Erk... apa2 kecuali rock kapak dan heavy metal. Oh, yg mcm disko dut pun tak ske.. Kau merokok? Arak? Tidak. Flavour aiskrim? Rasberry... sedapnye... coklat pun buleh Makanan favourite? Macaroni n cheese... PIza Dominos dengan sos rahsia.. Minuman? Teh o limau suam, earl grey... milo yg dlm kotak Pandai masak? Pandai. mcm2... yg cuba tapi tak jadi pun kira pandai gak... Siapa basuh baju? Sendiri dgn mesin basuh Siapa iron baju? Sendiri juga. kadang2 abg Naza. Baik kan dia? Boxer/brief? Boxer kekadang... T-shirt/kemeja? Skrg lebih kepada tshirt lengan panjang... Slack/jeans? Both. Depends pada keadaan. Suka benda branded? Tak jugak.

Ditag OLEH ADEQ..

Adik telah menyebabkan saya menulis ini. Sila la baca: A) People who have been tagged must write their answers in their blog. B) Tag 8 people to do this quiz. (Those that are tagged cannot refuse.) C) Continue this game by tagging 8 other people. 1.What have you been doing recently? Hm, kat mana nak beli tudung cantik tapi murah? Aryssa ni selsema tak elok2 lagi.. mcmana ek 2.Do you ever turn your cell phone off? Penah la... sbb bateri kong... sbb nak rehatkan hp jap... 3.What happened at 10am today? Hm? Saya sdg menggoreng tepung dgn bwg dan ikan bilis dgn Abg Naza.. 4.When did you last cry? Masa tgk gambar anak kecil kene bunuh di Gaza... Al-Fatihah 5.Believe in fate/destiny? Sudah tentu. Hidup ini telah ditentukanNya 6.What do you want in your life now? Duit untuk menyara hidup dan keluarga. Keluarga. Kesihatan yang baik untuk terus beramal. Kawan. Yang bersama susah dan senang. 7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood? Well... kdg2 redah je hujan. Tapi if b

Pakcik yang Bermain Muzik dan Menyanyi Guna Lirik Tulisan Braille

Image
Pakcik ni khusyuk menyanyi di Pasar Tani Tmn Melawati Lihatlah buku liriknya: tulisan braille... kagum tak? First time saya tgk buku ni... helaiannya mcm lutsinar... mcm plastik... pastu tulisannya timbul2...

Kesian Aryssa... kene pakai penyedut kahak!

Image
Aryssa yang cool kene sedut ubat diriba oninya... Kata nurse: "bagusla anak akak ni, budak2 lain, tgk benda ni je dah nangis... ni kurang sgt2!" Huhu... Sebentar tadi, kitorg balik dari Klinik Kita Wangsa Maju. Setelah seminggu Aryssa batuk kuat dengan bunyi kahak, selsema lagi, akhirnya kitorg bawak pi jumpa doc.. i know, i know... musti ramai kata, napa tak bawak awal2... Tapi, masa kat umah Aryssa diberi makan ubat yang diamik masa dia demam kat Kuantan baru2 ni... Anyway, Dr. Hisham Adam sangat best. Muda dan berpengalaman. Ada anak 2. Bini pun doc gak. Dia pun kata: "your baby ni quite big ye... biasanya baby besar2 ni, dia minum susu laju sgt... tak bole ikut dia. kene bagi sket2 dlm masa lebih kurang 30-45 minit. Oh. Jgn pakai botol yang berpinggang, pakai botol besar. Secara fiziknya, botol besar ni mengurangkan tekanan, so susu lambat kuar." Fuhh.... best doc ni. "Hm, lagi satu, i think ur daughter ni tak ske panas. Kene pasang aircond 26 degrees, jgn

Makan SUshi!

Image
best wo... Walaupun Abg NAza tak ske memakan sushi... namun saya tetap memakannya dengan bantuan sokongan moral dan sokongan makan bersama rakan-rakan ofis yang hantu sushi. Mereka adalah: Suhana, Diyana dan Haslina... saya tau Kak Salina pun ske... tapi dia taknak join masa ni... 21 Jan 09. Oh. Saya tak tau pun nama2 sushi tersebut. Tapi saya makan shj dengan diajar oleh mereka ini. Berikut adalah gambarnya: Ini adalah Suhana Ibrahim Ini namanya croquette: ubi kentang manis digoreng. Lazat. Ini okonomiyaki: pancake jepun. Juga lazat. Manis lite2. Ini namanya Haslina Dahlan dan Diyana Tajudin (dgn spek)

Aryssa Pertama Kali Balik Ke Kuantan

Image
Entry baru2 ni ada citer pasal Aryssa balik Kg Pantai Beserah, 16-18 Jan 09 yang lepas. Dia sangat sukakan desiran angin pantai yang menderu laju menyapa pipi gebunya (wah… sastera..). Tujuan utama kami balik kampung adalah kerana rumah yang sedia ada akan dirobohkan dan akan dibangunkan semula. Mak Teh saya mengambil program “Perumahan Mesra Rakyat”. Heheh. Dimana program ni memberikan rakyat peluang untuk membina rumah yang lebih baik dengan kerajaan menampung 1/3 daripada jumlah kos. Untuk rumah ni, kosnya RM70k, akan dibikin oleh MBSB. Tapi katanya kosnya semakin meningkat. Ntahla kenapa. Sebab ada jiran dapat buat spec yang lebih kurang sama pada harga lebih rendah. Dahla tu, lantai punya spec hanyalah simen semata. Apapun, thanks to the Govt yg sudi membiayai sedikit bebanan… Justeru, kami pun amik gambar rumah untuk kali yang terakhir cos lepas ni ianya akan berubah wajah (harapan saya adalah agar rumah ni tak tergendala pembikinannya seperti rumah saya).

ASTRO CERIA!

Image
Lupa nak upload cerita pasal ni. Pada 14 Dec 08 yang lepas, ofis ada buat satu aktiviti luar bersama anak-anak yatim Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah (RSNQ). Yang mana ada setengah daripada kakitangan kitorang, berlumus-tungkus membersihkan dan menyelenggara rumah tersebut sementara separuh yang lain membuat tugasan membawa adik2 ni ke Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara. Nak dijadikan cerita, masa kami ke Pusat Sains Negara, ASTRO ada buat macam school holiday programs: mcm2 ada… Ada stage yang menempatkan kartun-kartun dalam Disney Channel, Nickelodeon, mcm2 la… Untung adik2 ni dapat datang time ni. Banyak jugak barang depa bawak balik. Saya pun tak lepaskan peluang bergambar bersama mascot ASTRO CERIA. Comel tak mascot ni?

Tahniah FAizal Tahir

Image
CONGRATES TO FAIZAL TAHIR di atas kemenangan beliau di Anugerah Juara Lagu ke 23 baru-baru ni. Ini membuktikan dia tetap unggul walaupun selepas dilanda kontroversi. Semoga beliau lebih maju dan mendapat sorang lagi cahayamata yg comel. Ingin dinyatakan di sini bahawa emosi yang dipamerkan semasa menyanyikan dua buah lagu hits beliau adalah sangat bagus. saya suke. matanya sgt memukau. Suaranya memanggil2 kita untuk dengar lagi dan lagi. Hehe. suke tgk aksi potong rambut atas stage. sangat beza. nak2 tetiba ada kipas angin yang meniup rambut. Sangat balada. Idea siapakah ek? Lihat, inilah yang dikatakan performance dan bukan nyanyian semata. Indahnya isteri Faizal dapat dengar dia nyanyi lagu Sampai Syurga tiap2 hari. Naza pun selalu gak nyanyi... lagu CEKUR & GAMIT (sejenis lagu untuk mainan kanak2 kecil)

Why must we face this, everyday??

Image
Hayoo... Kadar kesesakan jalanraya semakin dahsyat. Bak kata Naza, "mana taknya, setiap tahun 400000 bijik kete dikeluarkan. minyak lak dah turun". Subhanallah. Saya masuk keje jam 9pg. Tapi kul 7.30 pagi dah kuar. kitorg nak ikut jalan sentul nak gi KL Sentral. Mula2 masuk area lepas Gombak, wah... gembiranya... tak sesak: Tapi, lepas je masuk jalan sentul, Masya Allah! Bayangkanlah, anda kena berebut dengan pemandu lain. Yang mana, dari 4 lane jalanraya, nak jadi 1 lane. Sungguh luarbiasa jalanraya di KL ni: Menurut kata sumber, Damansara Ulu Klang Ekspress Highway (DUKE) juga menyumbang kepada kesesakan ini. Sbb dah ramai yang nak naik highway ni lantas jem tak ingat punya. Selain itu, jalan di atas dikatakan tidak dapat dibesarkan oleh pengusaha highway ini kerana tiada kebenaran tuan tanah yang lebih sayangkan tanah dari wang ringgit (saya sokong). Apakah pengajaran episod kali ini? 1. Naik je LRT gi KL Sentral. Senang. 2. Takpun, parking kat stesen LRT kalau nak gak bwk

Kali pertama Aryssa demam

Image
Salam semua... (mcm la ramai sgt yg melawat blog tak seberapa ni). Weekend lepas, saya telah ikut mama dan papa balik ke kuantan sekejap. Tinggal Naza dan J.O shaja di rumah. Aryssa, of cos la ikut saya balik kampung jugak. Ni kira kali pertama beliau balik ke kampung tanah kelahiran saya. Balik ni pun coz mama ada hal berkenaan rumah kat kampung tu. Story later la ek... So, bertolak pada jam 9 malam, 16 Jan 09. Dah agak malam. Tapi redah je cos mama kene ada kat Kuantan and jumpa org yg berkenaan pada jam 9.00 pagi berikutnya. Kitorg rest kat R&R Temerloh sekitar jam 10 malam. Aryssa pun kuar, tapi lupa la nak tutup kepala dia. Dalam kete, dia tido nyenyak jugak. Rasanya cos aircond sejuk, dia gembira. FYI, Aryssa seorang bayi yang kuat berpeluh (nasib baik peluhnya berbau bayi, maka sedap dicium). Mama kata sebijik mcam aku masa kecik. Ha ah. Sekarang pun aku kuat berpeluh. Alhamdullilah, kitorg sampai tepat jam 12 malam di Kg Pantai, Beserah, Kuantan. huhu. Tapi, setibanya di ru

Selamat Tahun Baru Cina semua!!

Image
Salam, Lama tak mengepos. Agak busy dengan anakanda tersayang dan juga dengan tugasan di pejabat. Baru-baru ni, Ministry of Transport, telah datang je Stesen Sentral Kuala Lumpur, untuk satu majlis perasmian kempen keselamatan jalanraya sempena tahun baru cina 2009. Datuk Ong Tee Keat sendiri yang merasmikan majlis tersebut. I was the liaison officer of Stesen Sentral KL - kira host la kan. Dah kata PR, kene coordinate event la jugak. Huahuahua. Penat, mmg penat. Sbb before tu ada satu lagi event dari Kementerian Pelancongan, tapi seronok bila client happy dengan apa yang diorg dapat: layanan, facility dsbnya. Sapa2 nak buat event launching kat Stesen Sentral KL, call la saya ek... Berikut adalah gambar hu-ha sambil bekerja saya:

TAG DARI NANIM

16 perkara tagged by NANIM. Syarat dan peraturan: Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi. (LAWAK LA INTRO YG TERPAKSA AKU COPY SHJ NI) 1. pertamanya, saya suka makan dengan lahapnya. seolah sayalah pengacara jalan2 cari makan. 2. saya jugak sering menyanyi jika ada sahaja perkataan yang disebut rakan sebaya ada kene mengena dengan lagu tersebut. CONTOH: bila rakan menyebut, "terasa aku tau" terus saya nyanyi lagu MASIH AKU TERASA. haha. 3. saya suka tido dengan lampu terang. kecuali lepas dah kawen. itupun kecuali ada Naza. takdak dia, saya bukak je lampu sampai pagi. 4. saya suka makan sambil membaca

Pemakaian tali pinggang keledar belakang...

Image
Bermula 1 Jan 09 yg lalu, semua rakyat Malaysia telah digesa untuk memakai tali pinggang keledar untuk penumpang di belakang. Satu usaha yang bagus, tapi tak cukup bagus. 1. Mcamana dengan keluarga yang ramai anak? Kalau semua nak balik kampung sekaligus, takkan la plak nak tinggal separuh... 2. Apa macam pulak dengan mereka yang perlu membawa sanak saudara gi beraya - semua tak leh nak tumpang sbb penumpang sedia ada pun dah ramai kat belakang. 3. Abih, kalau yg depan pun tak pakai tali pinggang, apa kes? Bottom line is, kepada semua pengguna jalanraya, andalah yang mampu mengubah sebarang apa pun. Hanya sikap yang baik sahaja boleh mengurangkan kadar kemalangan: bukan tali pinggang keledar belakang shj, bukan jalan yang diupgrade selalu. Kepada pemandu, silalah bertanggungjawab terhadap pemanduan. Kepada penumpang, ingatkanlah pemandu tu betapa kita sayang pada dia dan dialah harapan untuk kita sampai ke destinasi dengan selamat. Kepada pihak yang bertanggungjawab, terima kasih atas

SEDIH DAN PILU

Image
Taken from www.news.yahoo.com Apakah dosa anak kecil ini? Adakah dia memburu dan menembak mati mana-mana manusia di dunia ini? Atau, adakah mereka cemburu dengan alat mainan yang dibeli bapa kanak-kanak ini? Sedih. Perlukah anda mengorban nyawa seorang kanak-kanak yang sedang bermain demi kepentingan diri sendiri? Perlukah anda membedil sebuah kediaman keluarga yang sedang enak dibuai mimpi? Perlukah anda memburu seorang ibu yang sedang mengandungkan anak yang bakal lahir tidak lama lagi? Perlukah semua ini atas nama: KEPUASAN DIRI? Hari ini, saya menitiskan airmata kesedihan dan kepedihan yang teramat sangat tatkala menatap wajah bersih anak-anak Palestin yang dihukum tanpa sebab oleh Israel. Ada jenazah yang matanya terbuka luas – masih belum puas meneroka alam ciptaan Allah ini. Ada yang masih berbaju ceria – mungkin hendak keluar bermain bersama rakan Ada yang berada di bawah tanah, akibat bedilan bom yang ganas. Wajah mereka teramat bersih dan pada saya sungguh suci. Tatkala menat

tudung hari ni lebih selesa dan cantik dipakai

Image
So, semalam, isnin pakai uniform, hari ni tak pyh, SELASA - the casual day. Cantik tak?

the first day with my tudung

Image
URRRGGGHHHH!!! Stress gila nak pakai tudung uniform ofis ni. Masya Allah. Dengan licin, sukar dibentuk, sume lengkap. The nite before the 5th Jan 09, I ironed like a mad lady who hasnt met with an iron before. LAMA dan PENUH KUSYUK. Since I didnt manage to buy the STARCH, I used CANDLE instead. Caranya? Gariskan lilin pada tudung sebelah dalam: ONLY THE AREA YG MCM ATAP JE LA. then iron it. Selamat dah. But still, paginya saya hampir je nak mencabut tudung ni dan blah pakai tudung biasa (buat2 takdak tudung lagi). And i almost mad to Naza and Aryssa disebabkan tudung ni. Sila lihat gambar tudung kelak. Saya yang berpura-pura menyukai tudung ini. I mean, can we change the tudung with the latest style (merujuk kepada tudung yg saya pakai masa bday)? Or at least use a different material? Sekurang-kurangnya bila ada gaya baru, ntah2 ramai lagi staff yang nak bertukar wajah. terus terang, salah satu punca saya ada sedikit lambat memakai tudung adalah kerana memikirkan kemelut yang bakal say

An Evening at the Lake Garden

Image
Ntah mcmana pagi tadi, 2 Jan 09, tetiba rasa nak bawak Aryssa naik stroller dia dan jalan2 kat Lake Garden; tempat saya dan Naza penah amik gambar masa pregnant Aryssa dulu. Saya ajak satu family gi - kecuali J.O yang rajin bekerja. Kami sampai around 5.30 pm dan cuaca agak redup. Kami terus memunggah barang. Ni kira ala-ala piknik la ni. Adik siapkan telur rebus dan mayonis untuk dimakan bersama roti. Then ada mini mufin yang adik beli dari Kuantan. Sampai je, terus melantak. Then, bawak aryssa naik stroller. She was really sporting. Tapi, tak lama pastu, dia bosan dan melalak la jugak. Seronok sekali-sekala dapat ambik angin luar. Takdela terperuk dalam rumah je. Takdela nak ngadap keje je. Takdela nak stress je. Korang kalau ada masa, datangla Lake Garden. Lepak. Piknik. Joging. Bawak anak main kat taman permainan. Tgk rama-rama. burung. mcm-mcm ada! Pictures, evevryone... ENJOY!

Oh. Presents.

Image
Antara hadiah yang saya dapat masa celebration adalah: Sepasang kasut oren dari adik dan hafiz Sebuah beg tangan besar dari kakak dan nasrul Sebuah lampuo tidur romantis berbau harum dari j.o dan miera Sejambak bunga ros warna merah, kuning dan purple serta kad cinta dari Naza Sehelai baju coklat dari Aryssa (er... pelik, kan? bila lak dia gi beli) Sekeping kad daripada papa dan mama Satu set barang lavender dari Unee & Eli TERIMA KASIH SEMUA! Oh. Gambar hiasan: saya memakan kek kegemaran.

My birthday celebration

Image
How did i celebrate my birthday? Well, of course, it's new year. I stayed home - tak keluar countdown pun, and dont even notice that it's already 12am. Naza called and wished. Took the bouquet he sorok in the laci. received lots of SMS - birthday wishes. Then, on the 1 Jan 09 itself, Naza took me out for a karaoke session with our friends (sorry Vouchers, i also dont know this plan). We drove from home to KL Sentral and parked our car there. Then, we took the monorail to Jalan Imbi. God. Too many people. HEADACHE. After the karaoke, I was seriously hungry. Naza suggested we go to the new JJ in Setiawangsa. I said: "Hey, kesianla Aryssa. Lama dia tunggu kat rumah. Takkan nak biarkan adik2 dengan mama jaga lama2. Tak syokla" Naza said it's okay. Aryssa herself went out with twins and mama. hmmm... suspicious. Upon arrival at JJ, i immediately asked to eat at SAKURA KRISTAL (yes, there's new outlet). But, since i dah simpan lama, i have to go to the ladies. Kelua

The New Me!

Image
Selamat Tahun Baru... Semua orang ada azam tahun baru. Termasuklah saya. Sebagai seorang isteri, ummi kepada bayi yang chomel, saya telah terlalu lama memendam azam ini. Sememangnya saya sudah bersedia. Tapi, rasa takut dengan tanggungjawab yang berat ini menyebabkan saya rasa tak bersedia. Sehinggalah, saya mengajak kembar ke Masjid India, membeli tudung (post sebelum ini). TERUJA. Itu sahaja yang mampu saya lafazkan. Bersempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, dan sambutan tahun baru, yang juga hari lahir saya, saya tekad untuk meneruskan niat ini. Sungguhpun saya masih memerlukan lebih banyak bimbingan agama, tapi ini mungkin pembakar semangatnya. Insya Allah. Reaksi? Yang benarnya, hanya kembar yang tahu niat saya ini. Sehingga pada 1 Jan 2009, barulah keluarga saya tahu. Mama pun skrg dah mula berjinak2 dengan tudung (wpun, dia hanya bermula selepas saya memulakannya). Naza? Tersenyum bangga dan menyokong sepenuhnya. Harapannya? Agar saya tidak hangat2 tahi ayam. Papa & J.o

Happy Birthday to Me

Image
I am now a wife to a husband. I mother to a daughter. Still a daughter to a parents. A sister to a brother and twin sisters. A cousins for many other cousins. And the list go on. Nothing has changed in my status. Only added. Nothing has changed in my belief. Only strengthen. To friends and families who have wished me earlier. Thanks. Happy New Year to you too. It's 12am, 1st January 2009. To my surprise, Naza called from workplace and asked to open up Aryssa's not-frequently-use drawer of her cabinet. And there were 3 roses: purple, red and yellow and a beautiful card. Naza wished me via handphone. Sang the song. Kissed the kiss. Thanks a lot, dear. Cant wait to see you home tomorrow morning! Me, reading the card with love notes from Naza while holding the sweet smelled roses. I love being pampered.